Antara menu yang disediakan Buffet Breakfast di Hotel Raia. Kota Kinabalu, Sabah.
Buffet Breakfast di Sovq Garden Restoran Hotel Raia, Kota Kinabalu.
Jumaat lalu, kami bertiga berada di Hotel Raia, Kota Kinabalu, Sabah. Hotel ini menjadi pilihan Etuza jika hendak menginap di Kota Kinabalu, Sabah. Banyak hotel di Kota Kinabalu yang disediakan khasnya di kota raya Bandar Kota Kinabalu, Sabah.
Kelebihan yang Hotel Raia yang menjadi tarikan kepada Etuza ialah Hotel ini berdekatan dengan Masjid Negeri Kota Kinabalu dan ada Bank Islam, yang ada cawangan perkhidmatan Tabung Haji. Mudah hendak keluarkan wang bila ada keperluan.
Menu Sajian Buffet Breakfast Di Hotel Raia.
Pakej RM 25o adalah kos bilik dan termasuk sarapan pagi secara Buffet nanti. Disediakan untuk kami tiga orang harus kami tebus kerana inilah antara menarik bila kita menginap di hotel, dapat menikmati sajian sarapan pagi yang berbagai jenis.
Menu yang Etuza dapat lihat ialah:
- Telur dadar, telur rebus
- Bread bakar dengan mentega, butter dan milk cair.
- Nasi goreng, mee goring, kuihtiaw.
- Nasi putih
- Kari ayam dan rendang
- Kekacang
- Buah tembikai dan buah avocado
- Kek
- Roti
- Nugert
- Popia
- Ulam-ulaman
- Sambal dan lain-lain lagi.
Adab Semasa Buffet Breakfast.
- Bersopan, horamat kepada pelayan hotel, tidak bising.
- Mengambil juadah dengan kuantiti yang diyakini habis dimakan, memilih menu juadah yang benar-benar naik selera.
- Elak mengambil makanan kuntiti sangat banyak dan berjenis-jenis.
- Mesti memahami bahawa makanan disediakan untuk ramai pelanggan hotel.
- Makan bersopan dan tidak bising dengan bunyi sudu mencedok juadah dipinggan mangkuk.
- Makan dengan tertib agar tidak bersepah di atas meja hidangan.
- Ucapkan terima kasih sekiranya ada pelayan datang ke meja makan kita.
- Jika ramai pekanggan memenuhi tempat duduk, kita yang awal datang mohon atur masa yang sesuai setelah menjamah makanan kerana tetamu lain akan berdatangan mencari tempat duduk.
- Minuman, air oren, air sirap, tea, kopi, air putih. ( Etuza pilih tea)
Perkongsian ikhlas dari Etuza, sekadar pandangan adab ketika Buffet Breakfast di Hotel terkenal. Mungkin tiap orang ada citarasa sendiri dan ada cara sendiri. Etuza sekadar berkongsi perkara yang baik. Semoga membantu dan ada ilmu tersirat dari catatan ini. Jumpa lagi.
Di kaunter Sovq Garden Restoran Hotel Raia
Suri hati abadikan kenangan
Tetamu yang sampai dahulu, sudah mulai selesai Buffet Breakfast
Rambang mata pilihan menu yang banyak disediakan..ambil berpada pada hehehe
Telur dadar, boleh bawa satu..
Hiasan di ruangan tengan tempat Buffet Breakfast
Ruang service tisu, sudu, grafi dan lain-lain. Dilarang merokok.
Batu batu putih menghiasa batang pokok kurma hiasan.
Meja hidangan dihias rapi, corak yang cantik..
Ini menu yang Etuza pilih, bersama buah..
Alhamdulillah selesai Buffet Breakfast di Hotel Raia, Kota Kinabalu, Sabah.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.