Perlu Azam Kuat Tahun 2017

Perlu Azam Kuat Tahun 2017

Gambar Bersama 2 Orang Wanita Cekal Dalam 
Industri Perniagaan Yang Hebat..

Asalamualaikum wbt.

Kali yang julung kalinya entri baru di musim Disember 2016 ke udara lagi menerusi laman Etuza Pesona Warna Kehidupan.Menarik kali ini adalah memaparkan tauladan dan semangat yang kuat untuk teguh dan lebih istiqomah dalam merancang kewangan pada tahun 2017. Semoga Allah perkenankan doa dan harapan murni ini.

Ada ramai kawan dan jiran sebelah rumah serta sekampung telah pergi ke sana. Mereka semua menyatakan keindahan dan ketakjuban ketika menjadi tetamu istemewa di sana. Bila mendengar terasa bergetar jiwa, sejuk hati mendengarkannya. Ada beberapa cerita pengalaman mereka di sana. Ada banyak maklumat yang benar-benar menambat hati untuk ke sana. Sayang jauhnya tak tercapai dengan langkah kaki, tetapi perlu melebarkan sayap barulah akan berjaya ke sana.

Minggu ini ada berita ada lagi saudara sekampung terbang ke sana tunaikan Umrah bersama beberapa jiran sekampung yang lain.Mereka orang kampung sahaja, penoreh getah dan ada juga pesara kakitangan kerajaan turut pergi Umrah.


Terlihat Kalbat Dalam Gambar Distinasi Idaman...
Semoga Allah Kabulkan Niat Murni Ini 2017..

Buktikan Hasrat Direalisasikan Dengan Cara:-

1. Sentiasa berjimat cermat
2. Lipat gandakan tabungan atau simpanan
3. Elakkan boros dengan membeli perkara tidak berfaedah.
4. Banyakkan amalan yang baik
5. Rajin mencari wang tambahan
8. Amalkan gaya hidup sihat, bersenam dan jaga kesihatan diri.
9. Bersedekah dan hargai ibubapa 
10. Lebih istiqomah dalam usaha menjana kewangan.

Andai aku jutawan pasti mudah ke mana sahaja. Marilah sentiasa meletakkan niat Azam Yang Kuat Tahun 2017 agar diberi kesempatan pergi ke Mekah tanah suci impian umat Muhammad Saw di akhir zaman.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. InsyaAllah Cikgu...dengan izin Allah..berkat niat yang lurus..setiap niat yang baik Allah restu..amin..

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya dan capai apa azam tahun 2017

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang menarik..
    Semoga tercapai apa yang dihajati..
    Sama-sama berusaha..

    BalasPadam
  4. semoga kita berjaya dengan target masing2 2017 nanti

    BalasPadam
  5. Hajat yg baik pasti Allah tunaikan insyaAllah .

    BalasPadam
  6. Good luck. A dream is just a dream until it is made real.

    BalasPadam
  7. WP mendoakan mudah2an hasrat cikgu akan terlaksana.

    BalasPadam
  8. semoga dipermudahkan impian cikgu etuza...saya singgah sini

    BalasPadam
  9. semoga azam 2017 dapat dicapai ..amin

    BalasPadam
  10. pastinya tahun yang bakal mencabar, apapun semoga segalanya dipermudahkanNya jua segala urusan kita ETUZA,Aamiin :)

    BalasPadam
  11. Selamat tahun baru igu. Moga apa yg diazamkn thn 2017 terlaksana hendaknya.

    BalasPadam
  12. Azam sy ntuk tahun 2017... Apa erkkkk?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.