| Terkejut apabila ada arahan harus ke Mahakamah Pesuruhjaya Sumpah Malaysia. |
Akuan Berkanun Tentang Nama.
Akur dengan arahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, apabila mereka mendapati Kad Sijil Nikah Etuza ada dua nama. Nama pertama merujuk nama yang ada di Kad Pengenalan dan nama kedua nama setelah memeluk Agama Islam. Satu-satunya dokumen yang nama ada @ yang tertera iaitu di Kad Sijil Nikah.
Balik dari Kota Kinabalu, Sabah ke Keningau, esoknya pergi ke Mahkamah Keningau. Risau juga jika disoal siasat. Bukan tidak pernah ke Mahkamah, Mahkamah Syariah Keningau dan di Kota Kinabalu juga pernah masuk berurusan apabila ada masalah adik dahulu. Memang masuk Mahkamah ini ada rasa lain, seolah kita rasakan kita ada membuat kesalahan besar, walhal inilah jalan untuk murnikan keadaan pada sesuatu masalah dari menjadi lebih parah. Harus ke Mahkamah.
Pengalaman Kehidupan & Titik Berakhir.
Sebagai kakitangan kerajaan yang menjawat apa sahaja, AWAK tidak akan kekal berkerja hingga ratusan tahun pada BIDANG KERJAYA anda. Akan tiba dengan IZINNYA kita dipersarakan, bermaksud kita akan meletakkan jawatan dengan terhormat. Akan melalui berbagai proses pada laluan dua jalan. Pertama bersara dengan memilih PILIHAN AWAL bersara. Kedua, ialah BERSARA WAJIB yakni umur telah sampai 60 tahun.Mana-mana kedudukan kita satu tujuan satu jalan iaitu kita mahu BERSARA dari kerjaya kita yang selama ini menjadi PERIUK NASI kita dalam menjalani kehidupan. Justeru itu KERJAYA kita rezeki yang harus dan WAJIB dihargai, disyukuri dan difahami.
Kerjaya kita yang kita tinggalkan, bukan BERAKHIR tetapi akan ada pengganti yang meneruskannya. Begitulah hendaknya bahawa BUKAN selamanya kita pegang hingga keusia senja kerjaya yang kita galas selama berpuluh tahun.PASTI tiba BERSARA. ( melepaskan tugas murni kerana kehendak USIA tiba masa bersara).
Kesempatan Melihat Sekeliling Permis Mahkamah Keningau.
Cuaca mendung, dingin dan awan agak kelabu memayungi BUMI masa kami ke Mahkamah Keningau. Kawasan permis ini benar-benar bersih dan sekeliling tenang aman damai kerana bukan ramai orang berurusan. Terpikat pada satu sudut rekriasi berasaskan batu, simen dan dihias bunga-bungaan serta ada ikan dalam kolam.
Kerana ada kolam dan ada ikan berenang dan kawasan cantik indah maka menarik perhatian Etuza. Lalu ambil kesempatan duduk BERDUA dengan suri hati.Ambil gambar seadanya. Etuza dijemput ke Mahkamah Keningau dan dapat pula hadiah menikmati keindahan di luar Mahkamah Keningau, Sabah., satu NIKMAT kehidupan ini bagi Etuza.
Inilah sajian ENTRI indah pada blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan hari ini, pada pagi 14.05.2026 jam 9.30 pagi di Mahkamah Keningau. Tanpa pengalaman kehidupan ini maka mungkin tiada WARNA ENTRI baru dalam blog personal Etuza. Selamat berkarya di BLOG kepada sahabat bloggers saya di mana juga anda berada.
| Perkhidmatan kaunter permis Mahkamah Keningau. |
| Keadaan Bangunan Mahkamah Sivil Keningau, Sabah. |

19 Ulasan
Apapun masalahnya semoga dipermudahkan urusan cikgu di sana ye....setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian
BalasPadamOh, begitu rupanya... mesti ada pengesahan la tu kot.. mcm ex-student sy dulu ada masalah dgn semua sijil akademiknya sbb dia convert selepas habis diploma, lupa pula tanya penyelesaian masalah dia hari tu
BalasPadambaru tau cikgu masuk Islam. semoga dipermudahkan urusan cikgu. memang susah kalau dokumen bercanggah ni. segala urusan akan jadi rumit.
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan Cg ye
BalasPadamSemoga semua urusan dipermudahkan..Amin
BalasPadamWah, semoga dilancarnya semua urusannya ya uncle
BalasPadamMZ baru tahu...cg etuza ni mualaf ker... Allahumma yassir utk segala urusan cikgu kat JPN Sabah tu. dan selamat hari guru in advance jugak utk esok 16 may
BalasPadamRupanya Cikgu Etuza mualaf ya?
BalasPadamHarap urusan berjalan lancar. Amin.
selamat hari guru emoga semua urusan cikgu Allah permudahkan
BalasPadamlawa landskap mahkamah tu... semoga dipermudah segala urusan cikgu... cikgu dah sampai masa untuk bersara ke? nampak muda je lagi
BalasPadamhanya sekali sahaja pernah berurusan di mahkamah, itu pon atas urusan tukar nama tanah arwah ayah
BalasPadamNi uncle nak puji.... Ada urusan kat mahkamah, tapi foto2nya macam album percutian!
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan Etuza di mahkamah siang tadi...Aamiin...
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan uncle...
BalasPadamBaru Cuya tahu uncle mualaf. Alhamdulilah
Perkongsian yang sangat bermanfaat sebab ramai juga sebenarnya berdepan situasi nama berbeza pada dokumen rasmi. Cara penceritaan pun santai dan mudah difahami, jadi pembaca dapat gambaran tentang proses di mahkamah tanpa rasa terlalu berat. Bahagian tentang pengalaman dan refleksi kehidupan itu juga terasa dekat dengan pembaca.
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan cikgu Etuza.
BalasPadammacam mana boleh jadi macam tu ye.. walaupun status cikgu masa jadi mualaf tu dah lama sangat berubah.. semoga dapat settle urusan tersebut
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan cikgu.
BalasPadamBaru tahu saya kalau Abang Etuza mualaf. Apapun semoga semua urusan dipermudah dan sudah selesai sekarang yaa 🙏
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.