Imbasan Majlis Restu Ilmu & Solat Hajat PT3 & SPM 2015 SMK Agama Keningau, Sabah

Imbasan Majlis Restu Ilmu PT3 & SPM 2015 SMK Agama Keningau, Sabah

    Pada 2hb Oktober 2015 telah diadakan Majlis Restu Ilmu bagi pelajar PT3 dan SPM di SMK Agama Keningau, Sabah. Ibubapa yang berkenaan dijemput hadir bersama menjayakan majlis ilmu ini. Objektif untuk memberi suntikan motivasi semangat dan merestui segala ilmu daripada guru warga SMKA Keningau serta memohon doa restu dari Allah yang kuasa dalam Solat Hajat bersama ibubapa. Selain tujuan lain ialah hari bertemu ibubapa dan menjemput anak-anak balik ke rumah sebelum mereka menduduki exzam PT3 tidak lama lagi masa itu.

Ramai ibubapa yang hadir menjayakan majlis ini serta bukti ibub apa memberikan semangat dan kasih sayang terhadap anak sendiri. Pengisian majlis mulia ini ialah ada Doa Selamat, Ucapan Wakil Pelajar, Ucapan Wakil Ibubapa kemudian Ucapan Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Haidun Sapiri. Guru dan ibubapa berbaris di hadapan pelajar dan menerima salam daripada anak-anak, ketika inilah terasa sayu dan bersyukur padaNya kerana kesempatan memeluk erat anak-anak, memaafkan kesalahan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anak agar mampu menduduki PT3 dengan tenang dan berjaya menjawab soalan dengan baik.

Pelajar berdoa dengan khyusuk dalam majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat
 Solat hajat kemudian dilaksanakan di surau  Al Azhar SMK Agama Keningau. Etuza bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama menyertai majlis ilmu ini. Semoga usaha murni SMK Agama Keningau ini dirahmati Allah. Dalam kesempatan ini ramai kawan-kawan Etuza datang bersama dan saling kenal mengenali anak masing-masing. Antara ibubapa yang hadir ialah Cikgu Saifullah, Cikgu Kamil, Cikgu Hamsah, Tuan Haji Kamilin, Cikgu Kamisin, En. Sablin Roslan, Ustaz Harun, En. Sahrizal dan ramai lagi termasuk ibu pelajar bagi mewakili pelajar perempuan. Semoga jalinan ukuhuwa ini dapat dieratkan dan kita saling menghargai serta hormat menghormati antara satu sama lain.

Afif dan dua orang kawan sekelas abadikan kenangan
beberapa orang ibubapa bersama bergambar
 bersama anak masing-masing.
   PT3 telah pun berlalu, semoga anak Etuza Afif serta pelajar lain berjaya dengan cemerlang menjawab soalan peperiksaan baru-baru ini. Kita tawakal dan berdoa selalu semoga Allah memberikan pelajar SMK Agama hidayah dan keimanan agar terus berusaha memperbaiki akademik dari masa ke semasa. 

Sila baca SINI & SINI.

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Sekolah anak sya pun mengadakan restu ilmu dan motivasi pada hari yg sama tapi yg menyedihkan kurang dapat sambutan dari bukan melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalam San Ib..terima kasih ya..di SMK Agama ni 100 % kita semoga anak2 berjaya nanti . Amin

      Padam
    2. mungkin non-muslim tidak diberi pemahaman yg khusus tentang majlis ini..

      Padam
    3. Di sekolah Etuza ada buat bersama2 tetapi bila solat hajat non muslim tak pergi surau. mereka ke rumah Penolong Kanan Hem..

      Padam
  2. Semoga anak Cikgu Etuza mencapai keputusan cemerlang. Amin...

    BalasPadam
  3. jelas kerjasama yg ibu bapa berikan.. ianya sememangnya membantu kan cikgu... InshaaAllah kejayaan milik mereka semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ibubapa perlu berikan kerjasama..baru anak2 berkeyakinan restu ibubapa dan guru sangat penting..ya Ikhwan

      Padam
    2. Ya ibubapa perlu berikan kerjasama..baru anak2 berkeyakinan restu ibubapa dan guru sangat penting..ya Ikhwan

      Padam
  4. in shaa Allah semoga Afif berjaya amin

    BalasPadam
  5. doakan semoga anak cikgu etuza dan semua adik-adik yang mengambil PT3 mendapat keputusan yang cemerlang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih aiza..memang semua memohon padaNya kejayaan..inshaAllah

      Padam
  6. semoga calon2 peperiksaan awam ini mendapat keputusan yg cemerlang setimpal dengan usaha mereka. insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Mai berjalan lancar dan di sini dah berkurangan jerebu..simpati jerebu di negeri lain semakin teruk..

      Padam
  7. suami ekin ada anak saudara PT3 ada gak wat majlis macam ni.. dah habis dah periks ... harap ank cikgu mendapat keputusan yang cemerlang

    BalasPadam
  8. semoga anak-anak ini mendapat keputusan yang cemerlang. tahniah buat sekolah kerana menganjurkan majlis ini.

    BalasPadam
  9. Semoga mereka berjaya..insyallah..amin

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.