Kuih Lidah, Maksud Kuih Kapal Terbang, Kuih Kereta Angin Adalah Benda Sama Pelik Tapi Benar

Kuih Lidah,  Maksud Kuih Kapal Terbang, Kuih Kereta Angin Adalah Benda Sama Pelik Tapi Benar
Ini Kuih Lidah kalau di Keningau..Tapi di tempat lain,
lain namanya..Harap jangan keliru seperti
Etuza...mujur cepat kenal..
Ini di gelar Kuih Kapal terbang atau Kuih kereta angin
di Kedah dan di Perlis..dua nama beza kuih sama..

Insan Marhaen ( Klik )Klik Juga Laman Aku Insan Sederhana.

" Saya suka makan kuih karipap berisi kentang, bila sarapan pagi,isteri pula sukan makan kuih kapal terbang"
Inilah kata-kata blogger Insan Marhaen di ruangan komen awal pagi hari ini di blog Etuza. Pada entri pelbagai gambar kuih traditional di blog Etuza yang terbaru terdapat komen dari Insan Maheran. 

Lama Etuza berfikir pelik benar nama kuih kapal terbang ini. Baru pertama kali membaca dan mendengar serta di perkenalkan nama kuih Kapal Terbang sebagaimana Insan Marhaen katakan bahawa isterinya suka makan kuih ini. Etuza tanpa berlengah lagi terus kilk search google hendak mencari jawapan sendiri apakah ini Kuih Kapal Terbang.Akhirnya Etuza  dapat jawapan, rupa-rupanya Kuih Kapal Terbang itu adalah Kuih Lidah jika di Keningau Sabah. Seperti dalam gambar. Ada lagi kenyataan yang mengatakan bahawa kuih traditional ini di gelar juga Kuih Kereta Angin di Perlis.

Rupanya benda sama tetapi punyi nama berbeza mengikut etnik masyarakat di beberapa negeri di Malaysia. Jika isteri Insan Marhaen menggemari kuih kapal terbang ini, sama lah juga isteri Etuza juga sangat sukan makan Kuih Lidah kuih yang sama. Memang sedap dan gebu kuih ini. Terima kasih Insan Maheran kerana menggerakkan hati Etuza mendalami lagi ilmu mengenai kuih bernama pelik ini tapi benar.

Catat Ulasan

34 Ulasan

  1. Balasan
    1. sedap ..rangut tak puas makan hehehe

      Padam
    2. Cikgu, typo lg.. Rangut = rangup..

      Apalah kamu UA, asyik cari kesalahan jer.. maaf ya Cikgu.. kita sama2 belajar..

      Padam
  2. kat tempat saya panggil kuih ni kuih tiram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ada juga terbaca di panggil kuih tiram...banyak pula nama kuih ni kan

      Padam
  3. Saya pun pernah tanya isteri saya.... pasai apa depa panggil kuih kapal terbang walhal tak ada rupa kapal terbang pun..ha..ha..

    p/s: Insan Marhaen bukannya Insan Maheran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ya IM..harap tak ambil hati, memang Etuza pertama kali dengar nama ni kuih kapal terbang..rasa nak ingin tahu ja..tulah ada entri hal KKT

      Padam
  4. Tak silap saya ada sesetengah tempat panggil kuih ni kuih lidah buaya atau kuih tiram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya Farrah betul..ada baca nama tu, di tempat Etuza kuih lidah..

      Padam
  5. KUIH NI RANGUP TAPI AGAK MANIS SBB DITABUR GULA HALUS...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya memang agak manis. jika lebih letak gula halus, gula aising pun boleh..letak

      Padam
  6. Rajin kau buat research yer... Cikgulah katakan!

    minta izin salin gambar kuih KT untuk entri balas....hik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tulah sebab tinggi perasaan nak tahu kuih apa ya bentuk kuih kapal terbang..rupanya ini..sama kuih lidah..

      Padam
  7. Saya pun suka kuih ni etuza tapi saya panggil ni kuih tiram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ada ramai kata kuih tiram sama ja kan..kuih lidah kuih kapal terbang..leper agaknya bil di potong..bentuk jg kelihatan seperti sayap kapal..

      Padam
  8. ada juga yang panggil kuih tiram cikgu..dulu PC pun keliru..rupanya kuih yg sama tapi namanya saja berbeza...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kini kita dah kenal satu kuih tradisional banyak nama mengikut negeri kan..PC..))

      Padam
  9. saya panggil kuih kapal terbang..
    sedap..tp sebelum makan ketuk2 buang gula dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya memang ada gula kena ketuk2 agar gula berkurangan kan madam kamsiah

      Padam
  10. di Tawau pun memang panggil kuih lidah cikgu...saya pun suka makan.. sllu beli.. hehe

    BalasPadam
  11. Sekarang ni susah nak dapat kuih kapal terbang yang sedap.

    BalasPadam
  12. Di Utara (Pulau Pinang dan Kedah) kuih ini dipanggil kuih kapalterbang. Kuih kereta angin tak pernah dengar pula...

    #Pembetulan...bukan Insan Maheran tapi Insan Marhaen...

    BalasPadam
  13. Sedap kueh ni cikgu..kat tempat yan panggil kueh lidah buaya :-))

    BalasPadam
  14. di tempat saya dipanggil kuih kapal terbang atau kuih kasut. Femes sekitar awal 70an dulu. Cikgu tadika mai masuk kampung ajar mak2 masa tu....dulu2 raya pun ada orang buat kuih ni...

    BalasPadam
  15. Terengganu panggil kuih getah (sebutnya gettah, sabdu gitu) hihi

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum...etuza,

    sedap kuih nie.... ermmm tak nafikan.

    mselim3

    pls: sorry etuza andai lama tak bertandang ke blog etuza... blog etuza nie sentiasa dalam ingatan.. sentiasa ingat kat kekawan...

    BalasPadam
  17. Sedap tapi manis hehehe...rangup je ..lya tak berapa ingat sgt dah kuih ni sbb masa kecik2 dlu je mkn..dah lama tak jumpa ..anak2 pon tak kenal lagi kuih ni

    BalasPadam
  18. Kuih nie memang banyak nama, dulu Zumal pernah tanya kenapa dipanggil kuih kapal terbang sebab tak ada ciri2 persamaan dengan kapal terbang pun. Orang yang jual hanya ketawa terbahak-bahak ^-^

    BalasPadam
  19. ohh ini ke kuih lidah...my feveret ni..suka sgt!!!

    BalasPadam
  20. assalamualaikum & hai...yaya datang dari Jom Kita Sembang Bersama 35 Blogger...salam perkenalan dari Yaya Cendana :)

    mohon komen murni di

    http://www.yayacendana.com/2015/10/asean-musical-extravaganza-2015-matic.html#comment-form

    terima kasih ^_^

    BalasPadam
  21. kuih lidah buaya ekin suka makan nak buat xmahir lagi

    BalasPadam
  22. Isteri saya suka juga makan kuih ni.. Memang layan katanya..

    BalasPadam
  23. Kami kat sini panggil kuih tiram

    BalasPadam
  24. Sebab ape nama dia kuih kapal terbang??

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.