Kota Belud Indah Dalam Kenangan & Terima Kasih Semua Rakan Taulan.

Kek Istemewa menyambut menantu dari Kota Belud, Sabah. 
Alahmadulillah selamat mereka bernikah

Sertai Segmen Gempak. Terbuka Untuk Semua Bloggers Malaysia.

Alhamdulillah, kesempatan pagi ini, dalam keadaan semua orang nenyak diulit lena, Etuza terbangun setelah awal tidur lalu ambil peluang  klik blog dan  buat entry di hari Bahagia Persandingan anak lelaki di Kota Belud, Sabah.

Kota Belud Indah Dalam Kenangan & Terima Kasih Semua Saudara Rakan Taulan.

Kedua kali ke Kota Belud, pertama kali datang meminang dan kini untuk bersama meraikan persandingan anak lelaki dan wanita pilihannya dari Kota Belud, Sabah.

Hanya sekali lafaz sah mereka bernikah. Alhamdulillah, majlis sangat teratur dan disajikan dengan Majlis berzanji dan bacaan al quran serta selawat nabi dan memuji Allah. Ramai sanak saudara datang dari Keningau, Sabah dan apatah lagi saudara dan masyarakat sekitar tempat tinggal menantu. Amat mengharukan saya kerana Kota Belud yang jauh mereka datang dua bas turut gembira di hari perkahwinan anak tersayang. Dalam usia muda anak ini, 2024 menjadi suami orang. Atas restu kami, sebaik tamat Universiti anak ini minta diizinkan bernikah. 

Gambar - Gambar Ini Kenangan Yang Indah Dalam Hidup Kami.

Kenangan anak berkahwin baru ke laman Blog PE pagi ini, sepatutnya pada tahun 2024 masuk blog, tetapi entah ke mana MOOD teruk merundum. Baru MOOD itu datang semula setelah terlepas dalam kurungan sikap MALAS (ada kaitan). 

Semoga kenangan ini anak tersayang dan menantu merasa gembira ada kenangan bersama saudara dan kawan-kawan mereka semasa persandingan berlangsung. Jika di ingat dan di kenang, umpama MIMPI sahaja kerana bagaikan baru berlaku situasi ini. Gambar kenangan ini amat berharga bagi keluarga Etuza, dan memijak Daerah Kota Belud adalah  rezeki kami apabila Allah  jodohkan dengan wanita dari Kota Belud, Sabah.

Paling gembira dan Sangat Bersyukur kerana menantu dari keluarga yang baik dan sangat mengambil berat hal keluarga. Semasa majlis menyambut menantu, keluarga menantu datang bersama-sama. Semoga Allah terus memberikan anak dan menantu kebahagiaan hingga ke Jannah. Aamiin. Kepada pembaca, salam kasih sayang dan jumpa lagi di lain catatan.
 
Sedang menunggu tetamu, sajian biskut dan kek semasa persandingan anak di Kota Belud, Sabah.

Majlis berzanji, selawat nabi oleh keluarga menantu perempuan di Kota Belud, Sabah.

Singah di Pasar Mini Kota Belud, Sabah membeli makanan di rumah penginapan

Yang Arif Datuk Haji Ahadin, Ketua Hakim Syrie datang ke Majlis Persandingan anak lelaki Etuza

Keluarga dari Keningau Sabah datang Ke KB menyaksikan persandingan ini

Keluarga sepupu semua hadir terutama Kak Long Family Juhini Hj Gusman

Abang ipar, memberikan ucapan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir.

Saudara Jaidin, Undin, Jahidin dan Sufian memeriahkan majlis ini di KB

Kak Jalina, Ronah,Rina, Tuminah, Nucia, Noren, dan ramai lagi dari Keningau, Sabah

Family kami. Ramai yang hadir

Suri hati bersama kakak dan adik adiknya, serta anak dan anak buah 

Kak min, semua anak dan menantu dia datang bersama, makan nasi minyak anak lelaki Etuza di KB

Menjamu selera , terima kasih yang hadir

Berbaris mengambil juadah, kawan-kawan Universiti anak juga datang bersama

Terima kasih datang ke majlis persandingan ini..

Berkumpul satu meja besar..family adik2 dan Suri Hati..

Saudara dari Tabung Haji juga datang..

Family Rasidah dan suami dari Kota Kinabalu, Sabah

Family adik Mie

Family adik Inap

Saat yang turut Etuza berdebar, alhamdulillah sekali lafaz..

Bersama saudara dari Putatan, Sabah. Rahsid dan Nornie datang bersama

Sangat syahdu malam ini, mereka mamakai pakaian Traditional , unik dan 
selawat nabi , serta al quran di bacakan..alhamdulillah ya Allah

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Tahniah cikgu terima menantu aka ahli keluarga baru, saya pun turut tumpang gembira.. moga Allah merahmati majlis yang diadakan, nampak sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara,. ucapan 'Baarakallahu lakuma' kepada kedua mempelai..

    BalasPadam
  2. Tahniah.. Ramai saudara mara yang datang meraikan majlis

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...congrats terima menantu (walaupun dah lama kannn)....
    alhamdulillah..meriah majlis, ramai yg dtg meraikan...

    BalasPadam
  4. Meriah majlisnya dan dihadiri pula oleh saudara jauh dekat alhamdulillah.
    Kalau di Semenanjung, KB tu merujuk kpd Kota Bharu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada yang jauh..dari kampung..KB ni dari Kota Kinabalu dah jauh, apatah lagi dari Keningau

      Padam
  5. Tahniah cikgu dah dapat menantu, meriah majlisnya.

    BalasPadam
  6. Tahniah dah dapat menantu. Majlis tu berjanji ke berzanji?. Kot la dipanggil majlis berjanji di Sabah ya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. O ya..tersilap..berzanji, maaf ya..saya mohon maaf

      Padam
  7. Balasan
    1. Seronok datang menyantuni jemputan perkahwinan..aura dia lain kan..

      Padam
  8. Alhamdulillah.
    Majlis berjalan lancar.
    Tahniah menerima ahli baharu dalam keluarga. Semoga kedua-dua mempelai berbahagia hingga ke syurga.
    Walaupun majlis sudah lama berlangsung, apabila dikenang semula terasa semuanya indah belaka.

    BalasPadam
  9. Tahniah tuan Etuza menerima menantu. Seronok saudara mara semua dapat berkumpul meraikan majlis perkahwinan.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...tentu tersenyum bila melihat gambar-gambar semasa majlis kendurinya. Segak kedua mempelai. Rezeki ramai saudara dan rakan taulan datang mendoakan kebahagiaan pengantin ya

    BalasPadam
  11. Amboi... ada kek kalendar! Tahniah!

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.