Berita Sedih. Pergi Selamanya, Kenangan Bersama Menjadi Kenang - Kenangan. Al Fatihah.

Asalamualaikum dan salam sejahtera, Isnin pagi 01.09.2025 kembali membuat catatan di wall blog PE. Semoga hari ini teman-teman semua dalam keadaan sihat hendaknya.

Berita Sedih. Pergi Selamanya, Kenangan Bersama Menjadi Kenang - Kenangan. Al Fatihah.

Berita sedih, telah perginya seorang sahabat guru Haidin bin Sarimin. Meningal dunia selepas kemalangan di jalan raya Keningau apabila terlanggar anjing yang melintas jalan raya. Dia terjatuh dan berlaku hentakkan dan pendarahan di dalam kepala. Di hantar di Hospital Besar Keningau dalam keadaan koma, dan akhirnya kemarin Ahad jam 12.30 tengahari dia disahkan meninggal dan pergi selamnaya.

Kawan-kawan Blogger, mohon hadiahkan al fatihah kepada arwah Haidin bin Sarimin. Aamiin.

Gurau Senda Menjadi Kenang -Kenangan.

Arwah merupakan kawan dan sahabat Etuza semasa belajar di Universiti. Tidak lupa apabila berjumpa dengan arwah, dia bergurau selamba dengan Etuza, dengan gurau yang membuat Etuza senyum merasa terhibur dengan gurauannya itu. Gurau senda itu menunjukkan keakraban nya dengan Etuza, dia merasa suka bersahabat dengan Etuza dan senyuman dia tak pernah lekang bila melihat Etuza. Tidak pernah menyakiti hati Etuza melainkan dia bergurau perkara yang baik - baik sepanjang bersamanya.  Subahanallah.

Kematian Itu Pasti 

Ahad, dari jam 1.30 petang hingga jam 4.40 petang menziarahi arwah, tak sedar ada titis air mata membasahi pipi. Tetapi segera ku tapis air mata itu, kerana kematian itu pasti, ajal telah ditentukan olehNya sejak ajali lagi. Bagaimana kematian itu hanya ASBAB. Realiti sebenarnya kita semua akan kembali ke alam abadi,di akhirat.

Melihat wajah akhir arwah, matanya tertutup rapat seakan mendongak sedikit ke atas, terlihat dagunya sedikit naik, mulut tertutup rapat tanda arwah REDO dia sudah meninggal Dunia. Hati ini sebak dan menitis juga air mata ini semasa di rumah, tetapi segera Etuza sembunyikan dari di lihat oleh anak-anak dan suri hati. Sebenarnya air mata berlinang mengenang kehebatan kuasa Allah, memberikan kita nafas dan hidup hingga hari ini, bersyukur apa juga nikmat yang Allah berikan. 

Dan tak terkecuali aku masih hidup dan hidup dan matiku hanya Allah yang maha mengetahuinya. Justru itu, mari kita yang masih hidup teruskan beramal ibadah, disamping aktif berblog tunaikan 5 waktu dan lakukan apa saja amalan yang baik walaupun perkara kecil dalam kehidupan ini.

Menemui Anak Lelaki Arwah Haidin, Memberikan Pesanan.

Kami bersalaman dan hulurkan material sedikit wang digunakan nanti apabila ada keperluan. Pesan ku, kepada anak arwah yang tenang di hadapanku.

" Doakan arwah ayah kamu, saya satu kelas dengan arwah semasa zaman study di Universiti. Dia baik, dan saya tidak pernah lupa gurauannya. Gurau senda yang baik-baik membuat saya tersenyum, tidak pernah bercakap kasar kepada kawan-kawan masa di U ".

" Sebenarnya bila arwah pergi, dia tetap hidup dijiwa kita, dengan itu hadiah kan selalu Al fatihah doakan dia diampuni dosa bacakan yasin dan tahlil, sebagai anak itu sahaja yang mampu kita buat membantu arwah ayah kamu di alam barzak ". 

Anak arwah kemudian bertanyakan nama dan tempat tinggal Etuza di mana. 

Alhamdulillah Allah kabulkan niat Etuza ziarah arwah kali terakhir dan menemui anak sulung lelakinya.  Sekali lagi al fatihah.

InshaAllah akan blogwalking apabila ada masa terluang. Jumpa lagi gais!.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. mati itu pasti namun kesedihan itu lumrah naluri manusia..
    Semoga beliau ditempatkan bersama ahli syurga amin...

    BalasPadam
  2. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga arwah tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    BalasPadam
  3. asalamualaikum cikgu.. innalillah.turut berduka mendengar berita ini.. semoga dimaafkan semua kesalahannya dan diterima semua amal kebaikannya..
    pernah mengalami situasi begini, perpisahan dengan sahabat akrab.

    BalasPadam
  4. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kesiannya asbab terlanggar anjing namun dah sampai ajal siapalah kita hendak menidakkannya. Semoga keluarga tabah dengan kehilangan ini.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.