Malam 23 Ramadan Bawa Moreh Ke Masjid Munawarah.

Simple saja moreh kali ini, minuman dan Kuih Bun..

Malam 23 Ramadan, Solat Berjemaah Di Masjid Munawarah.

Jadual membawa moreh ke Masjid telah di kongsi di group whatssupp sejak sebelum menjelang Ramadan. Bila menjalani kehidupan berpuasa, maka akan berlaku lupa melihat dan pastikan jadual bawa moreh ke masjid. Sebagaimana berlaku pada family Etuza, apabila teringat untuk hari berapa membawa moreh ke masjid. Rupanya hari ini 22 Ramadan dan malam ke 23 Ramadan dan 23 malam solat terawih.

Agak terkejut bila hari semakin petang baru tahu akan jadual bawa moreh di Masjid Al Munawarah Kampung Penagatan Ulu, Keningau.Lalu untuk jimatkan masa Etuza dan suri hati hanya membeli kuih Bun dan mineral botol kecil sahaja. Mudah hendak masukkan dalam pastik dan agih-agihkan kepada semua Jemaah di masjid malam ini.

Tazkirah " Malam lalaitullqadar,1,000 Bulan ( Sekitar 83 Bulan Ibadah &  Ganjaran Allah "

Ustaz Kiffly Bin Yasoi mengimami solat Isyak dan seterusnya Solat Sunat Terawih. Seusai solat terawih ustaz tutupi dengan doa dan menyampaikan satu Tazkirah ringkas yang cukup bernilai bagi Etuza. Etuza pertama kali mendengar seorang pahlawan atau Nabi pada masa dahulu yang mempunyai tubuh badan yang sangat kuat dan sentiasa mendapat kemenangan dalam perang yang dilakukannya selama 83 tahun atau 1000 bulan. 

Nama pahlawan itu ialah Nabi Sam'un Al Ghozi As yang dikenali sebagai Samson dalam tradisi Barat.Nabi ini telah berjihad menentang dan melawan kaum kafir 83  tahun atau seribu bulan. Dan dalam jumlah tahun perjuangan Nabi Sam'un dia sentiasa menang menentang musuh  iaitu kaum kafir bani Israil. Zaman itu Nabi ini digeruni kerana mampu melenturkan besi dan memutuskan tali atau rantai besi dengan sangat mudah. Keperkasaannya sangat hebat atas kurniaan yang Allah berikan. Kita mendengar Tazkirah menarik ini teringat akan cerita Badang yang pernah difilemkan.

Nabi Sam'un Al Ghozi Diseksa.

Saat Ustaz Kiffly menceritakan cara dahsyat Nabi Sam'un di seksa oleh Raja Israil, terasa hendak menangis dan terasa seluruh tubuh ini pedih. Kerana Nabi Sam'un diseksa dengan diikat lalu tubuh di lapa isi badan, pada tangan dan kaki, selain itu mata dibutakan dan lidah dipotong dan telinga dikerat juga. Namun kuasa Allah Nabi Sam'un tetap masih hidup dan bernyawa. Kesakitan yang sangat perit itu membuatkan Nabi Sam'un berdoa kepada Allah agar disembuhkan dan dilepaskan dari siksaan yang amat menyakitkan, perbuatan Raja Israil yang sangat membenci Nabi Sam'un.

Malam Lailatulqadar Hanya Di Bulan Ramadan.

Doa Nabi Sam'un dikabulkan oleh Allah dan seluruh tubuhnya yang disiat dilapah kembali berisi semula. Nabi Sam'un kemudian bergerak datang membunuh semua orang kafir yang telah meperlakukan Nabi Sam'un menderita disisa dilapah dengan pisau tajam.Setelah membunuh semua orang yang menyakiti Nabi Sam'un, Nabi ini pergi jauh dan beribadah 1000 bulan atau 83 tahun, ibadannya seperti berpuasa dan solat tanpa henti selama 83 tahun atau 1000 bulan. Inilah yang dikatakan sebagai malam lalaitullqadar ( Malam 1000 bulan ibadah yang menyamai ibadah tanpa putus oleh Nabi Sam'un Al Ghozi AS).

Kisah yang menyayat hati dan membuat kita rasa insaf dan sedar betapa hebatnya apabila kita dikurniakan oleh Allah malam lailatulqadar . Malam lailatullqadar yang hanya terdapat sekali dalam bulan Ramadan dan diburu oleh orang Islam dalam 10 terakhir bulan Ramadan pada malam  malam ganjil. Semoga kita semua mendapat kurniaNya malam lalaitullqadar.Aamiin.












Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Saya baru tahu cerita ini. Di sini sebenarnya ada tokoh yg disebut Samson, digambarkan sebagai orng yg sangat kuat. Tp tidak dibilang itu diambil dari salah seorang nabi Allah . Masyaallah, segitu kuat nya nabi tersebut yaa

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian kisah Nabi Sam'un itu. Now I know the story behind Lailatul Qadar...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah rezeki Ramadan. rezeki penerima, murah rezeki pemberi.

    BalasPadam
  4. Semoha wak berjumpa malam Lailatukqadar

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.