Sajian Berpantang & Juadah Majlis Cukur Jambul.

Inilah makanan sajian bagi Wanita Berpantang, bubur nasi, sup ayam kampung, buah sebagai pelawas, minuman nespray 

Wanita Berpantang Selepas Bersalin.

Sebaik bersalin seorang wanita harus melalui proses berpantang dalam bab makanan dan apatah lagi mandi dengan air sejuk. Harus dielakkan semua keadaan memegang air sejuk, minum air sejuk sehingga sebulan ke tiga bulan.Berpantang ini adalah budaya yang sangat baik diamalkan sejak nenak moyang kita lagi. Berpantang selepas melahir seorang wanita akan mengembalikan stamina, kesihatan dan kelangsingan tubuh badan mereka. Jika benar-benar diamalkan pasti seorang ibu melahirkan anak akan kembali muda dan jelita sedangkan mereka kini telah memiliki anak atau zuriat penambah seri rumah tangga.

Dari segi penyediaan makan dan minum, ahli keluarga terutama suami , ibubapa berperanan sebagai pemudah yang akan menyediakan juadah berpantang ini.Harus disiapkan seawal pagi, makan tengahari dan makan waktu malam, selain harus cukup minum air untuk proses pulihkan stamina dan tenaga seorang wanita. Semoga anak perempuan Etuza akan kebali bertenaga, cergas dan sihat setelah berpantang. Baby sihat dan membesar tanpa banyak karenah.Aamiin.

Juadah Majlis Cukur Jambul Cucu. ( Masuk blog, juadah biasa biasa saja~ Kenangan Kami)

Seawal pagi Sabtu suri hati dan menantu perempuan dua orang sudah mulai sibuk di dapur. Buah nangka muda dari kebun  di hiris nipis dan di rebus, rebung dari belakang rumah di juga di tatak halus, buah mangga muda dari belakang dapur dibuka kulit juga ditatak halus dan telur ayam dari reban direbus diurusi semua sebagai langkah persediaan Majlis Cukur Jambul cucu malam ahad selepas solat Isyak. 

Kuih muih muih juga dalam senarai mesti ada sebagai sajian tambahan selain minuman dan buah-buahan. Jam 11.00 pagi kakak ipar datang dari Kampung Kauraan dan adik Ipar dari Taman Jutaya Keningau, turut hadir menghulur tenaga menyediakan sajian malam ini.

Memang sibuk semuannya, di mana Etuza membersihkan halaman rumah, menyediakan tempat duduk, membersihkan ruang tamu dan menyusun semula sofa yang agak tidak tersusun. Karpet lembut dihamparkan kerana lantai mar mar agak sejuk jika duduk lama. Selain itu membersihkan meja panjang dalam ruang tamu juga, sebagai tempat semua sajian makanan malam ini. Lampu dinding dibersihkan agar lampu lebih terang bercahaya. Sudu, gelas dan pinggan Etuza sediakan selagi punya kesempatan dan masa.

Tiba lah masa Majlis Cukur Jambul cucu sebaik selepas solat Isyak, keluarga mulai datang satu persatu hingga ruang tamu agak penuh. Ustaz Ilham memulakan majlis ini dengan memberi salam, al fatihah, doa kesyukuran dan tahlil ringkas. Kemudian acara cukur jambul diiringi Selawat Nabi Muhammad dan kalimah membesarkan Allah. Malam di rumah Etuza bergema selawat nabi sekitar 45 minit. Subahanallah terima kasih Ya Allah lancarkan majlis ini, dan terima kasih kepada semua yang hadir bersama mendoakan dan kesyukuran kami atas kelahiran cucu ke 2.

Baiklah dalam wall blog ada gambar juadah yang hanya biasa biasa sahaja. Namun cukup berkat dan ada rahmat dari Allah mencukupkan juadah ini semalam. Saksikan.

Tumis ayam masak nangka muda 

Ayam masak kurma _ Suri Hati

Daging masak paucuk, suhun dan cendawan ~ Suri Hati

Ayam masak kari~ Suri Hati

Hirisan mangga muda, air tangan menantu 

Telur rebus di belah 2 

Hirisan halus rebung masak udang ( tumis )

Nasi campuran beras wangi dan beras anggur

Sup ayam nangka muda

Tembikai ~ Pencuci mulut

Bingka beras dan pisang 

Kuah kacang untuk cecah kolupis beras pulut

Kolupis dari beras pulut

Sampiang kacang hitam

Roti di potong kecil-kecil

Nescaffe..

Serundding ayam

Lamban Serundding ayam.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Lihat menunya masyaallah... sedapnya.

    BalasPadam
  2. byk betul menu yg saya tak biasa dgr/tahu kewujudannya..tapi semua nmpk sedap tu..alhamdulillah

    BalasPadam
  3. wah semua menu menyelerakan sempena majlis kenduri cukur jambul moga berkat rahmatNya melimpah

    BalasPadam
  4. Tahniah, tuan dan isteri menerima cucu. Tahniah juga buat anaknya, selamat berpantang ya. Kecur sy tengok gambar lauk-pauk dalam blog tuan hari ni, hihi.

    BalasPadam
  5. Sedap-sedap belaka juadahnya.
    Macam-macam ada. Rebung, nangka... hidangan menarik.
    Kelupis dengan lamban itu menggamit selera.l

    BalasPadam
  6. Banyaknya hidangan. Alhamdulillah. Ramai yang membantu sediakan juadah ya, cikgu.

    BalasPadam
  7. Menarik menu2 di sana. Jarang ada di sini masakan begitu.

    BalasPadam
  8. First time tengok tumis ayam masak nangka muda weh. Tengok pun dah terliur 😍

    BalasPadam
  9. Meriah menunya.. alhamdulillah berkongsi rezeki bersama keluarga dan jiran tetangga

    BalasPadam
  10. alhamdulillah, semoga murah rezeki jamu tetamu yg datang kerumah dgn makanan sedap

    BalasPadam
  11. wahhh banyaknyaaa juadahhhh teringin nak rasa sup ayam nangka muda tu...

    alhamdulillah... selamat sudah majlisnya...

    tahniah juga dpt cucu baru👍

    BalasPadam
  12. Ya Allah drooling saya lihat semua menu 🤤🤤😍😍😍😍. Semua nampak enak2 ...

    Dulu saya pun diminta berpantang oleh mama. Juga wajiiib minum jamu hasil lahiran. Pahiiit, tapi bagus untuk tubuh. Sehingga bagian reproduksi bisa kembali normal . Pakai korset juga diwajibkan, agar perut cepat menyusut. Dan memang benar, Krn saya patuh soal pantangan, tubuh pun kembali pulih setelah 3 bulan.

    BalasPadam
  13. banyak juga tu...mcm2 hidangan ayam yang dimasak isteri cikgu.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.