Blogger Terkenal Perlu Amalkan Blog Walking, Kenalkan Blog.

 

Gambar sekadar hiasan blog, blog berseri apabila ada tampilan gambar.

Menjelang pagi Selasa, 30.09.2025.Bersiaran di blog maya apabila sedar dari tidur yang lena awal malam. Tidur itu rehat dan hak kita untuk tidur awal malam atau sebaliknya, hanya kita yang tahu mengurusi nikmat tidur yang Allah anugerahkan.

Blogger Perlu Amalkan Blog Walking ( Istillah Blogger ).

Sebagai seorang blogger sama ada blogger baru atau blogger lama, mestilah ada amalan yang baik apabila masuk online mengurus blogspot.com milik anda. Aapakah amalan yang baik itu?. Pasti ada amalan yang baik yang mana amalan itu kesan baik akan kembali kepada blogspot.com anda juga.Blogger harus tinggalkan amalan yang tidak baik dalam mengurusi blog anda itu.

Amalan Baik Seorang Blogger.

Antaranya ialah membuat Blog Walking ( Istilah Blogger ). Iaitu perbuatan datang berziarah atau berjalan jalan ke blogspot.com blogger lain dan ke lain blog lagi, sehingga banyak blogspot.com yang ada ziarah atau lawati. Apabila melakukan blog walking, setelah membaca dan memahami catatan blogger dalam halaman blog mereka, ambilah pula masa untuk berinteraksi di ruang komentar yag telah disediakan. Ambilah peluang kenalkan diri dan kenalkan url atau alamat blog anda dalam ruang komen tersebut.

Amalan baik ini ( blog walking ) adalah amalan yang menjadikan anda memperkenalkan blog anda kepada dunia maya, kenalkan kepada ramai blogger khasnya di Malaysia. Jika anda mahukan ilmu pengetahuan anda di blog wall di baca oleh ramai orang dan ramai blogger maka lakukanlah amalan berjalan-jalan ke blog lain yang ada di persada maya ini. Tidak rugi kita belanjakan masa untuk blog walking, malah kesan baik akan kembali juga kepada blog anda. Sehingga blog anda dikenali dan digemari ramai orang.  

Pesan saya, elakkan membuat drop komen yang mengundang emosi yang tidak baik kepada blogger lain. Dan paling hebat juga sekiranya blogger ada meletakkan nama dalam blog sekalipun nama samaran digunakan. Elakkan menjatuhkan komen tanpa nama kerana mengundang pertanyaan kita. Siapakah orang ini?. Satu pertanyaan yang sukar dijawab.

Gambar sekadar hiasan blog, letaklah apa saja gambar,
pasti blog anda ceria dan gambar adalah kenangan cuma.

Amalan Blogger Yang Kurang Baik.

Ada yang baik pasti ada yang kurang baik. Justru itu kita berusaha tinggalkan jauh sejauhnya amalan yang tidak baik, kurang baik itu di blog kesayangan kita ini. Wujud atau tidak amalan yang kurang baik di blog itu!, anda sendiri menjawab dan nilaikan sendiri. Amalan yang kurang baik itu mungkin seperti di bawah ini.
~ Membuat atau  menulis komen yang tidak berkaitan dengan artikal kerana tidak membaca catatan sebenar di halaman catatan blog tersebut.
~ Mencatat komen yang berbaur menghina dan memburukkan blog milik kita.
~ Blogger buruk sangka dengan membuat komen yang mengundang emosi sedih, malu dan marah sebaik pengurus membaca komentar yang dijatuhkan dalam ruang komendi blog miliknya.
~ Tidak mengamalkan blog walking hingga catatan di blogspot.com tidak ada pembaca blog tersebut.
~ Tidak berinteraksi secara sihat di alam maya kepada blogger lain yang menggemari blog anda.
Contohi & Teladani Blog Terkenal Tahun 2025.

Serba sedikit amalan yang kurang baik dalam blogspot.com anda. Marilah kita jauhi perbuatan seperti di atas jika anda mahukan blog peribadi anda terkenal di persada maya. Untuk lebih meyakinkan klik blogspot INI, INI kerana blog mereka berada di tahap cemerlang dan amat terkenal di Malaysia.  

Blog ini Etuza kira blog yang mewarnai arena MEDSOS blog yang terkenal masa kini di tahun 2025. Justru itu mari kita contohi teladani penampilan blog mereka, dan bolehlah kita membina secara perlahan menjadikan blog kita terkenal suatu masa nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan