Hadir Di Majlis Perkahwinan Idlan & Nurul Di Kampung Merampung, Keningau.
20.09.2025, mendapat khabar Idlan akan bernikah dan hari ini majlis persandingan Idlan dan wanita pilihannya di Kampung Merampung, Keningau. Idlan ini selalu ke rumah Etuza, dia datang bersama kawan-kawan lain untuk menemui anak Etuza yang bernam Afif, kerana mereka ini sekelas dari tingakatan 1 hingga di tingkatan 5 di SM Agama , Keningau. Hingga tamat Universiti persahabatan mereka tidak putus kerana mereka sering datang ke rumah Etuza. Alhamdulillah jodah Idlan sudat tiba hari ini.
Kemeriahan Majlis Kahwin, Aura Luar Biasa.
Sungguh meriah majlis kahwin Idlan dan Nurul. Idlan dari Kampung Bayangan dan Nurul di Kampung Merampung bertemu jodoh akhirnya. Pastinya kemeriahan apabila datang semua keluarga pihak lelaki dan juga keluarga dari pihak pengantin perempuan. Meriah apabila jumpa rakan-rakan lain, bersalaman mesra dan sempat juga bertanya khabar. Bab makan memang satu situasi yang meriah, tetamu berbaris mengambil juadah yang lazat.
Kelazatan makanan apabila sambil makan melihat pengantin raja sehari di pelaminan yang indah kebiruan. Lagu-lagu hits masa kini juga dinyanyikan oleh penggemar seni suara.Sesekali pengacara mengumumkan ketibaan tetamu, dan mempersilakan mengambil juadah, kemudian menjemput nama yang telah daftar untuk menyanyikan lagu di Majlis Perkahwinan Idlan dan Nurul.
Oleh kerana agak mendung Etuza tak mengambil masa lama duduk di Majlis ini, kerana memberi laluan orang lain menggunakan meja kerusi untuk makan nasi minyak. Selesai ambil gambar bersama pengantin yang segak, tampan dan cantik Idlan dan Nurul, kami meminta izin untuk balik ke rumah. Semoga Idlan dan Nurul bahagia dalam rumahtangga mereka. Semoga bahagia hingga ke anak cucu. Aamiin. Boleh lah tengok gambar kenangan kami di blog Pesona Etuza.
Pintu Gerbang Masuk Ke Kampung Merampung, Keningau, Sabah.
Lalu sebuah sekolah di Kampung Merampung, Keningau.
Kereta tepi jalan, agak sesak juga jalan raya ke rumah pengantin petang ini.
Tulis ucapan Selamat Pengantin Baru Kepada Idlan & Nurul
Alahai sipalah candid ni...banyak nya gambar Etuza..
Giff dalam kotak biru..biru yang indah.
Memang ramai datang ke majlis nasi minyak Idlan & Nurul
Suasana dalam khemah perkawinan sambil mendengar lagu lagu .
Full ..kena cari tempat duduk, pengantin dah duduk di pelaminan.
Berbaris ambil juadah..makan nasi minyak orang kahwin..
Ini sahabat afif, katanya mereka sekelas masa sekolah menengah, Etuza ingat nama satu orang Naqib Junaidi.
Makan free di majlis kahwin hari ini 20.09.2025
Pengacara majlis di majlis kahwin..saya kenal dia ni..
Kami abadikan kenangan bersama pengantin, semoga mereka bahagia till Jannah.
Idlan & Nurul Pengantin cantik dua sajoli..
Afif antara kawan sekolah Idlan. Gambar kenangan.
Kena candid lagi, baru nak keluar di majlis ini.
Ini memang Etuza nak ambil gambar..
Giff, cenderahati kepada tetamu yang hadir..
2 Ulasan
Meriah betul. Memang cuti panjang ini banyak kenduri kahwin dan kenduri tahlil, kesyukuran.
BalasPadamTerima kasih terjah blog PE. Ya meriah sekali ..
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.