Bunga Raya merah menyala lambang keberanian dan Bunga Kebangsaan Malaysia.
Keindahan Semulajadi Perlu Dihargai Dan Dinikmati.
Pesona Bunga Alam Semulajadi, merupakan tumbuhan yang perlu dipulihara, dipelihara, di jaga dan biakkan agar terjaga dan tidak akan pupus. Bunga-bungaan spesis tumbuhan yang menjadi kan alam semulajadi terlihat cantik dan persekitaran bertambah indah. Mata manusia yang memandang akan merasa suka dan lahir perasaan kasih sayang terhadap spesis bunga yang pelbagai warna, corok daun dan batang yang saling berbeza. Dari batang keras sederhana keras dan lembut. Kasar dan berduri.
Pesona Bunga Alam Semulajadi Bukti Kekuasaan Sang Pencipta.
Sebagai manusia biasa normal jika kita merasa teruja, tertarik dan tertawan akan kecantikan bunga di mana-mana. Bumi hijau ini akan kelihatan berseri dan lebih cantik apabila suatu tempat seperti taman rekriasi, halaman rumah, taman bunga dan kawasan hutan terdapat spesis bunga yang tumbuh melata dijaga dan di pelihara, hingga membiak banyak dan berbunga menyeri alam. Keindahan bunga menjadikan hati kita berkata-kata, siapa yang mencipta sebegini indah, kecantikan yang tiada tandingan, halus dan hidup bagaikan memberikan aura tenaga di minda dan mendamaikan jiwa.
Manusia yang berakal pasti tunduk dengan keindahan, kehalusan ciptaan seni halus bunga-bunga yang kembang menyeri alam dan laman. Manusia tidak akan dapat membentuk kuntuman bunga yang hidup, wangi semerbak, corak dedaun dan urat batang bunga alam yang terlalu seni dan mempersonakan. Kembali kita kepada kuasaNya, Dialah yakni Tuhan yang satu mencipta keindahan makluk ini, iaitu bunga alam semulajadi.
Zat Allah akan kita dapat rasai dan dapat kita lihat melalui keindahan bunga alam yang semulajadi. Kerana bunga ini akan membiak, berbunga kembang, menjadi biji dan boleh ditanam semula. Sedangkan bunga yng dicipta oleh manusia tidak akan mengelurkan dedaun baru, berbunga dan kemudian bertukar menjadi biji bijian. Hanya pada kertas dibukukan unuk ditatap dan di simpan sebagai khazana. Tetapi bunga alam tidak sebegitu, bunga akan berkembang, kemudian layu dan jatuh berguguran. Sebaik disirami hujan biji bunga akan kembali tumbuh semakin banyak, bertumbuh lalu mengeluarkan bunga dan wangian mengharum.
Bunga Dicipta Untuk Keindahan Alam & Menjadi Herba Kesihatan.
Dalam wall blog ini, terdapat beberapa gambar bunga di laman, menyerikan laman persekitaran. Ada yang menjadi herba boleh dimakan untuk kesihatan tubuh badan.Kelopak bunga boleh di makan dan dijadikan perasa kuih dan pewarna semulajadi. Antaranya ialah:-
1. Bunga Ros ~ Kelopak bunga boleh dimakan untuk kesihatan kulit dan dijadikan perasa kuih dan pewarna kuih yang asli.
2. Bunga Telang ~ Bunga dijadikan pewarna minuman, boleh di makan dan menjadi herba yang menyihatkan tubuh badan.
3. Bunga Pegaga Cina ~ Boleh dimakan daun hijau untuk kesihatan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.Serta herba kecantikan kulit.
4. Bunga Kertas ~ Kelopak bunga boleh dipotong halus menjadi pelengkap apabila digunakan dalam acara merenjis pengantin dengan cara menaburkan hirisan bunga halus yang wangi menggunakan bunga kertas bercampur daun pandan.
5. Bunga Akar Dani ~ Bunga berbentuk rantai memanjang berjuntaian akan menjadi bunga kesukaan lebah, lebah yang di pelihara akan betah pada tempat dipelihara tidak akan menjauh kerana ada bunga bungaan sekitarnya. Lebah akan hinggap pada kelopak bunga untuk menghisap madu bunga.
6. Bunga Lidah Buaya ~ Mempunyi daun yang berlendir, herba untuk melebatkan dan menghitamkan rambut dengan cara melumurkan lendir daun lidah buaya pada rambut kanak-kanak. Lendir lidah buaya juga boleh menjadi mask untuk kulit muka menjadi tegang dan halus cantik.
Dan ada banyak lagi bunga alam yang menjadi herba untuk kesihatan apabila kita membuat kajian dan meneroka kehebatan keajaiban serta kegunaan bunga-bungan ini.
Bunga Ekor Kucing, banyak bunga panjang-panjang ke bawah.
Bunga Kertas ID Eva Daun Hijau
Bunga berjuntaian ini Bunga Akar Dani.Lebih suka hinggap sedut madu bunga.
Bunga Ros Pink Cair
Pegaga Cina
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.