Rupanya Orang Keningau - Join Terus

 Rupanya Orang Keningau - Join Terus
Asalamualaikum Semua..


Rindu hendak beraksi di udara maya, memikirkan apa entri kali ini. Hendak kata idea dah habis sebanarnya belum mengalah, tetap ada banyak sebenarnya tetapi kita perlu tapis dahulu baru kita fikirkan entri segar ke uadara di laman kesayangan kita masing-masing. Sedih pagi ini kerana ada blog sudah buang http Etuza di lamannya dan kedua sedih kerana tidak dapat drop komen di laman di blog terkenal dari sebarang. 

Entri kali ini lain gambar yang dipaparkan, bukan dating dengan gadis cantik ini, ada isteri Etuza di sebelah, dialah ambil gambar ini untuk kenangan dan rantai aktiviti program Elken Etuza. Etuza menumpang saja kehebatan Syarikat Elken, Etuza amalkan pendidikan yang diajarkan oleh insan yang menaja Etuza.  Elken menggalakkan join dan guna produk qualiti Elken yang seantero antarabangsa.


Gadis berbaju putih ini, jurujual di sebuah kedai baju di Asia City Kota Kinabalu. Masa membeli pakaian di tempat dia kerja, Etuza agak saja cakap dengan dia bahasa Kadazan Dusun. Rupanya dia balas bahasa tempatan Etuza dengan fasih, berlakulah komunikasi yang mesra antara Etuza , mama  dan gadis putih melepak ini. Tiada niat hendak promot produk Elken, langsung tidak ada, tetapi terkait tujuan kami ke Asia City ialah hendak ke Stokis Elken di Asia City dekat sedikit berbanding Branch Elken di Lintas Luyang Kota Kinabalu.

Sebut Elken gadis ini kelihatan serius teruskan perbualan. " Elken bagaimana nak join syarikat ini? saya selalu ke stokis Elken ada kawan suruh beli produk untuk dia "  Wah ini soalan cepu emas  pada Etuza. Rupanya dia ada niat untuk ketahui lebih lanjut tentang Elken. Lalu Etuza ajak lah di ke Stokis Elken di Asia City masa itu.
Terjadi lah keadaan bagaikan dating bersama gadis cantik ini. Nama nya Enik, dan yang mengejutkan dia rupanya orang Keningau patutlah putih melepak hehehe. Bonus untuk orang Keningau, Sabah.


Sempat dalam beberapa minit Etuza promot beberapa jenis produk Elken. Gadis ini tanpa segan silu terus join dan membeli produk Elken. Sambil berbincang sambil minum Elcafe Coffie yang memang free saja di Stokis Elken. Tahniah kepada Enik kerana berjaya menjadi ahli Elken yang sah. Terbaru Etuza jumpa Enik di Keningau, dia sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya orang Nabawan. Tahniah lagi sekali Enik.

Promosi beberapa produk  terbaik Elken. Rugi kalau tidak cuba ..
Etuza.

Imagine with all your mind
Believe with all your heart
Achieve with all your might


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tahniah Cikgu, beetambah seorang lg ahli keluarga Elken..

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu dapat keahlian baru. Semoga terus murah rezeki

    BalasPadam
  3. Terima kasih blogger Anum , Umi dan Zul..kita teruskan usaha dan usaha...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.