Singgah Cari Makan Di Anjung Selera Pekan Ranau & Cerita Realiti Malim Gunung

Singgah Cari Makan Di Anjung Selera Pekan Ranau
Ini Gambar Kami Team Ke Ranau pada 01 Nov 2015
Singgah Mencari Makan Di Anjung Selera Pekan Ranau..
Assalamualaikum semua.

Etuza melihat depan mata Gunung Kinabalu di Ranau Sabah pada 01 Nov 2015. Kelihatan seperti banyak tercalar, kesan gempa bumi yang menimpa Pekan Ranau pada bulan Jun 2015 tahun ini. Memang banyak kerosakan yang berlaku. Seperti dalam gambar Gunung Kinabalu dalam gambar itulah keadaan Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia. Pada awal pagi kelihatan amat jelas sekali permukaan tepian Guning Kinabalu ini. Pada pecahan batuan akan memancar warna seperti kesan putih bercahaya menampakkan corak retakan yang telah berlaku. Apapun Pekan Ranau tiada berlaku perubahan apa-apa tetapi banyak bangunan yang kelihatan retak sana-sini. Termasuk tiang garaj kereta tuan rumah yang kami datangi hari ini di Kampung Pinousuk Ranau.


Jumpa Malim Gunung, pada masa berlaku Gempa Bumi beliau tidak ada bersama dengan Malim Gunung lain di Gunung Kinabalu. Tetapi bercuti dari bertugas menjadi memandu kepada pelancong yang datang. Katanya tiap beberapa saat gegaran berlaku sehinggalah ke 100 lebih kali gegaran berlaku. Apa yang ganjil katanya, pada kawasan Pekan Ranau tidak terus berlaku gegaran sebaik bunyi seperti meletup seolah letupan gunung berapi serata Pekan Ranau tiada gegaran. Sebaik beberapa waktu baru terasa ada gegaran. Dan memang gempa bumi kali ini satu kejadian yang amat kuat katanya. Antara Malim Gunung yang datang menyelematkan pelancong adalah beliau sendiri. Nanti akan ada gambar Etuza letak, gambar Malim Gunung itu belum Etuza kesan terselit dalam ramai orang di Majlis Pertunangan anak saudara Etuza.
 Gambar Malim Gunung Yang ada anak panah..
En. Junaidi berbaju kameja biru merupakan ayah kepada tunangan Azizi & Malim Gunung
Malim Gunung Bercerita Secara Ringkas.

1. Gempa Bumi melanda Ranau Jun lalu adalah yang paling teruk berlaku.
2. Semua rakyat atau masyarakat Ranau dalam keadaan risau, tetapi kami sudah biasa sejak dahulu keadaan gegaran Bumi ini. 
3. Gempa Bumi tidak menjadikan tanah di tempat kami terus merekah kerana ada tanah gambut bercampur batu. Tetapi yang berlaku kerosakan ialah apabila tempat itu batuan tanpa tanah basah atau tanah gambut. Sebab itu adanya runtuhan pada kawasan bukit berbatu dan bangunan batu.
4. Biasa kawasan lain dahulu mengalami gegaran Bumi baru pada kawasan kami yang jarak dekat dengan Gunung Kinabalu.
5. Masalah Gempa Bumi ini, memang sampai masa berlaku, adapun perkara pelancong naik Gunung Kinabalu dan membuka pakaian mereka, sudah acap kali mereka lakukan. Buka baru pada bulan Jun tetapi sudah lama sebanrnya perlakuan sumbang mereka lalkukan katanya.
6. Pada masa berlaku gegaran Bumi hari pertama saya tidak ada di sana tetapi bergerak ke kaki gunung datang membantu perkara yang boleh saya lakukan katanya.
7. Malim Gunung inilah yang jadi VIRAL angkat tangki di Gunung Kinabalu. Bayangkan tangki biru yang cukup besar mampu Malim Gunung ini angkat.
8. Malim Gunung ini berbadan tegap tinggi dan memang berperawakan berani, memiliki misai tebal dan seorang yang cukup menjaga tutur katanya.
Etuza hendak bergambar dengan Malim Gunung ini, tetapi bila sudah sibuk lupa pergi menemuinya. Nama pun lupa catat, lost di minda Etuza. Minta Maaf infor tidak sempurna.
    
Salam Sayang klik2 lah Entri lain Etuza dalam blog. Sementara 10 terbaik komentar unggul mohon letak alamat anda dengan segera.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. pengalaman malim gunung tika kejadian gempa bumi di ranau elok dikongsi n3nya cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah ..semoenemukan gambar Malim Gunung tu

      Padam
  2. Seronoknya dapat makan ramai2 bersama. :)

    Kejadian gempa tu memang sesuatu yg diluar jangkaan akan kesan dan kekuatannya. Semoga ianya tidak berulang kembali...ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mujstahil akan berlaku dalam masa puluhan tahun BM...apabila tenat dunia

      Padam
  3. ya..saya pernah singgah dan melawat Ranau..terbaik tau!

    BalasPadam
  4. moga kejdian itu tidak berulang kembalilah Cikgu..

    BalasPadam
  5. seronoknya dapat berbual dengan malin gunung..pasti banayk pengalaman dan kisah yang dikongsi..semoga selepas ini tiada lagi kejadian seperti itu lagi..aamiin.

    BalasPadam
  6. mungkinkah boleh dibaikpulih kerosakan tu..
    maybe akan mengambil masa ..

    BalasPadam
  7. dunia semakin nazak menunggu penghujungnya

    BalasPadam
  8. Waktu kejadian gempa bumi semua risau.. tak dpt bayangkan perasaan.. jasa malim gunung amat lah di hargai..

    BalasPadam
  9. beruntung cikgu dapat timba pengalaman malim gunung

    BalasPadam
  10. Pasti menarik cikgu dapat bertemu dengan malim gunung yang twrlibat ketika kejadian gempa bumi..

    BalasPadam
  11. Peristiwa gempa pasti detik yang sukar dilupakan oleh Malim Gunung

    BalasPadam
  12. Pengalaman malin gunung mesti bnyk tu

    BalasPadam
  13. ohh ini ke malim gunung..itu nama gelaran ke

    BalasPadam
  14. Moga kejadian seperti ini tidak berulang lagi..

    BalasPadam
  15. Alorrrrrrrrrrrrrrr Cikgu, naper keluar pertanyaan 'Sila buktikan anda bukan robot - saya bukan robot' pada kotak ulasan ini, ishhhhhhhhhh x suka..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.