Cerita Semalam Kini Menjadi Nostalgia Indah.

Kejutan potong kek di Restoran Ayam Tulang Lunak. Ikut ja apa kemahuan anak-anak.

Cerita Semalam Yang Ceria dan Indah Dalam Ingatan.Bagaimana Sebenarnya Meraikan?

Semalam yang berlalu telah menjadi kenangan yang sangat bermakna dalam kehidupan ini. Semalam adalah bertarikh 11.01, di mana detik ini Etuza lahir ke dunia ini oleh ibu Etuza yang telah pergi buat selamanya. Sebenarnya bila detik atau tarikh ulang tahun kita dilahirkan menjelang tiba, apa yang perlu dibuat ialah bersyukur dan datang menghulur tangan bersalaman  dengan ibu dahulu kerana ibu itu yang lahirkan kita ke Dunia nyata ini. Peluk dan berikan ucapan " Ibu atau mak terima kasih lahirkan ........ " Perdengarkan kepada ibu kita dengan jelas. Inilah sebenar cara kita ingat dan raikan hari ulang tahun kelahiran kita.

Hakikat Hari Ulang Tahun Kelahiran Kita.

Hakikat dan realiti sebenarnya kita dilahirkan oleh insan bernama ibu, iaitu ibu kita sendiri. Sesuatu yang pelik apabila kita hanya ingat tarikh kita dilahirkan tetapi lupa kepada Ibu yang lahirkan kita. Dahulu Etuza selalu raikan hari lahir semua anak Etuza, tetapi penerapan tentang siapa kita, siapa lahirkan agak lupa di tekan kan di hari lahir anak-anak. Kini Etuza telah tahu dan sempat meraikan hari lahir Etuza bersama ibu yang lahirkan Etuza semasa hayatnya. Etuza datang salam tangan ibu dan ucapkan  '' Mak terima kasih kerana lahirkan saya " Ibu tersenyum dan kelihatan gembira mendengar ucapan itu. Hari kemarin Etuza hadiahkan Al Fatihah buat ibu yang lahirkan tubuh ini. Dan Etuza yakin Allah dengar dan tahu sebelumnya niat dan perasaan Etuza yang gembira tibanya hari lahir Etuza mencecah umur yang baru dan angka bertambah lagi dengan izinNya jua.

Kejutan Memotong Kek Hari Lahir, Hadiah Dari Anak-Anak Yang Menyayangi Etuza.

Biasanya Etuza kadang hanya mengharapkan anak-anak memberi ucapan salam dan doa apabila tiba hari lahir itu, Jika berlaku diluar jangkaan seperti mereka lupa memberi ucapan, Etuza tidak mengambil hati dan tidak menagih ucapan itu kerana memang dalam kesibukan kerja, sibuk belajar dan apatah lagi berada di rantau orang, maka situasi mereka lupa itu bagi Etuza adalah normal dan mereka bukan sengaja melainkan lupa atas kesibukan hidup seharian. 

Mungkin ada beberapa ibubapa tidak sependapat dengan Etuza. Maafkan saya jika kenyataan saya membuat anda emosi. Bahawa sebenarnya seorang anak mustahil lupa akan hari lahir ibu atau ayah mereka.Semalam melihat sebuah kotak indah dan itu adalah hadiah mereka kepada Etuza. Mahu tak mahu kena ikut kemahuan anak-anak dengan memotong kek hari lahir di hadapan anak-anak dan ramai pelanggan lain di Restoran Ayam Tulang Lunak. Etuza pertama kali diraikan sebegini, dan tiada ucapan lain yang Etuza dapat lafazkan melainkan " Terima Kasih Anak-Anak Yang Ku Sayangi". 

Semoga anak-anak tersayang dirahmati, di sayangi dan dilindungi serta diberi rezeki dari arah yang tidak terduga,dimudahkan urusan kehidupan mereka. Bahagia dan gembira serta sentiasa ingat pada Allah dan bersyukur pada semua nikmat yang Allah berikan. Aamiin.

Kotak kek yang belum dibuka.

Cucu juga meraikan Hari Lahir Etuza..kisah semalam..

Gambar-gambar Etuza yang di ambil oleh anak Etuza..abadikan dalam blog agar tetap
segar dalam ingatan moment indah ini.


Sajian makanan yang menarik di Restoran Ayam Tulang Lunak, Keningau, Sabah.









Catat Ulasan

0 Ulasan