Keindahan Luar biasa Di Semporna. Gambar Kiriman Adik Bongsu.

Bahan Bacaan 

💁Rasulullah SAW menangis apabila bercerita tentang neraka. 

💁Siapa cipta Google untuk warga net? 

Semporna, Sabah Daerah Taman Laut.

21/10/2025 bersempena cuti Deepavali, memang sesuai untuk pergi melawat ke tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga. Dan nampaknya adik bongsu Etuza dan keluarganya memaklumkan kepada kami adik beradik,mereka akan ke Semporna dalam sehari dua.Etuza juga pada tarikh 21/10/2025 pergi ke Kota Kinabalu, Sabah untuk mengiringi anak ke Jabatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  Jalan UMS.

Antara tempat menarik yang keluarga adik bongsu sempat lawati ialah antaranya di Pakalangan Bay, Semporna, Muzium Tun Sakaran dan banyak lagi seperti gambar yang dikongsikannya di group whatsupp kami adik beradik.Etuza amat tertarik melihat panorama Pakalangan Bay dan Muzium Tun Sakaran di Semporna. Pakalangan Bay Tempat yang cantik, menarik dan rekreasi untuk perkelahan keluarga. Boleh buat BBQ juga di kawasan menarik ini.

Tempat Ini Sangat tenang dan Menarik.

Wow, Amazing place to come in Semporna. Beyond of my expectations. Tidak terfikir untuk mengkaji keindahan setiap Daerah di Sabah Bayu, melainkan hanya terfikir keindahan banyak tempat di sekitar Kota Kinabalu. Tidak  pernah terbayang tempat Di Semporna, Sabah. Rupanya tempat ini sangat tenang dan menarik. Sesiapa yang mencari tempat rekreasi santai, datanglah ke Pakalangan Bay Semporna. Anak - anak boleh mandi, kerana kemudahan restoran makanan harga berpatutan ada tempat rehat untuk harijadi yuran masuk rm2 sahaja.

Kemudahan yang disediakan serba lengkap restoran,cafe, pondok, BBQ port, surau, tandas, kedai cenderamata dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.Datanglah ramai- ramai ke Pakalangan Bay, Semporna. Pasti antara yang akan datang melawat tempat ini lalah Etuza sendiri.

Mari Bersama Melihat Gambar Kenangan Keluarga Adik Etuza Di Semporna. Etuza mohon maaf kerana kurang informasi berkenaan banyak tempat yang adik lawati di Semporna. Etuza tidak berkesempatan melihat informasi tentang keindahan Semporna, tetapi  berpuas hati dengan melihat gambar perkongsian family Etuza. InshaAllah ada masa Etuza buat kajian lagi tentang Semporna.

Adik bongsu yang perempuan dan familynya..

Ini anak buah Etuza..gembiranya dia, ayah dia belanja makan udang goreng agaknya.

Ipar Etuza..suami kepada adik bongsu..di Semporna, Sabah.

Cantik view Pakalangan Bay, Semporna, Sabah

Gerbang menuju ke Pakalangan Bay










Bangunan SPA/SPP jika ada temuduga dalam pelbagai organisasi, di sinilah tempatnya melalui, bangunan tinggi tersergam indah.

Sempat kami temui anak  dan menantu dan anak nya dan cucu Etuza. Mereka dari Kota Belud, Sabah.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Banyak tempat menarik di Semporna.
    Sayangnya baru-baru ini pelancong barat telah viralkan keadaannya yang kotor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada saya baca hal tu, apapun moga ada kesedaran yang tinggi masyarakat di Semporna ya

      Padam
  2. Menarik Semporna ini.. insyallah plan akan berkunjung ke sana tahun depan.. :D

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum cikgu.. saya pernah pi semporna, jalan-jalan sekejap curi masa sewaktu misi di kunak..btw terima kasih atas pemberian hadiah.. sangat menghargai

    BalasPadam
  4. Semporna ni syurga makanan laut kan Etuza, doakan kak ana satu hari nanti sampai ke negeri di bawah bayu ni , in syaa allah

    BalasPadam
  5. Gembira betul anak saudara Etuza dapat makan makanan laut.
    Popular Sempoerna ni dengan orang utankan?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.