Klik Iklan Hebat Hillton
Klik iklan dari laman Blogger MZ ( Miles Of Smiles ) kerana tertarik dengan posisi Hilton Hotel seluruh Dunia termasuk Hotel Hillton di Malaysia. Lalu ternampak harga atau kos Hotel terkemuka juga di Malaysia di Kuala Lumpur. Cuba lah klik, agak murah dan menarik Hotel Mossaz Leisure Suites Kula Lumpur.
Klik SINI Mossaz Leisure Suites Hotel Kuala Lumpur. Hotel mampu milik stay RM 93 Per Night.Entry sebenar di bawah ini.
Ayam Masak Madu Suri Hati & Kek Moist, The Best Of Cinnamon Roll Omggg.
Entry sebenar ialah tentang Ayam Mask Madu air tangan Suri Hati ( Isteri ) dan tampilan Kek Moist serta Cinnamon Roll Omgg yang dibawa oleh anak balik rumah hujung minggu ini.
Bersemangat hendak makan bersama anak-anak yang hari Sabtu minggu ini balik dari Kota Kinabalu, Sabah. 5 orang anak balim rumah kerana cuti hujung minggu. Meriah ruamh dengan kehadiran mereka, riuh dengan senda gurau, apa tah lagi cucu kini sudah berusia 11 bulan dan mulai belajar berjalan sekitar dua atau tiga langkah ke hadapan lalu jatuh. Begitulah kanak-kanak baru belajar berdiri dan melangkah kena jaga dan berikan perhatian dan rangsangan oleh ibubapa.
Bab Sediakan Ayam Masak Madu.
" Jomlah masak special untuk anak-anak, kan mereka balik ke rumah hari Sabtu ini" Lalu Suri Hati bawalah ke supermaket Kristal Hiap Lee, Keningau. Belilah dia beberapa makanan bahan mentah termasuk kuah atau perencah madu. Katanya hendak masak ayam masak madu yang simple katanya. Alhamdulillah hasilnya seperti dalam gambar yang dizahirkan dalam wall blogspot.com ini.
Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati. ( Katanya , sediakan )
* Ayam dalam harga RM 26.00 ( pilihlah sayap atau peha ayam )
* 2 Paket perencah / kuah madu.
* 2 Biji tomato merah
* 1 biji bawang besar dihiris halus.
* 3 helai daun limau purut
* 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih.
* Halia ( sebesar ibu jari tangan )
* Ketulan ayam di masak goreng dahulu hingga wangi dan masak gebu.
* Sedikit minyak untuk memasak ayam masak madu.
* Garam dan secukup rasa.
* Sedikit air agar kelihatan tidak kering.
Proses Memasak Ayam Madu.
* Masukkan sedikit minyak,. Masukkan seua bawang dan halia, gaulkan.Masukkan hirisan bawang besar kemudian masukkan perencah atau kuah madu dua paket. Letakkan daun limau purut, hirisan tomato merah gaul sehingga sebati dan naik aroma madu. Setelah itu masukkan ayam yang telah digoreng gebu. Gaulkan dengan rata, tutup kuali dan gaul lagi sekali sehingga kuah ayam madu meresap dan kelihatan ayam sebati dengan kuah madu. Angkat dan hidangkan. Selesai lah masak Ayam Masak Madu Suri Hati.
Kek Moist Dan Cinnamon Roll Omggg Istemewa.
Mulanya hanya melihat kek moist dan cinnamon roll omggg ni. Tidak ada naluri hendak makan, melainkan hanya mahu menikmati sayur manis dan labu kuning serta masakan ayammmasak madu Suri Hati. Rupanya selesai makan hendak pula cuba merasa Cinnamon Roll Omggg dan Kek Moist sebagai pembasuh mulut selain hirisan limau.
Wah sedap sekali rasa makanan ini, kek moist dan cinnamon roll. Ambil sesudu kecil rupanya Etusa cedok dua tiga kali. Sedap sekalimesra masuk tekak kelembutan kek yang tidak terlalu manis.Alhamdulillah menikmati sajian makan malam bersama seisi keluarga. Syukur nikmat makanan yang Allah berikan

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.