Petang Jumaat 20/09/2025~ Singgah untuk makan di sini Ikan Bakar Sabah. Masih tutup pula.
Terpaksa ke area Aeropod Kota Kinabalu, Sabah.
Cari Makan Petang Jumaat Di Kota Kinabalu, Sabah.
Khamis dan Jumaat kami berada di Kota Kinabalu, kerana ada urusan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Dan alhamdulillah selesai urusan pada petang Khamis 19.09.2025, cuma tidak memihak kepada Etuza apabila peraturan perkhidmatan fail yang dihantar,mesti di bawa dalam Jemaah Mesyuarat Pengarah Pendidikan. Akur saja pada tatatertib atau peraturan ini.
Lalu pada petang Jumaat kami mencari makan untuk mengalas perut. Masa melancong atau bersiaran di mana-aman terasa lah cepat lapar, lapar bukan biasa-biasa tetapi pedihnya boleh rasa. Mungkin faktor banyak jalan dan kena sinaran matahari dan sedikit kurang minum air. Dan memang masa makan tengahhari sudah berlalu dalam sejam.
Datang berkereta ke IKAN BAKAR SABAH, tempat ni memang top di Kota Kinabalu Sabah. Hanya Etuza belum pernah pergi kerana sering masuk ke restoran biasa yang mampu makan apa yang ada. Anak berniat mahu bahagiakan ibu dan ayahnya ini. Rupanya IKAN BAKAR SABAH masih tutup, sehingga dibuka apabila pelayan sudah tiba dari pergi Slat Wajib Jumaat. InshaAllah akan datang lagi suatu masa yang Etuza tidak tahu bila.
Cari Makan di Aeropod, Kota Kinabalu, Sabah.
Bergerak kemudian ke area Aeropod, kawasan sebelah kiri jalan menuju ke Putatan. Tempat Aeropod Etuza agak sudah 4 kali ke kawasan ini. Tapi hanya singgah di TeaLive bersama anak lelaki Etuza.
Meninjau di Aeropod, satu kawasan yang mewah, tempat tempat makan super duper, cantik dan satu tempat yang di jaga kebersihan dan panorama persekitaran berwarna-warni termasuk permis yang ada di Aeropod, Kota Kinabalu, Sabah.
MIA BOAT NOODLE Menjadi Pilihan Hati.
Kami ikut langkah anak, hendak ke mana ikut sahaja, kerana dia yang bayar semua makan kami petang Jumaat di Kota Kinabalu. Rupanya dia masuk di Restoran Mia Baot Noodle, agaknya tempat makan ini banyak menyajikan Noodle ( berasakan mee ) atau bagaimana, nanti kita tahu. Catatan tentang tempat makan kami di Mia Boat Noodle akan ke udara nanti.InshaAllah.
Singgah Di Tealive Cooner Aeropod, Kota Kinabalu.
Maaf masih bercerita tentang bab makan-makan. Rasanya inilah antara catatan setiap blogger di Malaysia apabila berziarah, melancong atau melawat sesebuah tempat menarik. Apatah lagi jika ke luar negara. Bermacam-macam gambar yang super ( menarik sangat untuk dikongsi ).
Di Tealive Cooner, hanya duduk menanti anak pergi oder minuman, bekal dalam perjalanan bila balik ke Keningau, melalui Jalan Kota Kinabalu, Papar, Kimanis dan Keningau. Etuza diberi COFFEE panas. Etuza minum bila agak suam, wow!!! memang sedap, tak berapa manis ini yang Etuza suka sekali. Minum dan rasa sedap tu hanya di hati, tak perlu cerita dengan anak.
Kenangan Indah Ini Kami Bahagia.
Kenangan indah dan moment di Tea Live duduk menunggu dan di tempat lain jujur Etuza katakan ada PESONA tersendiri kenangan indah itu. Saya dan suri hati amat bahagia, bila anak membawa kami ke area Aeropod Kota Kinabalu. Kenangan indah ini memberikan kami rasa bahagia dan amat bersyukur kepada kesempatan yang Allah berikan.
Dengan izinNya juga maka kami dapat sampai di Kota Kinabalu Sabah yang sejauh 110 Kilometer dari Keningau. Jauh juga, hingga 2 jam baru sampai di Bandaraya Kota Kinabalu. Baiklah jemput lihat gambar kenangan kami. Terima kasih.
Ini mercu tanda di Aeropod Kota Kinabalu, Sabah. Segalanya ada di sini tempat makanmakan yang mewah lah seakan-akan mewah, tapi tak boleh selalu gais!
Kasut tu..menarik perhatian Etuza..
Pandangan bangunan atau apartment yang ada di Aeropod, Kota Kinabalu, Sabah.
Inilah tempat di tuju..kata anak tempat ni boleh realise tenson. Boleh makan
rehat berhawa dingin.Dah 4 kali ke Aeropod, tapi belum pernah masuk MIA BOAT NOODLE.
Ok nanti ada entry ke udara di tempat ni ya..
Ini pastilah anda tahu di Tealive..
Ni masa anak sedang buat pesanan kami duduk menunggu ja lah..ambillah gambar kan..
Ramai pelanggan berdatangan nak oder tealive, kopi ke dan macam-macam..
Corak ni memikat hati Etuza, ada unsur seni..di bawah corak ini ada tong sampah cantik..
Siap pesanan, nampak nya hanya dua saja, surihati tidak oder, mahu minum mineral saja katanya.
Lalu di hadapan tanda AEROPOD, Kota Kinabalu, Sabah.
Ada restoran USTAZAH..mulnya anak bawa ke sini, tapi masuk pula di MIA BOAT NOODLE..
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.