Belum lagi berakhir kembara kami sekeluarga di Zoo Lok Kawi di Papar, Sabah baru - baru in sempena percutian bersama anak-anak tersayang. Banyak gambar liputan yang Etuza abadikan di Zoo Lok Kawi, Sabah ini. Biasalah kalau sudah ada kamera dan ada blog dalam minda itu ini sana sini menjadi topik di minda sebagai catatan di blog. Macam tamak haloba pula ya. walhal sebenarnya niat yang baik apa salahnya. 

Bukan kita punya alam ini, ini alam semulajadi adalah milikNya. Kita yakni manusia seketika sahaja menikmatinya dan memang hebat luarbiasa di Zoo Lok Kawi apabila olahan alam secara bertatasusila di buat oleh akal manusia. Inilah hasilnya tempat ini dikunjungi ribuan pelawat sehari untuk melihat aksi2 lucu, menarik dan subahanallah alam haiwan amat memukau hati Etuza serta kami sekeluarga.

Untuk anda tetamu ku di blog Etuza yang dihormati mari jom tengok2 dulu permulaan kembara kami selepas dapat tiket kemasukan sebanyak RM45.00 untuk kami lapan anak beranak. Untuk penerangan gambar inshaAllah Etuza akan buat kemudian. Sekarang ini hendak ke Wilayah Perpustakaan Keningau. Anak yang ambil PT3 ada study group ke sana. 
Salam ceria..jangan ke mana-mana ya teruskan blogwalking anda dahulu. 

Lepas dapat tiket macam tak sabar anak-anak terus ja tinggalkan Etuza nak sangat agaknya round
Zoo Haiwan hebat ni di Lok Kawi Papar Sabah..
Etuza ingatkan pada anda bahawa sepanjang jalan tiada sampah sangat bersih.Oleh itu harap tidak cuba membuang sampah
 sesuka hati anda...
Inilah barisan sangkar pertama di tepi jalan ke Zoo Lok Kawi,
Sangkar burung , sangat cantik dan menarik burung hantu pun ada tau!
Nampak tak information..ha kena baca tau!..
Chital ni ada di Osaka Jepun ..banyak nya kat sana..
Tak sangka ada di Zoo Lok Kawi Sabah ni..hebat tak!


Ha ambil gambar kenangan dekat rumah atau bangunan ini.
Ini Rumah pekerja2 di lok Kawi..