Ada Persinggahan Menarik Sepanjang Lebuh Raya

Ada Persinggahan Menarik Sepanjang Lebuh Raya 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Etuza hendak ceritakan pengalaman semasa melalui lebuh raya sepanjang jalan di Pahang dan di lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur dan KLIA baru-baru ini. Jika tidak silap pada tanggal 27/12/2019. Anak sulung Etuza hantar kami menggunakan kereta IRIZ ke KLIA  dari Kuantan, Pahang dan akan ke Kuala Lumpur singgah sementara menghabiskan waktu tersisa sebelum penerbangan ke Sabah pada jam 5.00 petang hari yang sama. Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam atau 5 jam agaknya.

Sebagai musafir rasanya agak banyak kekangan masa dalam mengurus dan mengerjakan berbagai tanggungjawab termasuk perkara WAJIB seperti solat. Indahnya Islam apabila orang yang bermusafir dibolehkan untuk mudahkan solat dengan jamak kan rakaat solat Zohor dan Asar. Alhamdulillah.

Etuza sangat tertarik menceritakan bahawa ada kemudahan persingahan  di sepanjang lebuh raya menuju ke mana pun di Semenanjung Malaysia. Selain adanya tol, ada disediakan tempat persinggahan yang sangat bersih, luas dan selesa selain dilengkapi kemuduhan tandas awam dan ruang yang luas sekali untuk mendirikan solat di tempat persinggahan ini. Ya, singgah untuk membuang hajat, singgah nak solat dan berehat kan cukup bagus sekali. Terima kasih lah kepada Kerajaan Malaysia kerana menyediakan persinggahan yang sebaik seperti persinggahan di R & R Gambang Barat menuju ke Kuala Lumpur atau ke KLIA.

Bagi Etuza, Etuza dan keluarga cukup bangga dan bersyukur kerana dapat lah menggunakan tempat persinggahan ini sebaik mungkin. Membeli makanan kiranya dapat lah menyalur sumbangan ikhlas kepada penjual yang ada di tempat persinggahan itu. Etuza nasihatkan agar penjual yang ada itu tingkatkan keramahan, penghargaan kepada para pelancong, layan dengan baik tanpa mengira suku kaum mereka ya. Kerana pengunjung yang datang itu bagaikan membawa rezeki kepada tiap pintu gerai yang ada di persinggahan tersebut. 

Baiklah, tengok lah gambar yang Etuza sediakan, iaitu beberapa ruang kemudahan yang ada di tiap persinggahan tersebut.

 Tandas bersih kan...cantik lagi menawan

 Hendak solat, ha sini lah tempat..luasnya dan bersih..sejuk ja nak solat

Tempat ambil air wuduk

Bunga-bunga jenis daun menyejukkan halaman tempat solat ini.

Hendak membaca Quran, ada tempat, sejadah dan telekung disediakan

Menarik kan ruang Surau ini..di tiap persinggahan..

 Gambar Kenangan, ada air mengalir ..air terjun buatan manusia..
Bersih adan cantik

 Itulah di belakang Etuza ruangan solat..
Boleh agaknya solat Jumaat di sini ..sebab jauhnya Masjid..
Masyarakat di sana saja yang tahu..hehehe..

 Baca ya..kena ketat undang-undang..

 Gambar kenangan dua orang adik beradik

Banyak ruang parking disediakan..

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Kemudahan R&R ni memang diperlukan untuk perjalanan jauh. Kalau hari biasa, memang selesa untuk berehat sebelum teruskan perjalana. Cuma kalau hari cuti atau musim perayaan, sesak sikitlah.

    BalasPadam
  2. kerja kt semenanjung ke 2 bradik ni?

    BalasPadam
  3. Sekarang ni mudah nak solat kemudahan Ada. Tiada alasan untuk tak solat.

    BalasPadam
  4. Masjidnya banyak Cikgu tapi perlu keluar dari Plaza Tol, tak jauh sangat..

    BalasPadam
  5. Hensemnya anak bujang cikgu tu ya...:)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah bila dijaga dengan baik tandas di RnR ni buat pengguna rasa sangat selesa kan Cikgu.

    BalasPadam
  7. nampak bersih dan selesa tempatnya cikgu

    BalasPadam
  8. Hentian rehat dan rawat sekarang memang dah semakin elok dan bersih, terjaga dan selesa, ruang suraunya walaupun terbuka tapi selesa dan boleh ramai bersolat...

    BalasPadam
  9. waalaikumussalam. menarik sangat, alhamdulillah ^_^

    BalasPadam
  10. im glad it exist so boleh rehat anytime perlu.

    BalasPadam
  11. Nanti bila lebuh raya pan borneo siap, adalah kemudahan r & r seperti ini.

    BalasPadam
  12. Hentian rehat LPT memang cantik dan bersih..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.