expr:class='data:blog.pageType'>

Bayi Kembar, Isteri Arwah Masdeh Rosmin & Debaran Saat Kelahiran Cucu.

Bayi Kembar Sepasang Lelaki & Perempuan. Subahanallah. Jangan Terkejut , bacalah dulu.

26.09.2025, Jumaat anak call dia di masukkan di wad bersalin, dimasukkan ke wad bersalin di Hospital Besar Keningau, Sabah. Mendengar anak ditahan terimbau masa suri hati ditahan di wad dahulu untuk melahirkan anak sulung kami. 

Terus terang sebagai lelaki dan suami, rasa berdebar dan sangat risau, saat melihat surihati menahan kesakitan, badan terangkat dua tangan menongkat ke atas katil di wad, katanya mengeras dan menyebabkan rasa sakit saat bayi di kandung sudah mulai dilahirkan. Masa itu memang tiada pengalaman, Etuza hampir panik, inilah pengalaman saat melihat wanita melahirkan bayinya.

Debaran Saat Menunggu Kelahiran Bayi.

Sebaik jam 2.00 petang kami ke Hospital Besar Keningau, namun tidak bernasib baik kerana waktu melawat sudah berlalu. Hanya dapat minta bantuan kepada pengawal untuk menyerahkan bubur kepada anak di wad. Kemudian kami menyelesaikan beberapa urusan menanti waktu melawat di buka lagi tepat jam 5.00 petang hingga jam 7.00 malam. Etuza sempat call Puan Helen untuk datang di wad bersalin Hospital Keningau jam 5.00 petang untuk bersama melawat anak kami nanti.

Anak menghantar mesej di whatsupp meminta dibelikan air kelapa. Kami tunaikan dan mengahrap rahmat Allah agar anak mudah melahirkan anaknya yang pertama.
Kami kembali dan sampai di Hospital Keningau jam 5.10 minit, Puan Helen sudah ada depan pintu wad bersalin dan masuk bersama suri hati ke dalam wad. Lawatan hanya dibenarkan dua orang untuk lawat keluarga yang ditahan.

Puan Helen yang ada kemahiran pegang perut wanita mengandung menyatakan kepala bayi berada di pangkal bawah dan hanya tunggu masa melahirkan. Dia mohon berdoa sama-sama semoga anak mudah melahirkan katanya. Lalu beredar balik ke rumah. Etuza kemudian masuk menemui anak di wad. 

Etuza memberi semangat dan yakin kan anak bahawa saat melahir harus sabar dan tabah, ingat Allah kerana Allah yang anugarehkan zuriat, Allah tahu segala rahsia tiap manusia. Mintalah pada Allah agar dimudahkan bersalin  ( beranak). Sebenarnya Etuza berdebar sebagaimana suri hati pernah seperti anak yang akan melahirkan. Hanya pada Allah meminta agar anak mudah melahirkan.

Air kelapa bagi wanita mengandung sekitar 7 hingga 9 bulan boleh minum air kelapa
membantu melancakan kelahiraan bayi.

Ibubapa adalah penguat semangat anak saat melahirkan. Kerana itu ramai ibubapa
datang ke wad hari ini,melawat anak mereka yang menunggu saat melahirkan. Penuh wad 
ramai ibu mengandung, ada yang duduk, tidur dan mengiring serta menyusukan bayi.
Maaf Etuza cerita, kerana situasi ini hakikat di wad ibu di tahan untuk bersalin.


Gambar suri hati dan anak. Gambar semasa usia kandungannya 8 bulan.Kini menanti 
saat melahirkan.

Melawat Isteri Arwah Masde Rusmin ( SESB ), Selamat melahirkan Bayi Lelaki.

Takdir Allah kami berjumpa dengan ibubapa isteri arwah Masdeh Rusmin, yang meninggal dunia akibat hanyut di air sungai Apin-Apin, Keningau semasa menjalankan tugas membaiki talian Elektrik berdekatan sungai Apin-Apin, Keningau. Arwah berasal dari Kampung Sinulihan, Sook. 

Alhamdulillah isteri arwah selamat melahirkan anak yang ke lima. Dipangkuan ibunya bayi lelaki yang sihat dan sempurna fizikal. Kami sempat menghulur sedikit sumbangan kepada isteri arwah yang mana dialah ibu, dialah bapa kepada lima anak generasi mereka. Wajahnya kelihatan sedih,sugul, kemungkinan masih rasa hiba kepergian suami dan saat dia bertarung nyawa melahirkan bayi ke lima ini. Kami memberikan kata-kata semangat, beri dia keyakinan untuk teruskan kehidupan dengan tenang dan sentiasa sabar, setiap ujianNya ada hikmah hebat dari Allah. 


Bayi Kembar Lelaki & Perempuan.

Oleh kerana masa melawat hingga jam 7.00 malam, kami manfaatkan masa tersebut menemani anak di wad. Suaminya masih di rantau belum balik ke Sabah. Begitulah jika bertugas sebagai seorang kakitangan Pasukan Keselamatan Negara, Negeri dan keselamatan bangsa dan agama. Semoga suami kepada anak ( menantu ) akan selamat sampai dan menemani isterinya yang menunggu bayi lahir atas ketentuan ilahi. 

Tiba-tiba terpandang wajah seorang ibu atas wad depan katil anak, dia tersenyum sambil memegang anaknya. Kami datang menghampiri dan ternyata bayi dia kembar, sepasang lelaki dan perempuan sebarat 2.9 ( bayi lelaki, 2.7 bayi perempuan). Subahanallah hebatnya kuasa Allah. Wanita ini bercerita dia mengandung dengan perut yang besar dan berat, dan alhmdulillah baby lahir normal selamat dan sihat. Wajar sekali wajahnya gembira melihat bayi dia yang sedang tidur di atas pembaringan. Etuza minta izin ambil gambar dan mengucapkan tahniah. 
Tiada mustahil bagi Allah sekiranya Dia jadikan sesuatu, maka jadilah tanpa dapat diubah lagi. Bayi kembar pada petang 26.09.2025 yang kami temui. 
Lamban Serunding di Citra D' Light, Bandar Baru, Keningau.

Makan Lamban Serunding, Bingka Ubi & Soto Ayam di Citra D'Light.

Sekitar jam 2.00 hingga jam 5.00 petang antara tempat kami tuju ialah di Restoran yang viral di Keningau iaitu Citra D' Lights. Kami mengalas perut masa cicipan pada jam 4.00 petang sambil menunggu tiba masa melawat di wad bersalin pada jam 5.00 petang.

Sajian begitu enak sekali, Etuza hanya ambil lamban serunding dan kuih bingka ubi serta minuman nescaffe sahaja. Suri hati memesan soto ayam dan segelas air suam. Kenyang juga makan lamban serunding dan kuih bingka ubi hinggakan untuk makan malam Etuza abaikan kerana perut terasa masih kenyang, hanya minum air putih dan sebiji buah pisang semalam. 
Alhamdulillah atas semua rezeki yang Allah anugerahkan ini. Makanan dan minuman yang datang di depan mata kita. Sungguh Allah sayang kepada hambaNya yakni kita semua. 
Kuih bingka ubi, menjadi juadah yang Etuza mesti oder.Di makan sebagai pembasuh mulut.

Soto ayam versi Citra D' Lights.


Masih harga mampu makan jika harga ini.Alhamdulillah.

Licin, lamban serunding dan kuih bingka ubi kami tapau bawa ke rumah.

Kadua kali pakai baju SEMPORNA, hadiah dari rakan blogger.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Semoga dipermudahkan urusan bersalin anak PE. Besar pengorbanan seorang ibu.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.