Tunjukkan INK pada jari manis selepas mengundi pada 29.11.2025 Kelihatan jari Etuza yang ada ink.
| ||
| Ini banner iklah yang tersebar di Whatssupp. |
29.11.2025,bersamaan hari Selasa tepat jam 9.40 pagi, Etuza dan suri hati ke Bandar Keningau bertujuan hendak membeli beras dan keperluan dapur yang lain, sebaik sahaja selesai memangkah calon Piliharaya Umum DUN N 44 Tulid 2025.
Percuma Regular Pizza Dengan Membeli Satu Percuma 1.
Sebaik selesai mengundi di Saluran 1 nombor 198 di cawangan N 44 Zon Tulid, Etuza terlihat di group whatssupp satu iklan yang sedang hot iaitu Iklan atau Promot Percuma Regular Pizza. Bermaksud membeli Pizaa Hut dengan harga RM 35.99 sen akan mendapat satu set lagi Pizaa bermula 29 - 30 November 2025. Rasanya bagus juga singah sekejap sebelum ke Supermarket Kristal Hiap Lee.
Menjadi Model Show INK Di Pizaa Hut Keningau.
Rupanya menurut pelayan depan kaunter Etuza dan suri hati adalah pelanggan yang pertama SHOW ink pada jari manis selepas mengundi pagi hari ini 29.11.2025. Dengan segera pelayan meminta izin mengambil gambar Etuza untuk di kongsi ke Group Whatsupp Pizaa mereka dan ke Face Book Pizaa Keningau. Etuza pun membenarkan dan rela kan diri di ambil gambar oleh pelayan tersebut. Tak sangka menjadi MODEL seketika. Sebenarnya Etuza agak segan dan hampir tidak mahu diambil gambar. Tetapi oleh kerana oder beli satu free satu dalam 15 minit lebih menunggu maka Etuza rela jadi Model SHOW ink selepas mengundi hari ini dan terus ke Pizaa Hut Keningau.
Pizza Hut Keningau
- Maklumat: Restoran pizza terkenal yang mempunyai cawangan di Landscape Commercial Centre.
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 11:00 malam.
- Tempahan: Boleh ditempah untuk makan di restoran, bawa pulang, atau penghantaran.
- Harga: Harga purata untuk hidangan adalah antara MYR 20–40.
| Kaunter oder dan bayar di hadapan ini. |
| Ini juga gambar MODEL seketika di Pizaa Hut Keningau. |
Suasana tempat ruang makan di Pizaa Hut Keningau
| Gambar suri hati ambil, semasa menunggu oder Pizaa Hut siap. Regular Pizaa |
| Oder sampai, wanginya aroma menyusuk hidung kerana masih panas. Baru keluar dari ketuhar dan Etuza First pelanggan. |
| Dapat lah dua kotak, sebaik oder kami siap, berpusu-pusu pelanggan datang ambil oder Regular Pizaa, kerana free satu set lagi. Hai siapa tak nak!. |

17 Ulasan
Selalu ada promo hari mengundi.
BalasPadamRamai datang beli satu free satu, berganti2 ..
PadamPizaa Hut tak ada service kopi..air sejuk ja..
PadamMemang ada gaya jadi model cikgu ni☺️Saya terlupa Sabah ada PRN. Baca post ini dan tengok jari cikgu ada ink baru teringat ada PRN. Best kan kalau ada promosi buy one free one
BalasPadamDah berlalu undi PRN ke 17 di Sabah..N 44 kawasan Etuza menang Bebas
Padambestnya buy one free one lah tu kan!
BalasPadamBest juga, boleh lah ramai2 makan ..alhamdulillah
PadamAbang pun fotogenik kalau difoto 😄👍. Ini serunya kalau ada hari mengundi. Sebab biasa banyak resto dan kafe memberikan diskon besar untuk yg para voters
BalasPadamGambar biasa ja Fanny..lelaki ini dah berusia. Ya ada banyak kedai yang bagi percuma tapi kena beli lah dulu juga
PadamSeronok jadi orang pertama, tidak ramai orang.
BalasPadamTerkejut juga orang pertama..syukur vcepat selesai biasa orang pertama tu bahagia hehehe
PadamHeppi ye cikgu parti yg dipangkah menang.. hehe pizza sedap je
BalasPadamHarap mereka memimopin seadilnya lah ya..sedap pizza tu wak
Padamwaaarghhh ini tidak adillll hahaha
BalasPadamjadi orang pertama, terpilih pula ..tak sangka kiranya rezeki juga tu hehehe
Padamwahh..rezeki jd pelanggan pertama tunjuk ink..sedap pizza panas!
BalasPadamrezeki jangan ditolak kan cikgu? alhamdulillah menarik promosi beli satu percuma satu
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.