Bercintalah berlandaskan iman bukan bercinta kerana nafsu



Asalamualaikum & salam sejahtera.

Mustika ingin mencatat tentang erti cinta yang suci, cinta yang berlandaskan iman, cinta yang lebih mengarahkan kita kepada bertaqwa kepada Allah. Cinta yang suci ibarat satu permata yang harus kita jaga, kita siram dengan kasih sayang yang harum hingga terasa murninya cinta itu diantara sesama manusia.

Sebelum itu mustika, perlu nyatakan dengan ikhlas dan jujur bahawa cinta yang paling tinggi darjatnya adalah cinta kita kepada Allah yang esa. Cintailah Allah dengan melakukan semua arahannya dan menjauhi semua larangannya. Cinta pada Allah akan menjadikan kita sentiasa ingat pada Allah, takut pada seksaNya, kerana apabila kita membelakangkan Allah, maka kita akan menimbulkan keadaan di mana Allah tidak memandang kita lagi. Apabila Allah tidak lagi memandang pada kita maka akan gelaplah masa depan kita di akhirat. Untuk lebih ringkas APABILA KITA CINTA DAN INGAT PADA ALLAH KITA AKAN MENERIMA SYURGA SEBAGAI BALASAN ALLAH dan SEBALIKNYA JIKA KITA TIDAK INGAT ALLAH, LUPA DAN LALAI DI MANA-MANA NERAKA BALASAN YANG KITA TERIMA. Untuk itu tidakkah mahu memilih mencintai Allah.

Mengapa cinta pada Allah yang tidak nampak? Di manakah Allah itu? Wahai insan manusia seperti mustika ini, usahlah bertanya begitu, simpanlah kata hati seperti itu,  kerana pertanyaan itu terlalu mudah untuk di jawab dan difahami jika kita seorang yang berfikiran waras dan merasai nikmat hidup dan merasakan zat kasih sayang Allah. Baiklah pada musitka, mustika sekadar mahu nyatakan bahawa SESUNGGUHNYA ALLAH ITU WUJUD DIA AMAT HEBAT, DIALAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI KITA. TANYALAH DIRI ADAKAH ORANG SEPERTI KITA BOLEH CIPTA BUMI YANG INDAH INI, SEBAGAI TEMPAT KITA HIDUP. Lihatlah biji benih yang kita tanam itu akan tumbuh, membesar dan mengeluarkan hasil lalu kita makan jika tumbuhan itu berupa sayur- sayuran. Kalau difikirkan biji itu bertunas tumbuh kerana ada cahaya matahari dan air. Itu benar, tetapi cahaya dan air itu pula siapa yang cipta? Nah! air dan cahaya itu ciptaan Allah, tanah itu juga sudah Allah cipta sejak bumi ini wujud. Oleh yang demikian perdalamkanlah cita kita pada Allah, jaga diri dari melupakan arahan Allah. InsyaAllah.

Suatu masa lelaki itu yang pada asalnya kanak-kanak, remaja dan akhirnya dewasa akan merasai sesuatu pada nalurinya. Keinginan dan kehendak sebagai manusia cicit Adam dan Hawa. Pasti tidak terkecuali merasa sunyi inginkan teman dalam kehidupannya. Jika keadaan ini berlaku, berwaspadalah kerana bisikan syaitan amat kuat di kala anda mengalami perasaan sebegini. Kadangkala perasaan membuak terasa sukar di kontrol hingga ada yang sanggup membuat maksiat apabila hasutan syaitan dituruti.

Wahai lelaki seperti mustika yang sempat membaca catatan mustika berwaspadalah ingatlah bahawa pada tiap detik anda diperhatikan oleh Allah yang maha esa. Percayalah bahawa Allah beri kita jalan mudah untuk mengecapi nikmat kehidupan ini. Allah maha adil dan sangat menyayangi kita. Jika begitu caranya ialah kita kuatkan iman, zikir dan berdoa pada Allah agar kita akan dilimpahkan rezeki sebagaimana yang kita minta, itu sudah Allah tentukan.
Semua lelaki secara normal mahu bercinta, dengan siapa, sukunya apa, asalnya apa  semuanya kita tidak tahu. Kalau begitu wahai lelaki, berdoalah "Ya Allah yang maha aggung dan maha mengetahui temukanlah aku dengan seorang wanita soleha sebagai teman hidupku, berilah aku jodoh dikalangan wanita yang baik, asal usulnya baik dan wanita yang ikhlas mencintaiku" " Ya Allah kini aku sudah dewasa, maka berilah petunjuk agar aku dapat menemui wanita soleha yang dapat menerima aku sebagai teman hidupnya, berilah daku kekuatan dan keyakinan agar aku juga dapat membimbing wanita itu ke jalan yang benar dan ke arah meneguhkan cinta kami terhadapMu jua amen ya robbal alamin"
Jika anda benar-benar minta dan sering berdoa insyaAllah hasrat anda akan tertunai. Harus diingat ya, lelaki yang baik itu menurut yang mustika ketahui jodohnya memang di kalangan wanita yang baik. Dan sebaliknya pula jika lelaki itu jahat ( mintalah bukan kita ya) maka jodohnya adalah dikalangan wanita yang tidak baik( semoga bukan kita ya). Adapun mungkin berlaku juga lelaki yang baik itu tiba-tiba jodohnya wanita yang tidak baik akhlaknya itu adalah ujian dari Allah untuk lelaki itu lebih kuat dan beroleh kejayaan membimbing wanita itu ke arah jalan yang benar.

 Bercinta atas dasar nafsu semata.
Wahai lelaki seperti mustika, jika ada naluri ingin bercinta, usah tergopoh gapah mencari cinta, sabarlah dan jagalah hatimu agar tidak ternoda. Jika anda terlalu terburu-buru maka dikhuatiri jodohmu akan dicepatkan oleh Allah, tetapi akhirnya anda tidak sesuai dengan wanita itu. Ingat pesan mustika bahawa, kenalilah dahulu siapa wanita yang anda rasa seolah ingin mendekatimu ya. Buatlah cara apapun agar anda lebih mengenali wanita ini, kenali keluarganya dan juga kegiatan wanita yang ada rasa berharap cinta wanita itu. Usahlah mementingkan wajah semata-mata, wajah yang cantik sebenarnya bukan cerminan hati yang cantik dan indah. Kadangkala kita diperdayakan oleh wanita dengan paras rupanya yang cantik bak bidadari, walhal hatinya kotor dan busuk. Sebab itu lelaki harus berkewajiban mengenali dahulu wanita itu secara dekat. Biarlah perlahan agar anda boleh berpuas hati apabila yang sebenarnya dialah wanita yang anda impikan selama ini. Bukanlah indah dan bahagia rasanya apabila semua terjadi dengan penuh kesabaran. Betulkan!

Apa akibatnya bila rakus mencari cinta.
Parah dan sehingga bila-bilapun anda akan kesal. Ingat tadi mustika sudah jelaskan bahawa syaitan itu amat licik, dia bisikkan kejahatan untuk anda terdorong melakukan maksiat. Lupakanlah untuk bersua dan bermesra ( bukan mesra berpegangan dan sentuh-sentuhan ya) di waktu malam. Sebaliknya jika benar anda rindu dengan wanita itu, call dan berbuallah dalam handphone, jika tidak begitu bersua dengan sidia di khlayak ramai pada waktu siang. Berjalanlah seiring dengan sidia dengan berteman dengan orang ketiga. Jika berdua pastikan dikhlayak ramai. Ooo! anda jangan tersalah faham ya, sebab itulah berlaku maksiat apabila bersua ditempat sunyi, tambah pula di waktu malam dan di kawasan sunyi. Jikapun benar anda ingin bersua dengan wanita idaman pada waktu malam, datanglah ziarah rumah keluarga wanita itu. Hai! kalau anda  gentelman pasti keluarga wanita itu hidangkan anda dengan makanan yang sedap pula ya. Ha! luar biasakan tips Mustika.

Berapa ramainya wanita yang rosak akibat tidak berhati-hati. Berapa ramai lelaki yang rosak akibat merosakkan maruah wanita tertentu. Malu! malu! dan alangkah besar dosa disisi Allah. Orang yang membuat maksiat itu sesungguhnya tidak akan tenang sepanjang hidupnya. Cuma kebahagian akan wjud dalam hidupnya apabila mereka bertaubat agar tidak lagi melakukan kemaksiatan seperti zina dan sebagainya. Ingat jika kita banyak dosa pastilah anda juga tahu bahawa neraka adalah balasannya. Api di duniapun sungguhlah panas terasa, api di neraka lagilah panas membara. walhualam.

Kepada para lelaki yang dahpun cukup umur sesuai dan sudah sanggup beristeri carilah cinta yang direstui oleh ibubapa pasti Allah akan merestui dan melimpahkan kebahagiaan di masa hadapan. Berkahwin itu pada asasnya adalah sunnah nabi Muhammad S.A.W. Berkahwinlah jika anda diseru berkahwin. InsyaAllah. Tips mustika jangan perlekehkan ya.

Salam ukhuwa fillah.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tanggungjawab kita sebagai ibubapa mendidik mereka menjadi orang yang berilmu & berguna tapi kadang2 dek silap pilih kawan, punah segalanya.

    Mudah2nya dijauhkan semua itu

    BalasPadam
  2. bercinta atas dasar nafsu mmg xkan kekal lama..nice sharing

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.