Pokok Limau Manis Bila Berbuah Lebat

Sampai Tunduk Sembah Bumi Terlalu Banyak Buahny Ya Allah..
Subahanallah Syukur Ke HadratMu
Inilah hasil gambar beberapa pokok limau manis
depan rumah Etuza..lebat sungguh buahnya..
Gambar paling bawah buah limau kasturi hasil tuaian mama..
Pokok Limau juga sudah nampak menyembah bumi...

Asalamualaikum semuanya, semoga sihat ya teman pembaca maya blog Etuza.

    Bersiaran lagi ke udara maya. Kali ini hal pokok limau manis dan pokok limau kasturi di depan teratak Etuza.Gambar tu membuktikan betapa banyaknya buah-buahan limau itu. Dulu masa kecil berbunga di pucuk pohon limau ini. Bila sudah menjadi buah-buahan itu. Subahanallah hingga mencecah tanah lagaknya menyembah Bumi. Serius banyak sangat . ya Allah terima kasih anugerahMu ini. Terima kasih..Mohon ampun ya Allah ada buah berjatuhan tidak dapat di makan semuanya. Sebab itu Etuza nak memberi kepada saudara mara di kampung. InshaAllah.

Kadang terfikir...kenapa pokok limau ini sepanjang masa berbuah.
Betul tidak pernah sekalipun Etuza lihat pokok limau ini tidak berbuah.
Inikah yang dikatakan pokok limau di tut sambung hingga rajin sangat berbuah.
Etuza kadangkala kasihan, buah-buahan limau yang dihasilkan, tidak sempat masak menjadi pecah berjatuhan ke tanah.
Etuza makan limau manis, ngilu gigi..maka cara Etuza menimati limau manis ini ialah perah ke cawan dan minum. Jadikan jus limau manis...hummm sedap!.

Mari baca khasiat buah limau manis dan liamu lain. Etuza copy infor ni. Dari laman SINI.

Vitamin C bertanggungjawab membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang serta membantu proses penyembuhan luka.
Buahan sitrus juga :

1) baik untuk kesihatan jantung,
2) penglihatan
3) mengurangkan risiko penyakit kanser.

Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan,
membantu mengawal tekanan darah,
mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta
membantu perkembangan otak janin.

Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa.
1) Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Bagaimanapun, jika dimakan berlebihan, ia mendatangkan keburukan.

2) Kanak-kanak misalnya gemar menghisap atau mengemam buahan sitrus di dalam mulut dalam tempoh lama.
Tabiat itu boleh menyebabkan mineral penting pada gigi terjejas, di samping menghakis permukaan luar gigi disebabkan kandungan asid tinggi dalam buahan sitrus.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Waaahhhh... banyaknya!
    Geram kakak tengok. Kalaulah dekat dgn rumah kakak mahu kakak ketuk pintu rumah cikgu minta sebakul hihi...

    BalasPadam
  2. lebatnya limau manis tanaman cikgu...kak ada juga tanam limau manis n kasturi ni di rumah tapi xlebat sgt buahnya.

    BalasPadam
  3. Limau manis jiran yg bersempadan dgn rumah saya juga begitu lebat....kadang2 berjatuhan ke bumi.Jiran saya suroh ambil saja dan biasanya saya perah dan buat jus juga sebab dah banyak .

    BalasPadam
  4. Salam singgah sabtu cikgu....memang lebat lah buah limau manis cikgu ni..

    BalasPadam
  5. Geramnya tengok limau tu...pakai baja apa Etuza..

    BalasPadam
  6. Serius tak berapa suka limau...
    Manis pun jarang juga cik akak mahu makan...
    Buat jus memang sedap nie

    BalasPadam
  7. lebatnya buah limau tu cikgu.. banyak khasiat limau kan..

    BalasPadam
  8. byk nya...semua nampak segar...x perlu nk cari di pasar..kalau byk mcm tu di rumah JM..mesti buat mandi or jus....sedap nya

    BalasPadam
  9. Sedapnya tengok limau manis tu terliur nak makan ni hahahahah

    BalasPadam
  10. Top komentar bulan november..boleh bagi limau manis cikgu... :-))

    BalasPadam
  11. Pernah abah yan cuba tanam..tapi jadinya masam..tak tahu kenapa..last2 pokok nya ditebang..

    BalasPadam
  12. Gulppppppp sedapnya, sib baik saya tak mengidam, kan tak pasal2 Cikgu kena poskan buah tu kemari

    BalasPadam
  13. Kat sini limau kasturi RM6/kg.. wajib ada dalam stok

    BalasPadam
  14. Banyak khasuat limau amnis ni..suka buat minuman..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.