Miqat Di Al Tanaem The Believers Aisha Mosque.


Umrah Sunat Kali Ketiga Bermiqat Di Al Tanaem Masjid Aisha.

Berpakaian Ihram dari hotel penginapan menuju ke Tanaem Masjid Aisha, tujuan berniat Ihram dan Umrah Sunat kali ketiga. Mengunjungi tempat ini, memperlihatkan kita semua sosok tubuh lelaki berpakaian Ihram serba putih dan amat-amat bercahaya kelihatan dari jauh. Semua bertujuan berniat Ihram  dan melakukan Umrah.

Etuza bersama pemuda berusia 15 tahun bernama Aqil menuju ke ruang solat sunat dua rakaat, berdoa dan kemudian keluar menuju ke Bas yang setia menunggu seramai 48 Jemaah Umrah datang masuk bas satu persatu. Alhamdulillah dapat bermiqat di Tanaem dan di Masjid Aisha yang bercat serba putih dan struktur masjid yang kukuh dan reka bentuk yang unik, cantik dan bersih sekali. Terima kasih Ya Allah atas semua kesempatan dan inilah tanda kasih sayangMu kepada kami semua yang mengharap keampunanMu.

Kenapa Bermiqat. ( Tempat Jauh Dari Mekah )

1. Sebagai syarat dan tempat berniat Ihram.
2. Berpakaian Ihram dan selepas berniat akan mula melalu pantang larang Ihram Umrah.
3. Sepanjang Ihram terdapat larangan yang jika berlaku akan di kenakan DAM ( denda).
4. Satu kesalaham bersamaan SR 10 ( Sepuluh Rial ) Duit Arab.Atau melibatkan seekor unta jika kesalahan lebih besar dilakukan.
5. Pantang larang akan cepat terlerai / terlepas sebaik tawaf dan saie di lakukan dan bertahlul ( gunting beberapa helai rambut)
6.Sebagai rukun Umrah haruslah berniat di tempat yang jauh.
7.Mendisiplinkan diri, peluang beribadah dan mendapat UMRAH MABRUL.
8. Satu kesempatan berzikir bertahmid, memohon ampunan dari Allah yang esa.
9. Menjadi jemaah yang semuanya sama, tanpa memakai sebarang pakaian berjahit, tanpa bau-bauan yang harum seperti memakai minyak wangi adalah dilarang semasa Ihram berlangsung.

Pengalaman Etuza Terlibat DAM ( Denda)

Berihram dan Umrah Kali ketiga, tiba-tiba tanpa sengaja dan tiba-tiba lupa Etuza terbuat satu kesalahan iaitu menggunting bulu alis mata sebanyak dua helai, kerana bulu alis mata itu panjang dan agak menganggu mata Etuza di mata bahagian kiri. " Ya Allah aku sedang berihram, ya Allah ampuni saya, saya lupa sedang berihram" Masa itu balik dari Bermiqat di Tanaem dan berehat dalam beberapa minit di Hotel, atas arahan Muttawwif. Dalam jam yang ditetapkan kami gerak ke Ka'abah untuk tawaf dan kemudian Saie. 

Etuza tak menceritakan kepada sesiapa melainkan Etuza usahakan mencari fakir miskin pada hari tersebut untuk membayar denda niat kena DAM sebanyak SR 20 ( 20 rial ) Alhamdulillahdi dataran Masjidil Haram ada lelaki yang membersihkan dataran Masjid  maka Etuza hulur kepada mereka seorang SR 10.00 dan dua orang. Semoga Etuza terlepas dari DAM kerana terbuat larangan kecil semasa sedang dalam Ihram UMRAH.

Bila ingat semua memori ini, Etuza rindu, sungguh lazat dan seronoknya beribadah di halaman Ka'abah, halaman Allah dan menjadi TETAMU ALLAH di Masjidil Haram. Semoga suatu masa nanti akan datang lagi, andai masih ada KUDRAT, mahu lagi melakukan UMRAH.Aamiin.














Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. alhamdulillah, pengalaman berharga dan kenangan manis pastinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat indah, memang benar semuanya menjadi kenangan terindah dikenang..

      Padam
  2. Alhamdulillah dapat buat 3 kali umrah. Saya dulu pun masa pergi tahun 2017 Ustaz bawak 3 kali je. Tapi kalau ada yang rajin boleh buat lebih tapi kena pergi sendri lah ke Miqat yang terdekat untuk niat umrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2017 dah Umrah, alhamdulillah..pasti Umrah lagi jika ada niat ya..

      Padam
  3. Tanaem masjid paling dkt dgn masjidil haram kan. Kami lalu je kat sini, tak singgah pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sure sangat dekat atau tidak..rasanya antara yang terdekat sebab ribuan Jemaah bermiqat di Tanaem

      Padam
  4. putih bersih lautan manusia beribadah umrah berihram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berihram menjadi satu warna,..beribadah..serupa..semuanya sama..

      Padam
  5. Rindunya, moga dapat ke sana lagi.

    BalasPadam
  6. Moga satu hari nanti CCL dapat jejakkan kaki ke sini

    BalasPadam
  7. Moga satu hari nanti CCL dapat jejakkan kaki ke sini

    BalasPadam
  8. Terlupa ya Abang... Saya nak belajar lagi apa saja pantang larang selama di sana. Dah agak lupa juga nih.

    BalasPadam
  9. semoga SA dapat jejakkan kaki ke sini akan datang...aminnn...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.