Alhamdulillah Hajat Hati Sudah Dilaksanakan..
Assalamualaikum & Selamat malam.
Etuza hendak menyuarakan secara ringkas sahaja, memandangkan malam dah tengah malam. Risau pula tidak cukup tidur.Selalu kita memperkatakan hal menjaga kesihatan, antaranya kena rehat dengan kuantiti tidur yang cukup. Sebab biasanya waktu siang kita jarang melayan tidur jika tidak perlu.
Hari ini rabu tertunailah HAJAT HATI hendak menjamu tetamu dengan juadah yang keluarga Etuza sediakan. Saudara ipar anak buah di kedua belah pihak saudara sebelah mama dan saudara sebelah Etuza datang bertandang ke rumah Etuza. Juadah ala kadar sahaja. Sebaik solat asar doa selamat dilangsungkan bersama anak-anak Etuza. Kemudian menjamu tetamu yang 95% adalah family Etuza hingga ke jam 10.00 malam. Sempat menzahirkan beberapa keping imej kenangan Etuza dan family.
Alhamdulillah HAJAT HATI telah Allah izinkan. KepadaMu ya Allah kami memohon ampun dan dijauhi bala bencana, kesyukuran kepadaMu dan pujian kepadaMu jua.Amin.
Nampaknya habis ...memang dihidangkan untuk dimakan jika tidak habis, esok siapa nak makan..alhamdulillah habis. dalam HAJAT HATI.. |
Ibu Etuza yang baju pink lengan pendek.. |
Yang pakai topi tu..ketua bina dapur baru ayah mentua...Terima kasih datang menjamu selera namanya Naimin Limpatuk. |
Kakak dan adik mama serta anak buah sebelah mama...Ramai Perempuan. Malam ini anak-anak lelaki Etuza tidak mahu bersama bila diambil gambar.. Mood tidak bagus agaknya... |
9 Ulasan
Alhamdullillah..actually seronok bila dapat menjamu org makan..apa tah lagi famili sendiri
BalasPadammenjamu orang makan merupakan amalan yang sangat dituntut..
BalasPadammakanan pun sedap-sedap
Meriah nampak majlisnya,makanan pun nampak nya sedap2....
BalasPadamAlhamdullilah..sedap lihat hidangan yang disediakan..
BalasPadamsalam cikgu, Alhamdulilah amalan macam nilah pengerat ukhuwah kekeluargaan
BalasPadamKongsilah resepi Cikgu
BalasPadamsedapnya masakan tu cikgu.. bagus berkongsi makanan begitu, semoga rezeki cikgu terus murah..
BalasPadamalhamdulillah hajat hati tercapai
BalasPadamsemoga semakin murah rezeki cikgu
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.