| Bunga Ros peace pink, sedang mekar tapi rantingnya patah tertindih kayu. Dengarkan Tanzil Net Quran. Pernah kah anda merindui kalam Allah. Rindu mendengar ayat-ayat suci al-quran.Klik Tanzil Net Quran ini. Datang Cari Makan Di Borenos Keningau. Ahad lalu, sepakat family datang ke Borenos lagi, dan kali ini kami 9 orang tetapi cucu masih tidak kenal apa itu Fried Chicken walaupun terhidang di hadapannya. Sepakat kami ke Borenos, kebetulan anak-anak 4 orang balik dari Kota Kinabalu dan belum berapa tahu di mana lokasi Borenos di Keningau.Alhamdulillah sampai di Borenos dalam keadaan tidak berapa Full House seperti dua minggu yang lalu Borenos menunggu giliran ada meja dan kerusi kosong baru dibenarkan masuk. Perkara Yang Tidak Mustahil Di Borenos Datang ke kounter pesanan dengan harapan dapat layanan yang cepat dan makanan masih cukup untuk kami 8 orang. Bila di beritahu menu sajian Fried Chicken, nampaknya akur bila pelayan di kaunter pesanan mengatakan hanya ada 3 set nasi.Terpaksa ambil nasi 3 set dan beberapa ketulan Fried Chicken. Jika menunggu nasi masak, pelayan bagi tahu menunggu dalam satu jam baru siap semua preparing pesanan kami. Inilah yang berlaku di Borenos, kejadian set nasi habis sapu rata di pesan dan di makan oleh ramai orang di Borenos ini. Bermakna kehabisan nasi tidak mustahil berlaku di sesebuah permis makan yang pelanggan non stop menjamu selera di borenos. Gambar Kenangan Family Etuza. Kali ini kami memilih di ruangan atas tingkat 1 di Borenos. Berhawa dingin dan bersih serta udara segar sekali. Suasana damai dan semua pelanggan yang datang seolah menampakkan muka puas hati atas layanan terbaik di Borenos. Ruang tandas, tempat cuci tangan, plash pengering tangan dan tisu tersedia dengan lengkap sebagai keutamaan pelanggan. Sebeginilah cara service sesebuah permis agar pelanggan merasa di hargai dan dihormati dengan ada semua kemudahan keperluan pelanggan. Sebaik nombor di baca maka anak-anak turun ke bawah untuk mengambil Fried Chicken yang siap. Kami semua makan dengan rasa happy kerana dapat bersama-sama pada Ahad yang lalu. Cucu juga menjamah makanan untuk baby dari 6 bulan ke atas. Makanan dalam kotak yang diperbuat dari carrot. Masa semua makan Fried Chicken cucu berada di kerusi khas baby. Cucu seolah olah memahami kami semua menjamu selera di Borenos, cucu tidak banyak meragam. |
| Kenalkan gambar solo cucu,cucu terkejut sajian Fried Chicken tiba-tba di hadapannya.😁😁 |
| Sajian Fried Chicken untuk 8 orang,nasi tinggal tiga set.. |
| Minuman, Etuza oder tea halia panas. |
| Rangup, sajian yang mengujakan di Borenos, Keningau |
| Family Etuza,di Borenos lagi Ahad lalu.. |
| Kenangan Family Etuza di Borenos Fried Chicken, Keningau. |

34 Ulasan
Nampak sedap ayam tu. Kedai tempatan boleh buka banyak cawangan.
BalasPadamAlhamdulillah, ok ja, tak mengecewakan..TQVM ya
PadamTak cukup nasi tak apa…anggaplah ini alas perut dulu.
BalasPadamSetakat santai bersama anak2 ..jarang makan sebegini..anak2 dah ada membawa haluan..
Padamtuuuu diaaaaaa
BalasPadamayamnyaaaaa mmg nmpk menyelerakan!
Anak oder pakej banyak..tu lah gerun juga nampak hehehe
Padamtuuuu diaaaaaa
BalasPadamayamnyaaaaa mmg nmpk menyelerakan!
Ayamnya menggoda selera, membuat perut menjadi lapar
BalasPadamAlamak, sorry ya..apapun just gambar ..
Padamwah menu sedap santapan fmili heran cucu pandang
BalasPadamYa , cucu terkejut, dia cool ja..
Padamnasi tak cukup, ratah ayam sahaja pun sedap, cikgu. biasanya saya jika pi makan fried chicken saya order yang spicy
BalasPadamSuka ..licin semua..hehehe
PadamNampak sedap sajian yang dihidangkan. Anak-anak mesti suka ni hidangan macam ni.
BalasPadamAlhamdulilah..
Padamsedapnya... xde kt semenanjung ke
BalasPadamMybe ada tu..apapun ada orang cakap Borenos di Sabah dominasi..
PadamAlhamdulillah , pelayanannya ramah
BalasPadamSaya suka dengan ayam krispi, ayam Fried Chicken
Dah berusia ni, sesekali boleh makan
Padamcutenya cucu cg etuza. terliur plak tgk ayam goreng niii...esok nak kena gi beli apa2 fried chicken nampak gayanya heheheh
BalasPadamCucu lelaki, dah 11 bulan ..tak lama lagi usia setahun, comel..
PadamTeringat maskot borenos ni pernah naik ke laban rata, gunung kinabalu. Diorang cakap borenos ni boleh hantar sampai ke gunung juga
BalasPadamKuat ya Borenos mendaki..Tinggi tu G Kinabalu..
PadamTak pernah nampak franchise ni di sini. Kalau buka di tempat uncle harus laku tu...
BalasPadamDominasi di Sabah ..ada 10 cawangan dah ni Borenos
PadamSelalu kalau makan ayam goreng ni airnya samada jus atau minuman ringan tapi di sini ada air halia panas ya....
BalasPadamAda, tea halia..saya memang tak boleh sejuk..kena oder hot juga..Apapun boleh jg minum sejuk..tak apa..
PadamAyam dia tu nampak sangat menggoda.. rangup gitu..
BalasPadampermintaan banyak ni, makanan kehabisan..
Terima kasih ya Sha M..sesekali boleh lah makan kat sini..
PadamLaku betul Borenos Fried Chicken. Memang sedap ayam gorengnya. Kami pernah singgah makan di KK.
BalasPadamSedapnya fries putar2 tu hehe.. ayam pun nampak besar ya
BalasPadamRupanya Borenos ini sudah dibuka di semenanjung juga, dekat Puchong, Selangor. Akan datang mereka mahu buka di Bangi dan juga Uptown Damansara. Ish, sejak bang Etuza promosi Borenos, kami dah berangan-angan mahu meratah-ratah ayam goreng dan burgernya
BalasPadamMenyelerakan. Laku betul sampai nasi kena masak baru.
BalasPadamHarap kualiti dan servis sentiasa terjaga.
nampak sedap ayam tu. kentang wedges tu pun nampak elok garing dan saiznya tak mengecewakan
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.