Nasi Ayam Sedap Di Second Cup Cafe Baru Di Keningau & Restoran Nurjanah

Promosikan Restoran Baru Second Cup Cafe Baru
Di Keningau, Sabah

    Apa khabar semua? Sekali lagi kemasukan entri baru dalam blog Etuza. Kali ini entri sekadar memaparkan sosialisasi Etuza dan isteri serta anak-anak Etuza. Etuza sebenarnya suka bawa anak-anak makan di restoran yang bersih dan pelayan restoran ramah tamah dan senang untuk bekerjasama. Hari ini bersama mama, plan untuk pergi cari makan di restoran sebelum balik ke rumah, oleh kerana jam sudah menujnjukkan jam 1.40 petang maka sesuai untuk mengalas perut dahulu.

Pada mulanya hendak ke Restoran Masakan Kampung yang di miliki oleh kenalan Etuza dan mama bernama Puan Lastina Kumpit. Pemilik Restoran Masakan Kampung. Tetapi bila terpandang sahaja  satu kedai makan yang kelihatan baru maka Etuza dan Mama masuk terus ke dalam restoran ini. Restoran baru ini Restoran Second Cup Cafe. Uniknya restoran baru ini menyajikan keperluan juadah kuih muih dan resipi nasi ayam yang sedap rasanya berbanding dengan restoran lain.Ini dalam gambar nasi ayam yang disajikan oleh Etuza dan Mama.

Nasi Ayam di restoran Second Cup Cafe..
Mama abadikan kenangan..Etuza  ambil gambar guna Lenovo..
    Restoran Second Cup Cafe ini seperti pemiliknya adalah dari Semenanjung Malaysia, Etuza mengagak sahaja kerana pelanggan mojariti orang sana. Dapat dipastikan cara mereka bercakap dan dari segi wajah orang Melayu. Hebat restoran ini. Pelayan cekap dan sajian yang diminta cepat sampai. Untuk minuman Etuza oder air limau kasturi serta mama minta tea sahaja. Restoran baru maka kurang ada komunikasi antara pelayan restoran dan pelanggan. InshaAllah jika anda ke Keningau dan berhasrat hendak cari makan anda jemputlah ke Restoran Second Cup Cafe sebarisan dengan Shop Spear part  kereta Sing Sang Lee dan berhadapan tepat dengan parking teksi Keningau ke Kota Kinabalu di area Kelab Permata.

Mee Goreng Telur Di restoran Nurjanah Di Keningau.

Sedikit  kelihatan suasana Restoran Nurjanah di Keningau
    Satu lagi restoran yang sering Etuza kunjungi iaitu Restoran Nurjanah. Restoran ini agak tersorok sebarisan dengan Hotel Ria bersebelahan pula dengan Shop  24 Hours  Seven Eleven. Etuza suka singgah cari makan di restoran ini kerana chef cook adalah dari kalangan lelaki termasuk pengurus restoran ini iaitu Mas Ramli. Mas Ramli seorang yang peramah dan melayan semua pelanggan tanpa mengira suku kaum dengan adil dan mesra sekali.

Etuza lihat restoran ini bukan Etuza sahaja yang datang tetapi ramai lagi sahabat dan saudara Etuza yang lain datang cari makan di Restoran Nurjanah.Selain juadah layan diri Restoran Nurjanah pernah menerima sijil restoran grade A sekitar 2013 / 2014.

Paling menarik Restoran Nurjanah ini, ada menyajikan minuman kegemaran Etuza iaitu Milks Tea, Elcafe Coffie dan White Coffie. Kepada saudara yang datang melawat Keningau inilah dua restoran yang senang atau sesuai untuk anda kunjungi, iaitu Restoran Second Cup Cafe dan Restoran Nurjanah. 

Sebelum anda tinggalkan blog Etuza sila klik senarai Bloglist Blogger Baru 1437H sifu blogger Hasrul Hasan.

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. mee goreng satu..hehe..sorry sebab tak perasan ingatkan dah follow blog nih tp belum..baru follow..tq singgah and komen blog sy arepnakbebel.

    BalasPadam
  2. Nasi ayamnya nampak sangat menyelerakan

    BalasPadam
  3. Error.. Nasi ayam disajikan oleh etuza & mama????

    Sesekali berikan teguran, maaf...

    BalasPadam
  4. nasi ayam nak kuah sup lebih..hehehehe..betul yang penting nak cari tempat makan..mesti bersih dan layanan mesra..

    BalasPadam
    Balasan
    1. restoran yg bersih dan layanan yg mesra dari pelayan pasti akan menambat hati pelanggan untuk berkunjung semula ke situ

      Padam
  5. Tak apa Luqman dah follow dah kan..past akan ke sana ya ..

    BalasPadam
  6. best je nampak... kalau restoran bersih + pandai layan pelanggan memang org akan slalu dtg.. :D

    BalasPadam
  7. cikgu Etuza...bukan nasi ayan di sajikan oleh Etuzan dan Mama tetapi nasi ayam yang di sajikan kepada Etuza dan Mama...maaf ye atas teguran sbb bila baca rasa cam pelik bunyi nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis JM yang tegur cikgu last2 akak yg typo hihihihi..etuzan pun boleh

      Padam
  8. nasi ayam tu bagi JM cam tak lengkap je...JM kalau mkn nasi ayam mesti ada set kuah kicap, kuah sambal merah tu, ada salad dan timun serta kuah sup...perghh baru terangkat

    BalasPadam
  9. kalau JM ke keningau nak minta cikgu Etuza belanja mkn di kedua2 kedai ni mau test sedap ke idok

    BalasPadam
  10. nampak sedap nasi ayam tu cikgu.. macam teringin nak makan pula.. hehe.. ;)

    BalasPadam
  11. nasi ayam yang nampak menyelerakan tu

    BalasPadam
  12. sedapnya nasi ayam..mi goreng tu pun nampak menyelerakan..rasa lapar terus pagi ni.

    BalasPadam
  13. Nasi aym sedap nya...dapat ayam bahagia. Paha

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.