Blogger Terkenal Perlu Amalkan Blog Walking, Kenalkan Blog.

 

Gambar sekadar hiasan blog, blog berseri apabila ada tampilan gambar.

Menjelang pagi Selasa, 30.09.2025.Bersiaran di blog maya apabila sedar dari tidur yang lena awal malam. Tidur itu rehat dan hak kita untuk tidur awal malam atau sebaliknya, hanya kita yang tahu mengurusi nikmat tidur yang Allah anugerahkan.

Blogger Perlu Amalkan Blog Walking ( Istillah Blogger ).

Sebagai seorang blogger sama ada blogger baru atau blogger lama, mestilah ada amalan yang baik apabila masuk online mengurus blogspot.com milik anda. Aapakah amalan yang baik itu?. Pasti ada amalan yang baik yang mana amalan itu kesan baik akan kembali kepada blogspot.com anda juga.Blogger harus tinggalkan amalan yang tidak baik dalam mengurusi blog anda itu.

Amalan Baik Seorang Blogger.

Antaranya ialah membuat Blog Walking ( Istilah Blogger ). Iaitu perbuatan datang berziarah atau berjalan jalan ke blogspot.com blogger lain dan ke lain blog lagi, sehingga banyak blogspot.com yang ada ziarah atau lawati. Apabila melakukan blog walking, setelah membaca dan memahami catatan blogger dalam halaman blog mereka, ambillah pula masa untuk berinteraksi di ruang komentar yag telah disediakan. Ambilah peluang kenalkan diri dan kenalkan url atau alamat blog anda dalam ruang komen tersebut.

Amalan baik ini ( blog walking ) adalah amalan yang menjadikan anda memperkenalkan blog anda kepada dunia maya, kenalkan kepada ramai blogger khasnya di Malaysia. Jika anda mahukan ilmu pengetahuan anda di blog wall di baca oleh ramai orang dan ramai blogger maka lakukanlah amalan berjalan-jalan ke blog lain yang ada di persada maya ini. Tidak rugi kita belanjakan masa untuk blog walking, malah kesan baik akan kembali juga kepada blog anda. Sehingga blog anda dikenali dan digemari ramai orang.  

Pesan saya, elakkan membuat drop komen yang mengundang emosi yang tidak baik kepada blogger lain. Dan paling hebat juga sekiranya blogger ada meletakkan nama dalam blog sekalipun nama samaran digunakan. Elakkan menjatuhkan komen tanpa nama kerana mengundang pertanyaan kita. Siapakah orang ini?. Satu pertanyaan yang sukar dijawab.

Gambar sekadar hiasan blog, letaklah apa saja gambar,
pasti blog anda ceria dan gambar adalah kenangan cuma.

Amalan Blogger Yang Kurang Baik.

Ada yang baik pasti ada yang kurang baik. Justru itu kita berusaha tinggalkan jauh sejauhnya amalan yang tidak baik, kurang baik itu di blog kesayangan kita ini. Wujud atau tidak amalan yang kurang baik di blog itu!, anda sendiri menjawab dan nilaikan sendiri. Amalan yang kurang baik itu mungkin seperti di bawah ini.
~ Membuat atau  menulis komen yang tidak berkaitan dengan artikal kerana tidak membaca catatan sebenar di halaman catatan blog tersebut.
~ Mencatat komen yang berbaur menghina dan memburukkan blog milik kita.
~ Blogger buruk sangka dengan membuat komen yang mengundang emosi sedih, malu dan marah sebaik pengurus membaca komentar yang dijatuhkan dalam ruang komen di blog miliknya.
~ Tidak mengamalkan blog walking hingga catatan di blogspot.com tidak ada pembaca blog tersebut.
~ Tidak berinteraksi secara sihat di alam maya kepada blogger lain yang menggemari blog anda.
Contohi & Teladani Blog Terkenal Tahun 2025.

Marilah kita jauhi perbuatan seperti di atas jika anda mahukan blog peribadi anda terkenal di persada maya. Untuk lebih meyakinkan klik blogspot INI, INI kerana blog mereka berada di tahap cemerlang dan amat terkenal di Malaysia.  

Blog ini Etuza kira blog yang mewarnai arena MEDSOS blog yang terkenal masa kini di tahun 2025. Justru itu mari kita contohi teladani penampilan blog mereka, dan bolehlah kita membina secara perlahan menjadikan blog kita terkenal suatu masa nanti.

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. LeYa setuju dengan pendapat Etuza. Namun, sejak kebelakangan ini dah agak kurang aktiviti blogwalking ni berlaku. Jom lah sama2 kita memeriahkan kembali aktiviti blogging dengan blogwaling bersama-sama dalam kalangan blogger

    BalasPadam
  2. Nasib baik ditulis ini dan ini hihii... Alhamdulillah sekadar minat utk berkongsi dan menimba ilmu dari membaca apa yg ditulis oleh rakan sahabat dan kenalan..

    BalasPadam
  3. setuju sgt..blogwalking ni sgt penting dlm dunia alam maya ni... MA ada kawan yg dr blog kenal sampai la bersua muka..seronok sgt. ada yg x pernah jumpa pun but bertahun2 kawan... x rugi kan ramai kawan ni

    BalasPadam
  4. Blog walking memang patut diamalkan dalam kalangan blogger, mengerat silaturrahim dan saling mengenali. Saling berziarah antara satu sama lain :)

    BalasPadam
  5. dulu masa awal-awal berblog ditahun 2007 ammi lebih kepada silent blogwalking. baca tapi tak tinggalkan jejak. sekarang ini barulah rajin tinggal jejak dan rasanya lebih elok begini sebab secara tak langsung rasa macam kita sedang berbual dengan penulis

    BalasPadam
  6. seronok bila bebralas komen dan meninggalkan komen...sebab memang kita kenal di alam blog sahaja...semoga yang baik2 utk kita semua...
    terbaik kak Amie dan ustaz travel kita...

    BalasPadam
  7. terima kasih cikgu ..tips yang sangat baik.. saya banyak belajar daripada tulisan cikgu di blog ini moga blog ini terus sukses..

    BalasPadam
  8. teruskan amalan berblogwalking kerana ia semakin ditinggalkan pada masa kini...biasalah ramai yang sudah menjauhi blog kerana ada medsos yang lain

    BalasPadam
  9. betul. kena rajin blogwalking! dapat kenal ramai orang, baca macam2 cerita menarik

    BalasPadam
  10. Suka blogwalking, sebab boleh baca cerita orang lain. Dengan baca komen orang juga, kita lebih semangat nak update blog, bila kurang semangat blogging.

    BalasPadam
  11. Bagus cadangan cikgu tu cuma kadang ikut masa dan keadaan. Apa pun tetap menyokong blogger yang ada.

    BalasPadam
  12. rajin bw mngeratkan ukhuwah blogger

    BalasPadam
  13. Saya menulis seadanya, sekadar hobi sahaja. Berblogging satu-satunya pilihan yang paling selesa untuk saya release tension dan menjadi diri sendiri.

    BalasPadam
  14. Saya berharap sangat tidak ada Komen saya yg mengguris hati blogger lain. Tapi kalo ada yg tidak sengaja, saya berharap ditegur langsung, bukan disindir di media sosial. Krn pernah ada yg seperti itu.

    Blogwalking ini rutin saya lakukan tiap hari. Dari 7 hari, 1 hari saya update tulisan, dan sisa 6 hari untuk BW ke puluhan blog yg saya save list nya di WA.

    Sehari minimal 20 blog saya BW. Maklumlah bang, saya tak ada kerjaan di rumah 😄😄. Jadi saya suka BW untuk mengisi waktu. Dan paling senang saat bisa bertemu dengan bloggers yg selama ini hanya 'mengobrol' di dunia Maya

    BalasPadam
  15. Kunjung menunjung kan amalan mulia...

    BalasPadam
  16. Setuju sekali. Dulu2 tak berapa faham kepentingan blog walking ni.

    BalasPadam
  17. agreed fully! BW tu boleh mengeratkan hubungan sesama blogger wpun hanya di alam maya (virtual)

    BalasPadam
  18. Setuju. Kalau ada kesempatan ML suka blogwalking, membaca dan belajar benda-benda baru especially kalau ada yang share pengalaman, pendapat etc.

    BalasPadam
  19. Betul tu. Saya pun pernah terbaca, katanya sayang kalau kita dah usaha tulis artikel tapi kurang pembaca. Padahal mungkin isi tu berguna untuk orang lain. Blogger baru lagilah, nak naik kat Google tu bukan senang. Blogwalking ni kira macam iklan free + boleh kenal ramai kawan baru 😄

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.