Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim, Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau.

Waktu malam bercahaya indah Banner Restoran Terkenal Di Bandar Baru Jamal Salim

Semalam pergi ke perhimpunan aman bersama Zara yang telah meninggal dunia akibat ada faktor buli di sekolah. Lautan manusia dari pelusuk kampung dan daerah di Keningau. 

Bahaya Buli Menyebabkan Tekanan  & Kematian. ( Intro)

Jalan raya sesak dan apatah lagi di stadium kompleks sukan dan dataran padang di kompleks sukan Keningau. Dalam erti kata sesungguhnya kehadiran lautan manusia ini membuktikan manusia NORMAL tidak mahu disakiti dari segi emosi dan fizikal akibat BULI. Bahaya buli hingga mengakibatkan tekanan jiwa dan kematian.


CLOSE makanan hanya boleh oder minuman. Ya Robbi..salah masuk lah kami semalam di Kedai Makan Kopi Ping

Oleh kerana awal sebaik solat maghrib ke Perhimpunan Aman Bersama Zara, kami ke Kedai Makan di Kopi Ping kedai makan baru juga di Bandar Baru Keningau. Tengah duduk mencari menu yang sesuai serta minmuan sebab perut dah pedih dan rasa bergegar anggota badan Etuza( lapar), tiba - tiba pelayan bagitau dah CLOSE makanan hanya boleh oder minuman sahaja. Ya Robbi..salah masuk lah kami semalam di Kedai Makan Kopi Ping, rasa lucu bila kami keluar dengan penuh hormat, ialah kami faham dan maklum juga mesti stok bahan mentah untuk di masak dah habis apabila pelanggan dari awal pagi ke malam tidak berhenti datang ke Kopi Ping ini.

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing, Peha Ayam & Ayam Tanduri Special  Di Jamal Salim

Lantas kami ke Restoran Jamal Salim, tempat makan yang VIRAL di Keningau kini. Sebab kedai makan ini non stop pelanggan datang, service pun bagus pelayan semua cekap melayan pelanggan. Walaupun  ada juga kelemahan begitulah hidup ini, tak semua sempurna, kesempurnaan itu milik Allah. Segera kami beratur hanya mengambil Nasi Beriani berlauk kambing, Peha Ayam dan Ayam Tanduri Special.

Sampai semua minuman  dan sup, langsung baca doa dan menjamah makanan enak ini. Etuza cuci tangan dan menjamah makanan menggunakan tangan kerana hendak menikmati keenakan nasi beriani dan peha ayam di Jamal Salim. Masa kami di Jamal Salim rasa bersyukur kerana cucu tidak banyak meragam, menjadikan kami semua selesa menjamah makanan hingga selesai. Kepada Allah kami sungguh bersyukur kerana memberikan kami juadah yang lazat malam 11.08.2025. Alhamdulillah.

Kepada teman-teman yang belum ke Jamal Salim Restoran datanglah di sana menikmati nasi beriani yang lazat sekali.

Ini nasi ayam berainai Etuza.

Nasi ayam beriani suri hati.

Nasi berani lauk kambing anak oder ini

Kari kambing yang lembut sekali..


Sup dan pencuci mulut dalam plastik..keropok nipis yang sedap

Menu ayam tanduri..special di Jamal Salim Restoran, Keningau

Suri hati dan cucu 

Kenangan di Kopi Ping..tak jadi makan di sini..

Sedang memilih menu sajian di Kopi Ping..lastly di bagi tau habis stok dan close

Baru memili menu sajian..kami dimaklumkan CLOSE makan ..hanya boleh oder minuman.
Bukan rezeki makan di sini.Pindah ke Jamal Salim

'image.png' gagal dimuat naik.

Catat Ulasan

0 Ulasan