Rukun Khutbah Yang Mungkin Kita Lupa

Salam Jumaat Penghulu Segala Harian Kita

Masjid Ar Rahim Keningau, Sabah
    Etuza sebenarnya ada plan ( rancang ) bahawa tiap hari jumaat Etuza mesti membuat entry atau catatan dalam blog Etuza ini tentang apa-apa tentang hari jumaat. Sebabnya hari jumaat ini, memang dikatakan penghulu segala hari dan banyak perkara sunat yang perlu kita lakukan pada hari jumaat ini. Yang nyata ialah sebagai lelaki muslim Etuza dan anak-anak lelaki Etuza yang lain wajib ke Masjid tunaikan solat wajib Solat Jumaat. Sebab itulah logik rasanya kita abadikan satu entry khas setiap minggu tentang keistemewaan hari jumaat. Setuju kan...manfaatnya banyak dan kita umpama belajar agar kita hargai apa juga ilmu pada hari jumaat. Rujuk juga bahan bacaan tentang Hari Jumaat SINI.

Hari ini jumaat, khutbah di masjid yang Etuza datang solat jumaat ialah antaranya khutbah itu memperkatakan keberkatan rezeki dan keperluan memberikan kebahagiaan kepada orang lain yang memerlukan. Untuk pengetahuan semua Etuza ada membuat pembacaan tentang Rukun Khutbah yang mungkin kita ingat - ingat lupa perkara  Rukun Khutbah jumaat ini. Antara Rukun Khutbah tersebut ialah:-

1. Memuji Allah pada setiap permulaan khutbah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Jabir Bin Samurah AS.
     " Bahawasanya Rasulullah telah berkhutbah pada hari Jumaat dengan memuji Allah dan menyanjungnya " ( Riwayat Muslim )

2. Membaca dua kalimah syahadah dalam kedua-dua khutbah sebagaimana  hadis yang diriwatkan daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:-
      "Allah berfirman : Aku telah menjadikan umatku yang tidak sah khutbah bagi kamu sekalian sehingga mereka bersaksi bahawasanya kamu ( muhammad ) adalah hamba-Ku dan Rasul -Ku ( riwayat Baihaqi)

3. Mengucapkan selawat kepada Rasullah dalam kedua - dua khutbah. 

4. Berwasiat dengan kalimah taqwa kepada Allah.

5. Membaca ayat al - quran minimum satu ayat dalam salah satu daripada dua khutbah dan yang utama dibacakan pada saat khutbah pertama sebagaimana sabda Rasullah yang diriwayat daripada Jabir bin Samurah AS:-
   "Adalah Rasullah SAW dalam khutbahnya membaca ayat -ayat al-quran untuk mengingatkan manusia. ("Riwayat Abu Daud )

6. Memohonkan keampunan kepada Allah bagi kaum muslimindan muslimat,mukminin dan mukminat dan pembacaannya diutamakan pada khutbah kedua, Hadis yang diriwayatkan daripada Samurah Bin Jundabi.
    "Bahawasanya Rasulullah SAW telah memohonkan keampunan bagi kaum mukminin dan mukminat dalam setiap (khutbah) Jumaat " Riwayat Bazzar.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Banyak diceritakan dalam Al quran tentang Penghulu segala hari ni.. Sama-sama kita manafaatkannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali saudaraku Sani...Jumaat banyak ilmu kita dapat manfaatkan hari jumaat hari terbesar segala hari..

      Padam
  2. Done follow u cikgu..
    * lupe... he he he...

    BalasPadam
  3. perkongsian yang baik, ingatan untuk semua agar tidak lupa..

    p.s: hari ini baru dapat follow cikgu.. haritu nak follow tak jumpa widget follower..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. satu alternatif yg baik cikgu.. berkongsi2 ilmu kebaikkan... semalam khatib berkhutbah tentang pengorbanan... Banyaklah disebut mengenai pengorbanan antara kisah bilamana Nabi Ibrahim yg terpaksa meninggalkan isterinya, siti hajar dan anaknya nabi ibrahim subhanallah hebat ceritanya..

    BalasPadam
  5. Oooo begitu... nanti try tnya suami ktubah jummat semalam pasal apa hihihihi

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.