Herba ( Bunga Telang ), Telur Dadar dan Tomyam

Sajian sarapan pagi hari ini 1.09.2025. Air bunga teang dan susu, telur dadar dan tomyam

Segmen Gempak : Sini  boleh klik ( Sunyi dan terus di persada maya)

Isnin, 01.09.2025, cuti hari kelepasan di mana pada 31.Ogos 2025 jatuh pada hari Ahad, maka diberi cuti hari ini. Alhamdulillah dapat bersama anak-anak dan cucu seharian lagi sebelum balik kerja di tempat masing-masing. Keemasan bersama mereka tidak dipersiakan, bersama mereka amat mebahagiakan.

Beradu Hingga Terlena.

Semalam agak keletihan, mungkin agak lama berdiri semasa menziarahi keluarga yang hadapi kematian keluarga, iaitu kawan dan sahabat Etuza sendiri. Dalam keadaan ramai keluarga dan rakan-rakan maka tempat duduk  terhad, kemudian memberikan peluang memberi tempat duduk kepada golongan berumur dan kaum wanita.

Hari ini, agak awal bangun setelah awal beradu semalam.Tumpang di bilik anak lelaki bongsu merasa selesa di pembaringan lalu terlena hingga jam tiga pagi baru sedar, rupanya di bilik anak lelaki. Anak bongsu lelaki tiada di rumah kerana berkelana belajar di rantau.

Sarapan Pagi Hari Ini Masuk Blog

Hari ini, sarapan pagi agak unik sedikit, kerana suri hati menyediakan cairan bunga telang, ari menjadi purple jernih tetapi agak panas. Bunga telang di rendam dalam air yang baru mendidih, jadilah cairan warna dar bunga telang menjadi agar biru juga seakan-akan warna purple. Disejukkan dan kemudian diletakkan susu dan kiub ais dua ketul ( asal jangan terlalu panas).

Kelihatan telur dadar yang struktur cukup cantik. Rupanya ada hirisan bunga kantan  dan juga sebiji bawang putih dihancurkan, campur sedikit garam dan serbuk secukup rasa. Putar dan masak dengan menggunakan minyak Zaiton. 

Di atas meja juga ada Tomyam yang disediakan oleh anak. Sebiji manggo puding yang kelihatan kuning emas. Manggo puding untuk pembasuh mulut. Alhamdulillah sempurna lah sarapan pagi hari ini, hingga kesudahannya mewarnai wall blog Pesona Etuza. Selepas sarapan duduk di Pondok Sinurambi, klik vedio Ustaz wadi Anuar yang adik kongsikan di whatssup. Anda boleh mendegar sama-sama suara Ustaz Wadi Anuar. Mari klik bersama-sama. Semoga ada manfaat dan kita perkuatkan akidah dan buat amalan yang baik-baik. InshaAllah.Kita Boleh.
" Sesungguhnya orang -orang yang takut kepada Tuhannya sewaktu mereka belum melihat azab neraka, mereka memperolehi keampunan dan pahala yang besar" Ayat 12. Juz Al Mulk.
Inilah kuantiti sarapan pagi hari ini..Alhamdulillah nikmat dari Allah yang tak pernah habis.
Wajib bersyukur.

Manggo Puding ( pembasuh mulut )



Catat Ulasan

0 Ulasan