Madu Asli Berkhasiat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

Madu dalam gambar adalah buah tangan anak dari Mesir tempoh hari..

Bersua di awal pagi hari ahad yang indah ini. Syukur kerana kita diberi lagi kesempatan bertaut bicara bisu di alam maya ini.

Nampak madu dalam botol cantik , ada empat botol semuanya. Madu dalam botol itu adalah buah tangan dari anak yang balik dari Mesir tempoh hari. Sebelum anakanda balik ke Malaysia dan kembali ke Sabah, Etuza ada berpesan belikan ayah madu di Mesir. Boleh lah sebotol, tetapi dapat empat botol pula..syukur alhamdulillah ..baiknya anak Etuza tukan.. nak rasa madu dari Mesir dan madu itu pastilah dari serangga yang bernama lebah. Hebatnya lebah ni mampu mengeluarkan madu yang begitu banyak dan amat-amat berkhasiat untuk kesihatan lelaki dan perempuan. Hebatkan ..inilah zat kasih sayang Allah kepada hambaNya. Allah beri manisan yang bukan dari gula.

Madu dari Mesir boleh tahan harganya tu anak beritahu dalam kiraan RM30 lebih ringgit. Seingat Etuza begitu dia beritahu, jika tidak silap. Rasa madu ni sama saja yang Etuza rasa madu dari Malaysia atau dari Sabah. Lembut, manis dan kecairan yang memang madu asli lah madu dari Mesir ini. Etuza beri tahu kepada anak-anak seisi rumah minum madu bukan main tuang saja ke mulut tetapi guna sudu plastik, baca selawat dan minum setelah dicampurkan dengan air segelas atau langsung ke mulut sesudu madu dan minum segelas air awal pagi.  

Madu tualang memang tak boleh jika tidak dibeli dan seisi keluarga meminumnya. Madu tualang agak pekat dan sesuai sekali di minum oleh orang dewasa. Madu tualang ni produk keluaran Malaysia. Di Keningau ada satu stokis memang banyak stok, Etuza menjadi pelanggan Madu Tualang di stokis ini.

Khasiat Madu Asli  banyak..jemput kawan-kawan pembaca klik laman ini untuk lebih faham khasiat madu asli. Ha jangan malu-malu klik laman ini. INFOR KHASIAT MADU ASLI. dan ada banyak lagi laman mempormosikan khasiat madu asli ini. Satu lagi Etuza nak bagitahu. Minum madu asli SUNNAH nabi kita. Cubalah minum madu hari ini.KLIK SINI lagi. Klik Cara Minum Madu Yang Betul.