Pergi Tidak Kembali Lagi.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua
Lama juga Etuza menyepi. Kurang sihat, demam ..kesan perubahahn cuaca agaknya
atau cara makan yang silap..Doakna Etuza agar cepat sembuh. Terima kasih..
Kucing Ini menjadi penghibur ..tetapi ada yang pergi tidak akan kembali lagi.

Ini kami gelar BULAT..mati kemalangan jatuh masuk dalam tangki,
Kejadian waktu malam Bulat di kejar oleh kucing jantan liar yang
datang di laman hanya waktu malam. Perginya tidak akan kembali lagi.


Melati hingga kini masih hidup..dan sudah jadi nenek.
Banyak anak Melati tetapi beberapa ekor sahaja yang tahan atau kuat
antibodi melawan penyakit. Terbaru anak Melati yang kami gelar Ahsu
melahirkan anak-anak comel tiga ekor.


Moiza seangkatan dengan Melati dan si Putih. Juga masih hidup,
banyak anak tetapi semuanya mati. Entahlah kenapa mati semua anak-anak Moiza.
Mungkin cara penjagaan kami salah atau memang takdir pergi anak-anak
Moiza tidak kembali lagi.


Tiger yang sejak lahir mata dalam keadaan buta sebelah kanan.
Kesian Tiger, anak-anak Etuza sangat sayang pada Tiger kucing jantan
yang bijak. Tetapi suatu hari Tiger hilang entah ke mana. Kami agak
Tiger bukan mati di patuk ular tetapi lari dari rumah apabila
\banyak keluarga Tiger mati satu persatu apabila diserang penyakit
hingga banyak kucing kami mati dalam satu masa.  Ngeri juga..
setiap hari korek tanah kuburkan kucing yang mati


Si Putih masih hidup dan tabah, Putih kini telah menjadi nenek.
Anak dia Kelabu Asap baru-baru melahirkan anak tiga ekor.
Anak-anak Putih juga banyak yang mati. Jika tidak silap, Putih
sudah melahirkan anak sebanyak  empat kali.

Putih ketika kali pertama melahirkan anak-anaknya..Sayang semuanya mati.

Moiza agak nakal ..selalu cari peluang masuk rumah..
Naik atas meja membuat kami geram juga..apakan daya..
haiwan ni ciptaan Allah. kami tetap pelihara Moiza hingga kini masih hidup.

KLIK TAMAN SYURGA -BLOGGER PARIDAH