Cabaran Pertama Untuk Pemilik Mangkuk Hidang Cina
Putih Bersinar
![]() |
Juadah Soto masakan mama pada hari ini untuk anak-anak tercinta. Sedap... |
Malam ini Etuza khaskan artikal ini kepada semua blogger yang sering komen di ruang komentar blog Etuza.
Awal bulan November 2015, Etuza ada membuat entri hal satu mangkuk hidang Cina yang sangat cantik dan putih berseri-seri. Satu daripada mangkuk tersebut Etuza niatkan hendak beri hadiah kepada blogger yang akan berjaya menjawab kuiz di laman Etuza pada 29hb November 2015.
Oleh itu jika sekiranya anda yang bakal menerima hadiah mangkuk hidang kualiti dari Cina ini. Etuza berkeinginan hendak melihat bloger membuat juadah atau apa saja jenis masakan yang blogger gemari meletakkan juadah sekreatifnya dalam mangkuk hidang Cina ini. Masakan yang sudah siap dimasak dari pilihan menu anda letak lah juadah tersebut ke dalam mangkuk. Ambil gambar masakan anda letakkan dalam mangkuk dan serikan dengan resipi. Lastly..ceritakan kebenaran kata-kata Etuza bahawa mangkuk putih hidang Cina itu amat menarik dan kualiti pada pandangan anda. Ha itulah cabaran pertama sebaik terima hadiah mangkuk hidang Cina ini. Tidak lah susah sangat kan. Mala entri itu nanti sebagai kerja rumah blog anda dan terupdated lah juga blog anda. Selamat menunggu tugasan kuiz dari Etuza pada 29hb Nov 2015.
15 Ulasan
soto tu nampak sedap cikgu. hujan hujan macam ni sedap makan makanan yang panas panas
BalasPadamFeveret akak tu Yana..
PadamAlhamdulillah memang akui sedap..tapi harap tak pelik ya..ada dua buah kurma di letakkan dalam sup soto ayam ini..setelah dirasa wah sedap lah pula..ada rasa manis sikit lah soto ayam mama ni...
PadamKalau soto, saya & Alya lebih suka 'Nasi Impit.. '
PadamAnak2 lain bihun..
jarang juga aRz makan soto cikgu etuza
PadamGood luck kepada semua ukhuwah..
BalasPadamha PC kena datang cuba juga menjawab ya...
Padamnk menjawab soalan tu yg susah cikgu...tapi mangkok cina yg berisi soto mama/isteri menarik minat nk merasanya,,,mesti sedap sgt tu..
BalasPadamsiapa yg yg bertuah tu etuza.... duk tgk mee sup tu dalam mangkuk putih tu.,,,, perghhh mmg sedap.... sy tak boleh tgk sup rasa nak makan ja....
BalasPadamSedapnya soto tu...letak sambal kicap ..terangkat
BalasPadamBunda singgah bukan apa, sebab bunda tertarik dengan masakan mem Cik Gu... soto tu... Lagi satu kerana tertarik juga dengan pinggan lapik yang berbunga2 tu...
BalasPadamSebiji serupa dengan pinggan bunda...
Kejap2, nak cek kat dapur samada pinggan bunda tu cukup tak bilangannya... hehe..
terus lapar tengok gambar soto..
BalasPadamKita xnk wat pape tp nk menang hadiah,blh x.... Nak tnye kat sana mkn soto mmg letak sos tu ke biasanye letak sambal kicapkn
BalasPadamsemoga berjaya pada yang mendapat mangkuk putih cina ini
BalasPadamcikgu etuza masak sendiri ka?
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.