Sufi & Syamel Keduanya Bersuara Lantang & Sufi Juara Baru AF

    Keputusan memihak kepada Sufi sebagai Juara AF Musim 2015 Berasal dari Singapura menewaskan pesaing hebat juga bersuara lantang Syamel.
4 Finalis AF 2015 berentap hebat. Juara meneyebelahi Sufi 
      Wah masih online Etuza!. Apakan daya Etuza langsung ke laman blog Etuza dan ambil langkah updatedkan blog ini. Ya, Etuza rasa sudah cukup berusaha untuk lengkapkan butiran peribadi atau data Etuza dalam rekod HRMIS. Nampaknya Etuza kena akur bila line slow, sampai bila hendak ulang dan ulang isi data yang sama tidak juga masuk. Penat rasanya .Bagus updated blog dahulu lah.

Entri hal artis kelahiran baru Malaysia menerusi program realiti Akademi Fantasia. Etuza ikut tengok siapa juara malam ini. Dan hasilnya Sufi menjadi Juara Baru AF15, Naib Juara Syamel, Bila tempat ketiga dan Sahrul berpuas hati dengan tempat ke empat.Sahrul ketika diumumkan tempat ke empat  dia agak terkejut tetapi kemudian akur dengan hati terbuka. Hebat Sufi lantang suaranya. Begitu juga Syamel cukup tinggi suaranya. Memang mereka berempat layak menjadi final AF 2015.

Tahniah kepada mereka. Kalau rezeki tidak kemana. Pasti ada pemenang dan ada pengalah dalam apa juga bentuk pertandingan. Kepada yang berjaya menerima RM50,000 itu harap tidak lupa diri dan yang paling penting bersyukur kepada Allah. Yang kurang bernasib baik teruskan usaha. InshaAllah akan ada sinar kejayaan mendatangi.