Rezeki Jualan Anak Pokok Kayu Gaharu Di Laman Etuza.

Tempahan kali kedua. Terima kasih saudara Damit Kasman, semoga dimudahkan urusan menanam pokok kayu Gaharu.

Kayu gaharu ialah kayu beraroma yang terhasil apabila pokok gaharu (genus Aquilaria) dijangkiti secara semula jadi oleh kulat tertentu. Pokok tersebut menghasilkan resin wangi yang menjadikan kayu itu sangat bernilai.

Anak Pokok Gaharu.

Sehari sebelum Hari raya Aidil Adha, Etuza tanpa di duga ketemu dengan pesara guru yang bernama Damit Kasman. Etuza selama ini mengenalinya kerana dia seorang Pengawas Sekolah yang disegani ramai, bijak dan pandai hingga mendapat keputusan terbaik PMR,SPM sehinggalah dia keluar Universiti dan berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah menengah. Pertemuan kami di hadapan kedai Pet Shop iaitu kedai menjual makanan kucing dan dedak ayam.

Kami bersalaman dan dia mengatakan telah bersara pada bulan Febuari 2026, bersara wajib sebaik menjelang 60 tahun. Saudara Damit bertanyakan Etuza tentang anak pokok Gaharu. Etuza agak terkejut bila dia mengatakan sedang giat mencari anak pokok Gaharu, dia kata cuba usahakan tanaman Pokok Gaharu di tanahnya di Batu 11 Suan Sook. 

Kebetulan Etuza ada menanam pokok Gaharu, tidak tahu berapa usia pokok Gaharu tersebut. Etuza sekadar mengatakan ada tanam pokok Gaharu, tetapi kurang tahu khasiat atau kegunaan pokok ini. Kata Saudara Damit, cuba periksa jika ada anak -anak pokok Gaharu tersebut dan tolong tanam di bayung hitam ( poly bag) saya akan beli RM 100.00 katanya. Etuza terkejut dan berniat sekadar memberikannya secara percuma jika benar ada anak pokok sekitar pokok Gaharu sepemeluk itu. Sesampai di laman rumah, Etuza segera periksa jika ada kalibat anak pokok Gaharu tersebut. Ternyata sangat banyak tersusu rapi dan daun kelihatan tirus panjang dan permukaan daun licin.

Pokok Gaharu rupanya sangat bernilai.Allah datangkan rezeki seumpama ini, rezeki datang tanpa di duga. Saudara Damit telah tempah anak pokok ini untuk kedua kalinya. Dan nampaknya ada lagi seorang yang bertanya kan anak pokok Gaharu di laman Etuza.Syukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya cara sebegini menjual anak pokok Gaharu dari buah pokok Gaharu dapat di manfaatkan sebagai hasil tanaman Pokok Gaharu ini. 

Etuza cuba bertanyakan ChatGPT tentang kepentingan Pokok Kayu Gaharu. Subahanallah rupanya memilik banyak pokok Kayu Gaharu seseorang bakal menjadi JUTAWAN. Tetapi bukan gelaran untuk Etuza yang menanam pokok Gaharu atas menyedapkan hati apabila ada teman datang mejual anak pokok Gaharu pada masa awal penemuan anak pokok gaharu dahulu hingga lah kini membesar sepemeluk.Infor ChatGPT ada Etuza copy untuk kita mengetahui rahsia Pokok Kayu Gaharu.

Khasiat dan Kegunaan Kayu Gaharu

1. Aromaterapi dan Wangian

  • Dibakar sebagai dupa atau bakhoor untuk menghasilkan aroma yang harum dan menenangkan.
  • Digunakan dalam pembuatan minyak wangi mewah, terutamanya minyak oud.
  • Membantu mewujudkan suasana relaks dan nyaman.

2. Amalan Tradisional

Dalam perubatan tradisional di beberapa negara Asia:

  • Digunakan untuk membantu menenangkan fikiran.
  • Digunakan sebagai bahan herba untuk menyokong keselesaan penghadaman.
  • Kadangkala digunakan dalam ramuan tradisional bagi membantu mengurangkan tekanan dan keresahan.

Namun, kebanyakan manfaat kesihatan ini berasal daripada amalan tradisional dan tidak semua telah dibuktikan secara kukuh melalui kajian klinikal moden.

3. Minyak Gaharu

Minyak yang diekstrak daripada kayu gaharu digunakan untuk:

  • Urutan aromaterapi.
  • Wangian badan.
  • Produk penjagaan diri dan kosmetik.

4. Keagamaan dan Kebudayaan

  • Digunakan dalam upacara keagamaan dan adat di banyak negara Asia dan Timur Tengah.
  • Dibakar sebagai pewangi ruang ibadah dan rumah.

5. Nilai Ekonomi Tinggi

  • Kayu gaharu berkualiti tinggi boleh mencapai harga yang sangat mahal.
  • Menjadi sumber pendapatan penting bagi pengusaha ladang gaharu dan pengeluar minyak gaharu.

Cara Mengenal Gaharu Berkualiti

✅ Aroma kuat dan tahan lama.
✅ Kayu lebih berat kerana kandungan resin tinggi.
✅ Warna lebih gelap berbanding kayu biasa.
✅ Apabila dibakar, menghasilkan asap yang harum dan lembut.

Fakta Menarik

Gaharu sering digelar "emas hutan" kerana nilainya yang tinggi di pasaran antarabangsa. Negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam merupakan antara pengeluar gaharu yang terkenal.

Tanam bibit anak pokok kayu Gaharu, tempahan saudara Damit Kasman.
Alhamdulillah menerima harga anak pokok Kayu Gaharu bernilai RM 100.00

Masih teruskan operasi menanam bibit anak pokok kayu Gaharu.Semoga ada lagi 
insan lain yang datang meminta anak pokok Gaharu ini, kerana anak-anak pokok 
kayu ini terlalu banyak di sekitar pokok kayu Gaharu.

Anak Tangga Menggunakan Tayar Guna Semula.

Anak tangga itu menuruni anak bukit ke reban ayam peliharaan Etuza dan ke kebun getah. Sebelum ke kebun getah ada pokok kantan sedang berbunga. Naik dan turun anak tangga ini boleh berpeluh dengan cara  berulang - ulang dilakukan.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. https://novocatecismocatolico.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, seronok baca perkongsian ni. Memang betul orang kata, rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk dan sering kali tanpa diduga. Dari sekadar tanam untuk suka-suka/sedapkan hati, rupanya pokok Gaharu tu membiak rapat dan bawa rezeki terpijak.

    BalasPadam
  3. Masya-Allah, untung Cikgu. Ada yang beli anak pokok gaharu. Hari tu dalam berita, saya tengok ada pendatang asing ditangkap kerana menebang pokok gaharu di Taman Botani Shah Alam, ke mana, saya lupa. Memang orang cari, pokok ni, bernilai.

    BalasPadam
  4. memang wangi kan kayu gahara ni

    BalasPadam
  5. wah terbaik cikgu tanam emas hutan mesti mahal benihnya

    BalasPadam
  6. baru tahu serba sedikit pasal pokok gaharu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah rezeki tanpa disangka ye Cg.
    Bagus gunakan tayar terpakai sbg anak tangga. Recycle 👍🏻

    BalasPadam
  8. wahhh bestnya dpt buat side income sambil tanam2 pokok tu

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...satu cabang business...

    BalasPadam
  10. Wah satu jenis tanaman punya banyak manfaat dan khasiat ya.
    Keren betul uncle, semoga sukses selalu ya.

    BalasPadam
  11. Terbaik la kalau macam tu tuan, semoga terus istiqamah menanam pokok gaharu dan terus jual kepada mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  12. alhamdulillah, rejeki tak salah alamat tuuuh., aminn

    BalasPadam
  13. Semoga rexeki bertambah-tambah seiring dgn banyaknya benih gaharu yg disemai

    BalasPadam
  14. Pokok gaharu ni kan yang dibuat colok yang digunakan oleh agama buddha untuk tujuan sembahyang.

    BalasPadam
  15. Wahhhhh semoga terus tumbuh sihat anak-anak pokok gaharu cikgu. Mahal pokok ini kan sebab pernah tengok orang jual minyak gaharu 10 ml dalam RM100 kalau tidak silap

    BalasPadam
  16. wah boleh buat business ni Cikgu. Kena promosikan juga kepada mereka yang berminat

    BalasPadam
  17. Saya memang pernah baca ttg kauu gaharu yg wangi ini. Tp tak menyangka harganya tinggi 😍😍. Memang rezekinya Abang lah ☺️

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.