| Opening bermula 21 November 2025. G * Mart Segar Opening 21November 2025. 23 November 2025, kemaskinikan blog lagi. Paparan tentang satu bangunan baru di Jalan Magatang menuju ke tempat tinggal Etuza. Bagunan ini agak lama terbiar , tetapi kini di cat baru dibersihkan dan di beri nama banunan ampai ini dengan nama G*Mart Segar. Dan ini adalah cawangan G* Mart yang kedua saya nampak selain G* Mart yang ada di jalan Apin-Apin, Keningau. Kini bermula 21.11.2025, G *Mart Segar telah beroperasi dengan mengisi berbagai jenis barangan makanan dan keperluan lain. Jualan seperti ayam daging, ikan segar belum ada lagi, kemungkinan akan di jual dari masa ke semasa. Dengan adanya G*Mart Segar jualan berbagai keperluan dapur seperti beras, mineral dan sebagainya akan membantu masyarakat setempat yang berdekatan jimatkan minyak kenderaan dari membeli barangan keperluan ke Badar Keningau yang agak jauh. Semoga G*Mart Segar di datangani pelanggan yang ramai agar tempat ini suatu masa akan terkenal sebagi pusat membeli belah. Cadangan Penambah Baikan G*Mart Segar. 💁 Bersihkan ruangan halaman hadapan, simen kan sebagai kawasan perking kereta. 💁 Buat petak parking bergaris putih agar kereta datang mudah bergerak, kerana kawasan hadapan G*Mart masih luas. 💁 Jemput penjul kuih muih berjaja di luar G*Mart Segar, agar ada tarikan pelanggan datang. 💁 Buat tawaran harga yang agak murah supaya lebih ramai berminat di G*Mart Segar. Di bawah ini adalah gambar-gambar yang Etuza sempat abadikan di luar dan dalaman G*Mart Segar, permis baru di Jalan Magatang lokasi di Bomboi Bawah yang kini beroperasi. Terima kasih kerana membaca, dan follow blog Etuza.Klik lagi SINI dan SINI untuk pembacaan seterusnya. Anda membaca keutamaan Etuza. Terima kasih jumpa lagi. |
| Kini dibuka secara rasminya pada 21.11.2025 |
| Jalan menuju ke Tandas di luar. |
| Barang-barang dijual di G * Mart Segar.. |
| Papan tanda itu adalah laluan jalan ke Ladang Lembu Y |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.