Biskut Ais Jem Brand Khong Guan Mengimbau Kenangan Lalu

Asalamualaikum, bersiaran di laman Pesona Etuza pagi hari ahad.

Kali ini paparan dalam gambar memperlihatkan sejenis makanan yang sangat sinonim dengan Etuza suatu masa lalu. Ketika kanak-kanak Etuza hingga lah ke alam remaja, makanan biskut ini seringkali menjadi santapan Etuza dan keluarga pada suatu masa yang lalu.

Apa Cerita Menarik! Tentang Biskut Ini?

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak Etuza, inilah makanan atau biskut yang ibubapa Etuza sering beli suatu masa dahulu. Mulanya Etuza tidak gemar memakan biskut bermahkotakan manisan berbagai warna dan corak pada biskut ini. Etuza rasa tak suka sebab biskut ini bulat dan kecil sahaja. Etuza fikirkan tidak mengenyangkan dan selalu membiarkan biskut dalam botol yang ibubapa Etuza beli untuk kami adik beradik. Masa itu selalu juga bertanya dalam hati " Kenapa ini sahaja yang selalu diberikan, tidak ada lain kah biskut yang lebih sedap?" Ha inilah pertanyaan yang bermain di minda Etuza.

Ibubapa Etuza kemudian menyatakan kenapa mereka selalu membeli makanan ini untuk kami adik beradik. Rupanya begitu sekali ibubapa Etuza berusaha memberikan makanan yang mudah untuk mereka dapatkan. Selain biskut mayat atau roti tawar yang diberi inilah juga biskut yang selalunya ayah Etuza beli. Rupanya ayah selalu beli biskut ini kerana menurut ayah masa tu biskut ini:-
1. Murah
2. Banyak dalam setiap kedai di Keningau masa itu
3. Bilangan biji biskut yang banyak dan menarik coraknya
4. Boleh disimpan lama dalam botol kedap udara
5. Boleh di bawa ke kebun dan menikmatinya selepas makan tengahari.
6. Corak menarik dan ada rasa aiskrim.

Betul kata ayah Etuza. Memang benar sekali, apa yang ayah kata itu sebenranya amat betul sekali dan Etuza tidak menyangkal kebenaran kata-kata ayah. Terima kasih kepada ayah dan ibu Etuza yang mengenalkan Etuza biskut ini. 

Secara tiba-tiba Etuza ternampak bungkusan Biskut Ais Krim Brand Khong Guan ini dengan harga RM2.50. Dibungkus cantik dan bukan pada plastik yang lutsinar tetapi dibungkus dengan lebih kemas dan yang penting sekali ada lebel HALAL. Hari ini biskut yang mendewasakan Etuza dan memberikan Etuza nikamt kesedapan rasa aiskrim menghias laman Etuza. Oh hidup Oh hidup..bagaikan putaran roda. Ingatan masa lalu sesekali berputar ke minda hanya dengan ingatan kepada situasi kita dibesarkan oleh ayah dan ibu kita.

Comel pula nampak dalam Mangkuk Hidang Cina
Bersinar Putih ini...Seolah nak ngap satu kan...