Singgah mengalas perut di KFC cawangan baru Keningau.

Ambil gambar di dalam KFC cawangan baru di Keningau

Tidak ketinggalan abadikan kenangan ..sesekali ikut kaum hawa cari makan..

Dapat beg free selepas service kereta...bagus juga boleh guna
letak komputer.
.

Mama, kakak dan adik..ini dekat padang bandar Keningau..
     Suka pula kami ke KFC cawangan baru di Keningau. Mungkin disebabkan KFC cawangan baru ini tidak berapa sibuk dengan pelanggan seperti di KFC cawangan pertama dekat Balai Polis Keningau. Kalau di KFC cawangan lama memang sesak dan berbaris untuk oder juadah yang kita hendak kan. 

Tidak apa sesekali bawa anak-anak ke KFC, bagi mereka peluang makan makanan yang mereka suka. Ibubapa juga turut oder makanan yang sama. Memang terbaiklah KFC tetapi tidak boleh selalu. Sesekali boleh kerana jika selalu alamatlah cepat bulan tua. Payah cari duit.

Anak-anak Etuza ni ikut mama pergi shoping sebenarnya di Shoping Kompleks Hiap Lee Center. Macam2 lah dibeli antaranya untuk di bawa ke Mesir tidak lama lagi.Apa yang anak mahu kan tunaikan sahaja kerana dekat Mesir tidak ada makanan seperti di Malaysia. Ada pun berbeza dengan yang ada di Malaysia. Banyak lah pengalaman anak gadis Etuza di Mesir. Semuanya teruja hendak merasainya sendiri. Mesir katanya Negara yang banyak keajaiban. Tanah Arab negara para nabi ambiya. Semoga suatu masa nanti Etuza dan mama dapat berpijak di bumi Mesir.

Infor lain jika hendak membaca klik SINI.