Pelajar Luar Negara Jalani SWAB Di IPGM Keningau, Sabah

Pelajar Luar Negara Jalani SWAB Di IPGM Keningau, Sabah

Pelajar Luar Negara Jalani SWAB Di IPGM Keningau, Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

6/5/2020 bersamaan hari rabu, pelajar dari Luara Negara warga Keningau telah selamat sampai di Daerah Keningau dan terlebih dahulu dihantar di IPGM Kampus Keningau, Sabah untuk tujuan SWAB Test yang dikendalikan oleh kakitangan Hospital Daerah Keningau, Sabah.  Gambar ini dihantar oleh En. Raming salah seorang wartawan atau penulis berbakat di Daerah Keningau menerusi khidmat what supp dalam group keluarga Etuza.

Etuza melihat gambar merasa kan agak ramai ya, pelajar dari Daerah Keningau belajar di Luar Negara. Pasti mereka semua belajar dalam berbagai bidang sebagaimana anak pertama Etuza suatu masa dahulu. Alhamdulillah berkat usaha dia kini anak Etuza berkhidmat sebagai salah seorang Doktor. Pelajar dari Keningau ini pastinya dari pelbagai tempat, dekat dan jauh. Paling jauh sekali adalah dari Pensingan, rasanya ada pelajar dari sana yang berpeluang belajar di Luar Negara.

SWAB Test

Pelajar dari Luar Negara ini sebenarnya berkumpul di IPGM Kampus Keningau, Sabah untuk SWAB test Covid-19. Semestinya mereka kena test dan kuarantin selama 14 hari sebelum balik ke rumah masing-masing. Memang tertekan dengan keadaan seumpama ini. Dulu sebelum wabak berlaku tidak ada situasi serupa ini. Apa kan daya kita tidak boleh melanggar peraturan yang digariskan oleh KKM dan kerajaan. Jika melanggar pertauran ini, boleh merosakkan kesihatan ramai orang hingga melibatkan masyarakat akibat jangkitan Covid-19. Justru kita kena berjaga-jaga dan bertanggungjawab bukan sahaja pada diri sendiri tetapi tanggungjawab terhadap negara agama, dan bangsa.


Amalan ini harus di lakukan, InshaAllah kita kekal sihat
keluarga bahagia. Kita boleh lakukannya.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

18 ulasan

Semoga dipermudahkan urusan mereka.

Alhamdulillah dapat balik ke Malaysia.

MEMANG TERPAKSA JALANI KUARANTIN DULU SEBELUM DPT BERTEMU KELUARGA KESIAN MRK MESKI TERSANGAT RINDU IBU BAPA N YG TERSAYANG

Alhamdulilah bagus..anak Sis yang terkandas pun dah selamat sampai dah awal pagi tadi...syukur laaa dapat balik...

Alhamdulillah
sempatlah mereka berhari raya di rumah masing2 selepas kuarantin nanti.

Assalamualaikum etuza. Alhamdulillah... akhirnya dpt mereka jumpa keluarga.

Semoga dipermudahkan segala urusan...

Ya...langkah2 penjagaan dan pengawalan sangat perlu...susah dahulu janji tidak susah kemudian...

semoga semuanya baik sahaja cikgu

semoga segalanya berjalan lancar

harap semuanya sihat2 belaka.

Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka

untuk kebaikan bersama =) semoga kita semua dilindungiNya~

perkara ni memang kena amek srius kan cikgu. semoga baik2 semua..

Semoga dipermudahkan urusan mereka semua

Harap sempat pulang untuk berhari raya

Pakcik, nnti singgah entry aril yg ni ye. hehe

https://muhammadshahril97.blogspot.com/2020/05/latih-diri-untuk-mencuba-pelbagai-benda.html

Moga dipermudahkanNya, aamii

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (541) Agama (529) Ucapan (490) Berita (421) Doa (383) Dunia Blog (381) Promosi. (361) Info Lelaki (344) Pengalaman (298) Tips Blog (291) Anak (287) Pendidikan (277) Nasihat (243) Kasih sayang (238) Pelancongan (236) Berita Keningau (214) Rasa Bahagia (203) Alam Semulajadi (199) Hadiah (181) Gambar (161) Keluarga (144) Sejarah (134) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (112) kesihatan (95) Percutian (85) Tentang lelaki (76) Bunga (72) Cinta (60) Isu Semasa (59) Motivasi (59) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Budaya (53) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (47) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (38) Sahabat Blog (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (16) Iklan (14) Tazkirah (13) Majlis Kahwin (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Anak Buah (6) Kuiz (6) Politik (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Umrah (2) BRIM (1) Laman (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger