| Program Fama Madani Mega di rasmikan oleh YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup |
Program Jualan Agro madani Mega Di Penagatan Ulu, Keningau, Sabah.
Awal pagi seusai Subuh, kemaskinikan blog ini. Terasa agak lama membuat catatan, kerana kesibukan kerja seharian selain masa berehat. Pagi ini nampak gambar-gambar perkongsian ramai orang kampung tentang Program Jualan Agro Madani Mega yang di adakan di Kampung Penagatan Ulu, Keningau, Sabah. Rirasmikan oleh YB Dato' Arthur Joseph Kurup pemimpin terkenal di Adun Sook Pensiangan. Merangkap juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.
Meriah Pelbagai Jualan Dan Bakat Seni Dalam Fama Idol.
Selain berbagai jualan terdapat juga acara yang paling di gemari oleh Gen Y, iaitu acara kemuncak pada waktu malam 26.10.2025. Diadakan pertandingan bakat nyayian Fama Idol, yang di sertai oleh dua anak buah Etuza. Azim dan Achie. Bagaimana pun mereka berdua ini baru nak tujukkkan bakat, dan memang tidak pernah mengikuti acara pertandiangan nyanyian sebelum ini. Juara, naib juara dan tempat etiga disandang oleh orang lain yang bukan dari Kampung Penagatan Ulu. Acara itu sekadar hiburan, soal menang dan kalah itu perkara kedua.
Rata-rata peninga yang datang berjualan dan hanya duduk meperdagang kan jualan pada khem yang telah disediakan berpuas hati dengan sambutan dan jualan mereka habis terjual. Terutama hasil tani dan makanan serta minuman . Bagi meraka yang mencari dana dengan cara berniaga kecil-kecilan inilah masa untuk menyertai program sambil bermasyarakat dan berhidur hilangkan segala tekanan.
Objektif Utama Program Jualan Agro Madani Mega.
Antara objektif program ini ialah, Objektif utama Agro Madani FAMA adalah untuk meningkatkan pendapatan petani melalui pemasaran produk pertanian yang lebih efisien dengan mengurangkan lapisan perantara, menyediakan akses pasaran tambahan melalui program ladang kontrak, dan meningkatkan ketersediaan serta kebolehcapaian produk segar kepada pengguna pada harga yang berpatutan.
Ucapan Tahniah
Syabas dan tahniah kepada AJK Kampung Penagatan Ulu, terutama kepada penggerak utama Saudara Ramian Ayub dan kru lain yang terlibat, kerana berjaya dengan cemerlang memikul tugas sebagai tuan rumah Program Jualan Agro Madani Mega ini yang berlangsung dari 25 dan 26.10.2025.Sakisikan sedutan vediao Berita di TV dan gambar-gambar lain dikongsikan.
| Antara peserta Fama Idol yang bertanding dalam nyanyian semasa program Fama Madani Mega. |
| Anak buah Etuza |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.