Teruja Mendapat Hadiah Sebegini Menawan Hati.

Hanya Tuhan yang tahu hati sangat gembira terima hadiah ini.
Klik vedio ini, please...sama- sama mendengar seketika..
Bercahaya dan cahaya bertukar warna..sangat bermanfaat hadiah ini.

Siapa Blogger Memberi Hadiah Ini?

Petang Khamis 09/10/2025, Etuza mendapat whatsupp infor bungkusan telah sampai di SPX Express Keningau. Etuza agak tertanya tanya dari siapa kerana tidak ada sesiapa yang bertanya atau memberitahu Etuza tentang hadiah ini. Blogger Amie's ada memberi maklumat kepada saya tentang hadiahnya tempoh hari. Maka Etuza tidak tertanya-tanya.

Adakah Hadiah Dari Blogger Notie. Klik SINI.

Mungkin hadiah yang sangat mengujakan Etuza ini dari Blogger Notie. Ini kerana Etuza  ada mengikuti Give Away yang Notie anjurkan. Niat Etuza hanya memeriahkan dan support Give Away. Jika blogger Notie, saya nak katakan RASA SANGAT TERHARU sebaik mengetahui hadiah ini rupanya sangat sangat hebat, di mana hadiah ini apabila di pasang akan mengalukna zikir zikir dan bacaan al quran serta surah Yassin dan ada banyak lagi. Semasa Etuza mendengar Ayat Quran dan surah bacaan ketika ibu mengandung tiba - tiba Etuza rasa ada titisan air mata, amat-amat bersyukur. 

Hadiah seumpama ini tidak pernah etuza ada. Kerana Etuza tidak pernah nampak Sunnah Pocket ini di jual di Bandar Keningau. Walhal jika kita bersiaran di Keningau  mungkin akan menemui alat specker kecil yang bunyi nya sangat memberi ketenangan dan keamanan dalam hati yang gersang.Terima kasih blogger NOTIE. Tidak tahu lagi apa nak cakap selain TERIMA KASIH.

Berbaloi kita mengurus blog bila mana ada interaksi yang sihat antara blogger di Malaysia ini. Bukan sahaja dapat bertukar-tukar pandangan melalui komentar tetapi dapat memberi sebagai satu amal Jariah yang berterusan.Blogger semua saya TABIK hormat anda semua. Anda hebat, anda cerdik pandai dan amat bersopan santun.

Jalan menuju tempat bungkusan hadiah di hantar..di SPX Express
Jalan Gunsanad, Tamu Ground Keningau.

Inilah bungkusan hadiah petang ini dalam dakapan Etuza.

Mulanya ingatkan speaker pembesar suara. Rupanya Sunnah Pocket 
membunyikan ayat - ayat suci, asamul husnah dan sebagainya.

Gambar hanya hiasan blog, dan blog ini sekadar kenangan seketika..

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Semoga saham akhirat Notie kekal berpanjangan ganjarannya. Rezeki untuk saudara Etuza.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...rezeki yang tidak diduga...bermanfaat hadiahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat amat bermanfaat, pagi tadi subuh pasang ayat qurean 30 juz

      Padam
  3. Alhamdulillah.. hadiah yang sangat memberi kebaikan

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Sangat bermanfaat..comel..saya suka SUNNAH Pocket..

      Padam
  5. Alhamdulilah.....terbaik la hadiahnya....

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezeki tidak pernah salah alamat kan? Semoga alunan zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran dari alat ini dapat menemani cikgu semasa menulis blog. Semoga yang blogger Notie dan cikgu sama-sama mendapat saham akhirat

    BalasPadam
  7. unik hadiahnya! cikgu punya hadiah special sebab seorang je lelaki yg join kan, hehe
    tahniah!

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.