Minta Duit Kemudian Selongkar Longgokan Sampah
Gambar ehsan oleh google search imej.. |
" Minta Duit "
Kemarin lewat petang hari...
Bersama anak permata hati lelaki ini..
Melaksanakan tanggungjawab seadanya
Merealisasikan kehendak anak-anak tercinta..
Sedang lena memikirkan rutin hidup seharian..
Tersentak oleh ingatan dan pesan si ibu di rumah
" Singgah buang sampah " terniang di perdu telinga lelaki ini..
Tegas suaranya harap kan pesan kesampaian..
Lalu seketika hentikan putaran roda..
Setentang pada besi kebal penuh sisa basian sesampah..
Terhidu aroma menyesakkan rongga hidung lelaki ini..
Ingin segera meninggalkan lokasi ini..
" Kenapa? sudah buang kah bungkusan sampah?"
Anak tiada suara dan seolah pelik melihat sesuatu..
" Duit! minta duit! "
Kelihatan tangan dihulur ditadah di hadapan..
Ya Allah dari mana insan kecil ini berdua...
Muka comot baju hitam sejak bila di kalung di badan
Alangkah sedih melihat kan wajah lesu itu..
" Minta duit " sekali lagi diulang penuh harap..
Kejutan apakah ini Ya Allah...
Mencari secebis duit syiling atau kertas..
Tetap ada nilai bagi kanak-kanak pengemis itu..
Segera beredar pengemis di tepian longgokan sampah
Segera di korek bungkusan sampah berbaur hanyir..
Ya Allah ..apakah maksudMu..
Bawa kami melihat kesedihan ini...
Ada kah ujian ini untuk membawa diri..
Muhasabah diri agar perlunya memberi..
Wajibnya memberi andai ada upaya kita..
Dari retetan ini tercipta lah satu ilham di kalbu..
Niat memberi 40 hari..
Setiap hari tanpa kenal siapa..
Pastinya yang dekat dan jauh pasti dikota..
Terima kasih ya Allah " Minta Duit"
Dari suara sayu tertunai jua..
Semoga kesedaran dan keinsafan semua pihak..
Memberilah agar anda dikurniakan olehNya
Ketenangan abadi..
Dari Sudut Hati Etuza.
Realiti Kehidupan.
Pelancaran Telah Bermula Projek Niat 40 Hari Memberi Kepada Yang Memerlukan Dalam Blog Pesona Etuza:-
Hari 1 : Menghulur / memberi kepada kanak-kanak yang sedang menyelongkar longgokan sampah di Keningau ( 17hb 10.2015)
Hari 2 : Menghulur / memberi kepada 3 orang pelajar anak yatim di sekolah Etuza ( 19hb 10 2015)
Hari 3 : Menghulur / memberi kepada dua orang anak yatim di kampung Etuza (20hb 10.2015 )
Hari 4: Menghulur / memberi dalam bentuk buah limau kepada keluarga anak yatim di kampung Etuza.( 21hb 10.2015 )
Hari 5 :Menghulur / memberi kepada 3 orang kanak-kanak yatim di sekolah Etuza serta memberi makan kepad 3 orang orang dewasa.Alhamdulillah. ( 22hb 10.2015)
Hari 6: Menghulur/ memberi sumbangan bentuk makanan dan alat masak di dapur kepada Program Bersama Sekalung Budi oleh Pelatih Guru dari IPGM di sekolah Etuza.( 23hb 10.2015 )
Hari 7 : Menghulur / memberi makanan kepada anak di asrama dan seorang kawan sebilik anak, menghulur memberi kepada seorang OKU yang datang berkunjung ke rumah mak hari ini. ( 24 hb10.2015 )
Hari 8 : Menghulur/memberi ikan iar tawar kepada ayah mentua Etuza (25hb 10.2015)
Hari 9 : Menghulur/memberi duit kepada ibu Etuza ( 26hb Okt 2015 ) Memberi/ menghulur makanan buahan kepada anak ipar Etuza ketika berkunjung ke rumah.Memberi/menghulur duit kepada ayah mentua Etuza.
Hari 10:Menghulur / memberi kepada anak yatim dan seorang remaja di kampung Etuza (27hb Okt 2015)
Hari 11 : Esok, akan menghulur/ memberi pakaian yang masih elok kepada Guru Pelatih IPGM untuk mereka agihkan kepada insan yang memerlukan.InshaAllah moga niat Etuza dimudahkan olehNya.Amin.
( akan sentiasa di updated )Hari 8 : Menghulur/memberi ikan iar tawar kepada ayah mentua Etuza (25hb 10.2015)
Hari 9 : Menghulur/memberi duit kepada ibu Etuza ( 26hb Okt 2015 ) Memberi/ menghulur makanan buahan kepada anak ipar Etuza ketika berkunjung ke rumah.Memberi/menghulur duit kepada ayah mentua Etuza.
Hari 10:Menghulur / memberi kepada anak yatim dan seorang remaja di kampung Etuza (27hb Okt 2015)
Hari 11 : Esok, akan menghulur/ memberi pakaian yang masih elok kepada Guru Pelatih IPGM untuk mereka agihkan kepada insan yang memerlukan.InshaAllah moga niat Etuza dimudahkan olehNya.Amin.
18 Ulasan
Menginsafi diri... Kadang kala kita terasa susah tetapi ada insan lain yg lebih susah. Bersyukurlah...
BalasPadamBetul apa yg di Kata tu..ada lagi yag lebih menderita..kita di uji melihat derita mereka..
Padamya allah
BalasPadamHanum saya memang terkejut..bila tiba2 ada kanak2 minta duit.kalau tak bagi lain jadinya perasaan kita..kena bagi dengan ikhlas..bukan hendak biasakannya tetapi sekadar beri ketika terjumpa..
PadamSungguh dalam rancak manusia hidup dengan penuh kecukupan semuanya
BalasPadammasih ada yg perlukan huluran dari mereka yg sempurna itu
tanggungjawab bersama sebenarnya
gagal membantu bererti kita semua akan ditanya di sana olehNya.
ya Allah tepat sekalai kakzakie..terima kasih ya ingatan ini
Padambersedekahlah tanpa rasa gundah insyaAllah terurailah segala masalah
BalasPadamsubahanallah Pi tepat sekali, rasa tenang lepas memberi..mulanya terkejut ya ..tak pernah2 begitu di kawasan pembuangn sampah
PadamAsalamualaikum cikgu..salam jumaat :-))
BalasPadamwalakukam salam Iryati..terima kasih
PadamBersedekah tidak menjadikan kita papa.
BalasPadamIn Sha Allah
Mungkin dari peristiwa itu Allah mengajar kita bersyukur,
BalasPadamsedarkan kita bahawa kat luar tu ramai lagi yang memerlukan
nice pengkongsian ni cikgu
BalasPadammakin bersedekah rezeki semakin bertambah
BalasPadammemberi tanpa meminta. semoga kita amalkan sentiasa bersedekah
BalasPadamSedekah itu satu amalan yg mulia
BalasPadamAlhamdulillah mg Allah memberkati hidup Cikgu sekeluarga..
BalasPadamBermuhasabah diri seketika..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.