Tips Belajar Berkesan Di Dalam Kelas

( Mohon maaf templete blog Etuza sedang dalam pembaikan)
Bloglist dan alat lain akan di pasang dari masa ke semasa.
Harap maklum 


      Kali ini Etuza hendak share kan tips belajar berkesan di dalam kelas khasnya kepada semua golongan yang sedang belajar baik kanak-kanak, remaja atau juga golongan dewasa yang hadir dalam kelas untuk belajar. Dan kita sama - sama amalkan tips belajar berkesan dalam kelas ini, dengan harapan semoga cara belajar ini benar - benar membantu tingkatkan prestasi dalam kefahaman terhadap pelajaran di dalam kelas. 

Tips tersebut dengan menggunakan 3 Perkara Utama.

1. Tips Tengok Cikgu Mengajar
     Tips tengok guru mengajar dengan kedua mata, seharusnya individu pelajar harus dalam keadaan sedia dan tengok guru di hadapan. Perhatikan guru untuk memulakan penumpuan dalam kelas. Tengok guru dengan penuh perhatian akan menjadikan pelajar fokus belajar dalam kelas. Tengok guru dengan penuh minat dan daya tumpuan kontek mata. Bila pelajar tengok guru, maka akan mulai meresap segala ilmu yang guru curahkan. 
Tengok guru merangkum kepada :- 
* Keadaan cara  guru ketika mengajar menerangkan pelajaran.
* Tengok tiap pergerakan guru, apa guru buat di hadapan. 
* Tengok apakah bahan bantu guru mengajar. Perlu pelajar tengok betul-betul maka proses cepat memahami isi pelajaran akan bermula. Berbanding pelajar yang lalai dan tidak tengok   guru memang akan jauh ketinggalan dan lebih parah lagi apabila satu perkara yang guru terangkan tidak difahami oleh pelajar.

2. Tips Dengar Cikgu Mengajar
     Tips dengar guru harus dengan telinga. Selepas tengok guru kena dengar tiap apa guru cakap atau terangkan dalam kelas. Ketika guru bercakap menerangkan isi pelajaran lah paling banyak ilmu guru curah berbanding dalam buku  ( ini menurut seorang penceramah motivasi keibubapaan ). Maka keperluan benar-benar mendengar harus dilakukan. Fokus tengok dan dengar guru menerangkan pelajaran pasti pelajar menjadi cemerlang menguasai ilmu pelajaran di dalam kelas.

3. Tips Faham Cikgu Mengajar.
    Tips seterusnya ialah Faham Cikgu mengajar. Bila elemen tengok guru dan dengar penerangan guru di dalam kelas pasti elemen ke tiga iaitu Faham Cikgu akan berlaku. Faham merujuk kepada kefahaman kepada isi pelajaran, faham cara dan kaedah guru mengajar serta faham tips berkesan guru mengajar sesuatu tajuk pelajaran.
Elemen ketiga adalah pokok paling tinggi di antara 3 perkara tips belajar berkesan dalam kelas. Bila pelajar tengok ( fokus ) dengar cikgu bercakap dengan teliti serta tupuan yang baik maka apa juga ilmu pelajaran akan mudah di fahami. Malah apabila diadakan ujian atau kuiz semua pelajar akan mampu menjawab dengan baik. 

Kepada ibubapa sampaikan kepada anak-anak masing-masing iaitu ada 3 perkara utama agar dapat menambah prestasi memahami dan mengetahui isi pelajaran di kelas dengan cara Tengok Cikgu, Dengar Cikgu dan Faham Cikgu. Pasti setiap pelajar di dalam kelas akan cemerlang dalam prlajaran serta dapat bersaing hingga ke tahap lebih tinggi. Cubalah terapkan 3 perkara kepada anak-anak masing. 

Tiga elemen ini jika seseorang individu guna kan amalkan sentiasa ketika belajar di dalam kelas pasti akan 100 % memahami dan mengetahui akan apa juga yang individu pelajar itu pelajar bersama cikgu di dalam kelas. 

Jika berminat teruskan klik SINI