Degsin Rumah Unik Berkonsepkan Batu & Kayu Di Keningau

Degsin Rumah Berkonsepkan Batu & Kayu Di Keningau

      Asalamualaikum semuanya. Entri kali ini, Etuza buat simple sahaja iaitu memaparkan degsin rumah yang berkonsepkan batuan dan kayu.Dua kombinasi yang cukup hebat menampilkan gaya dan style rumah idaman anda. Degsin rumah ini Etuza dapat dari whatsupp. Sebuah rumah yang sedang dibina oleh rakan guru di tempat Etuza bertugas. Terpesoan seketika dengan corak buatan rumah ini. Hebat sekali. 

Rasanya kalau sudah siap rumah ini, suasana segar sejuk berada dalam rumah sebegini. Ada ruang halaman di beranda rumah disusun rapi dan kata pemilik rumah ini, sedang menyiapkan kolam mini untuk anak-anak bermandi manda apabila siap semuanya. Etuza sempat bertanya dari mana dapat batu - batu tersebut untuk tiang dan pada beberapa bahagian dinding. Katanya batu - batuan itu di beli pada harga RM 35 se tan. Batu-batu tersebut kemudian disusun mengikut saiz dan bentuk yang sama. Cuma katanya harga upah memang mahal jika sebegini bentuk kerana banyak style di olahkan. Etuza ucapkan semoga rumah ini cepat siap dan kita boleh melihat sebagai satu contoh degsin rumah berkonsepkan batu dan kayu.Jemput tengok struktur rumah ini. Mana tahu ada antara kita yang berimpian hendak bina rumah boleh buat seolah seperti ini, tetapi ikut citarasa anda. Bagaimana bentuk rumah impian anda pula? Semoga mampu nanti merealisasikannya.

Hebat juga kan rumah di Pedalaman Sabah..
pada Etuza cukup cantik..Bertuah dapat rumah
sebegini indah..Alhamdulillah..
Tangga dari luar ke ruang pintu utama..
cantik pula nampak daripada susunan batu...
unik nampak dan stabil..
Klik SINI infor hal berkaitan hadiah anda..

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Cantek ....tentu rumit nak susun batu2an itu ya.

    BalasPadam
  2. Memang cantik, kalau dah masuk dalam rumah rasa macam malas nak keluar pula!!

    BalasPadam
  3. Cantik dan unik. seronok kalau dapat rumah macam tu

    BalasPadam
  4. waahhh!!!! melopong jap..CANTIK sangat dekorasi nya ofcoz tinggi juga kos nya..rumah siapa agaknya ye..mesti rumah seorang businessman

    BalasPadam
  5. maaf cikgu ....degsin or design.....nanti x dapat buat carian di google....or better rekabentuk..sorry!!!

    BalasPadam
  6. kalau keje seperti JM ni tak mampu bina rumah sendiri its mean x mampu upah orang membina kediaman melainkan ada tanah sendiri dan ada suami berharta hihihi...hanya mampu beli rumah mampu milik

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.