Rasa Gembira Makan Borenos Di Keningau.

Dapat sampul Here's a treat because you'er awesome.
 


Pinjam Gambar dari Facebook Borenos Keningau.

Kawasan Borenos Di Keningau.

Lot 26 & 27, Ground & First Floor, Sri Padasa Shopping Complex, 89000 Keningau, Sabah. Restoran atau permis tempat makan yang sedang meletup di Keningau. Borenos tiga tingkat ini dinding berkaca yang sangat selesa untuk makan Fried Chicken secara santai bersama teman atau bersama keluarga anda. 

Hari Ahad lalu 02.11.2025 tepat jam 12.00 tengahari berkunjung di Borenos Keningau tanpa dirancang. Ekoran Ahad ini , ada urusan ke mesin ATM Bank Islam.Selesai semua urusan terfikir hendak ke kawasan permis baru bangunan tiga tingkat bercat hijau tua. Teruja hendak masuk apabila melihat ramai pelanggan berada di luar menunggu untuk dibenarkan masuk.Oleh kerana seorang diri maka Etuza call anak bersama isterinya dan bawa sekali anak berusia 11 bulan.( Cucu ).Tidak lama mereka sampai drive proton putih dan parking di hadapan kedai Apolo.

Menunggu Giliran Masuk Ke Dalam Borenos.

Sampai depan pintu, kami diarahkan untuk berbaris dengan sopan santun pelayan wanita sambil memegang pedal pintu kaca.Rupanya hari Ahad permis ini full house, dengan pelanggan sekitar Keningau yang nampaknya berpusu-pusu hendak merasa nikmat makanan nasi ayam goreng Borenos.Melihat menu di Borenos sajian makanan seperti juga di KFC atau di MacDonald, di mana makanan berasakan ayam goreng sebagai sajian utama.

Kami pun dibenarkan masuk, dan dibelakang kami ada family Puan Ruziana dengan 4 orang anaknya diberi laluan masuk ke tingkat atas, manakala kami hanya di ruang meja sudut sahaja kerana kebetulan tempat itu baru dikosongkan oleh pelanggan. Masuk ke ruangan makan Borenos Keningau, betullah kata orang ada kelainan dari segi layanan dan suasananya.

💁Pelayan lelaki dan perempuan semuanya mesra, tersenyum menyambut pelanggan.

💁 Berbudi bahasa ketika membuat layanan.

💁Sedia membantu apabila kita perlu bertanya hal penting seperti tempat cuci tangan, tandas dan tempat duduk baby.Atau bertanya nombor sajian.

💁Oleh kerana Borenos di Keningau masih baru, maka tidak hairan semua serba baru dan susunan rapi.

💁Ada ruang makan untuk family, boleh santai di sofa yang empuk selain tandas yang bersih dan selesa digunakan.

Cucu Tersenyum Riang Di Borenos, Keningau.

Hal lain yang menjadikan Etuza gembira ialah melihat telatah cucu yang mulai boring menunggu sajian kami sampai.Sajian akan terpampang di skrin smart TV bersama dengan nombor yang diberikan.Cucu, tertawa bia abah dan ibunya mengusik telatah si manja mereka.Sesekali pelayan datang memegang tangan cucu dan masa inilah cucu tersenyum menampakkan gigi di bawah yang ada dua batang.Melihat cucu tersenyum Etuza terasa happy dan rasa tenang melihat ciucu yang tidak banyak karenah ini.Abahnya mengambil gambar Etuza dan cucu. Gambar kenangan berada di Borenos bersama cucu.

Klik Gambar Ruangan Bawah dan Tingkat Atas.

Rupanya tingkat atas lagi menarik kerana ada set  tempat duduk menyandar sofa santai makan Fried Chicken. Tempat ruangan atas juga luas dan di tingkat atas ini ada tandas dan tempat cuci tangan yang unik dan cantik.Ruangan atas juga full house pada hari Ahad lalu.Mungkin berdatangan ke Borenos, kerana Ahad adalah hari cuti umum. 
Bantu Promot, Borenos Keningau The Latest Restoran Menarik.

Kepada kawan-kawan sekitar Keningau, datanglah ke Borenos permis tempat makan yang cukup selesa. Pergilah di Borenos kerana jika rezeki anda akan diberi kupon untuk tebus makan satu free satu Borenos. Sampai di sini sahaja ceritara Etuza tentang Borenos yang kini viral di Keningau. So far, Sebaik sahaja tapau tiga set sampai untuk sajian anak di rumah kami pun bergerak keluar dengan perut kenyang. Pasti datang lagi di Borenos ini, tetapi datang dengan siapa agaknya, kena bawa suri hati itu yang pasti. Salam sayang semua. Keningau kini semakin maju.

Family Puan Ruziana juga hari Ahad makan-makan di Borenos, Keningau

Cucu dan abahnya

Di sini tempat kami duduk, kebetulan baru di kosongkan.

Menarik ada lukisan mural, memang Borenos Keningau suasananya aman damai.

Tempat ni boleh makan dan minum, jika ada laptop boleh klik atau boleh lihat phone sementara
menunggu sajian oder sampai.

Suasana ruang meja makan, full house hari Ahad 2.10.2025.

Ruangan makan di tingkat atas, menarik,tsk berapa pasti bulatseperti kawah ni apa..

Simbol ni ayam yang mereka kata Borenos

Dihadapan kaunter tempat oder dan pay bil oder.

area tempat duduk yang begini yang Etuza suka, agak tenang bersama dengan family

gelas atau tempat air minum, just relax bah. Sabahan 

Inilah oder kami, ambil yang mampu makan saja..seketul ayam saja, dah cukup bersyukur..


Ada gambar-gambar pelanggan di fram gambar ini, sebagai hiasan dinding ke ruang atas dekat 
tangga ke atas.


Ada ruang tempat duduk yang special..agak tertutup, ni lah menariknya Borenos

Baju biru bertopi, inilah family dia, ada cucu tiga orang, mesra dengan Etuza.

Full house.

Ha kenalkan cucu baru masuk 11 bulan, happy saja dia di Borenos, siapa melihat dia senyum gembira.

Tengok tu dia happy sekali, tersenyum riang, buat hati Etuza happy bahagia nampak dia ni.

Pandangann dari luar dinding kaca.


Catat Ulasan

0 Ulasan