Jagung Pulut Manis Wangi Semerbak Ketika Dimasak

Hasil tanaman jagung manis Suri Hati dekat rumah, dituai dan telah dimakan 

Jagung Manis  ( Jagung Kampung )Harum Wangi Semasa Dimasak.

Suri hati ( Wife) telah menanam jagung manis dekat rumah, jika jemur pakaian jagung tanamannya akan kelihatan di hadapan. Disebabkan kemarau tanaman jagung Suri Hati tumbuh agak tidak subur, selain terlindung pencahayaan cahaya matahari oleh pepohan getah yang masih belum ditebang. Hasilnya buah jagung 95 % bersaiz kecil semuanya. Tetapi melihat isinya tersusun rapi dan sangat cantik. Lihat pada gambar.

Suatu hari, menjelang maghrib minggu lalu tiba-tiba ada keharuman terhidu masuk ke kamar, agak terkejut aroma seolah seperti ada wangian pandan tetapi bukan pandan. Semakin kuat aromanya menusuk hidung ini. Keluar ke ruang tamu keharuman yang sangat sedap itu juga memenuhi ruang tamu. Pergi ke dapur, barulah tahu buah jagung manis sedang dimasak oleh Suri Hati. Rupanya keharuman itu dari kepulan asap buah jagung manis yang sedang direbus. Sungguh harum semerbak baunya wangi, hingga tak sabar hendak makan. Maklumlah sudah lama tidak makan jagung manis ( Jagung Kampung)

Jagung Manis ( Jagung Kampung ) Semakin Pupus.

Jagung manis ini rasanya semakin pupus jika kurang mendapat sambutan para petani atau peladang untuk ditanam dan dikomersilkan. Pengalaman Etuza apabila ke pasar atau tamu, sering kelihatan penjual hanya menjual jagung isinya kuning keemasan. Lupa namanya, jagung itu selalunya ada di pasaran dengan saiz besar dan agak panjang di rebus panas kemudian dicalit mayonis atau mentega. Sedap dimakan ketika panas. Jika ke pasar Suri Hati suka membeli jagung muda ini untuk untuk sajian makanan  di rumah.

Jangung manis isinya putih sebenarnya, isi padat dan rapat, lembut ketika muda dan aromanya memikat semasa ditanak dengan air. Jika jagung manis ini ditanam secara besar besaran atau sebaliknya pasti memberikan keuntungan kepada si petani. Pasti ramai yang membelinya kerana dipetik ketika muda. 

Kita semua berasal dari kampung , pasti yang seangkatan dengan Etuza tahu jagung pulut manis ini pernah anda makan. Masa itu ibubapa kita rajin menanam jagung pulut manis ini di kebunnya. Sayang sekali kurang kilihatan jagung pulut manis ini di pasaran kini. Allhamdulillah dapat kami seisi keluarga menikmati jagung pulut manis hasil tanaman Suri Hati dekat rumah.

Manfaat Jagung Pulut Manis

Jagung pulut manis, atau jagung manis varietas khusus, kaya akan nutrisi dan menawarkan berbagai manfaat kesihatan. Selain rasanya yang lazat, jagung pulut manis dikenal kerana kandungan serat, vitamin, dan mineralnya yang tinggi. 

Beberapa manfaat utamanya meliputi membantu pencernaan, memberikan energi, dan berpotensi membantu mengontrol kadar gula darah. 
~  Meningkatkan kesihatan pencernaan.
~ Memberikan tenaga.
~ Untuk kesihatan jantung.
~ Sumber antiksidan
~ Berpontensi mengontorol gula darah.
Jagung pulut manis boleh juga dipelbagaikan cara masakan seperti boleh diolah menjadi puding jagung, kuih pulut jagung yang dihancurkan isinya, bubur jagung dan berbagai lagi sebagai pelengkap hidangan. 

Ini jagung pulut Etuza makan, sangat lembut dan wanginya harum..

Malangnya jagung manis ni hanya kecil kecil tetapi isinya padat,
ini disebabkan tanah dekat rumah kini kurang subur dan dilanda kemarau hingga hari ini.

Kelopak bunga kertas di laman Etuza, serlahan sangat cantik yang dihadiahkan 
oleh Google Photo.Kongsi keindahan ini dengan ada semua pembaca maya.
( gambar sekadar hiasan)



Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Memang jarang jumpa jagung pulut sekarang ni. Waktu kecil dulu selalu makan jagung pulut manis rebus sebab tanam sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang kurang orang tanam ni, kecuali di kampung2 makan sendiri mereka tak jual..minoriti dah yang tanam..

      Padam
  2. Rasanya pernah makan masa kecil-kecil dulu. Mana nak cari kan jagung manis macam ni kan sekarang ni? Nampaknya nak kena pergi pasar malam cari jagung rebus ni sebab tiba-tiba rasa teringin nak makan jagung lepas baca post ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..rindu nak makan..ada dimodenkan caranya kan..rebus letak butter atau majerin tu

      Padam
  3. Lama dah tak rasa jagung ni.. sekarang ni memang ramai tanam jenis hybrid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jagung sekarang yang kuning isi tu..ni yang hybrid tu tuan..lebih komersil

      Padam
  4. Untungnya kalau dapat tanam sediri, dapat merasakan hasilnya. Suka lihat warna isi jagung tu, campuran warna putih dan kuning. Biasanya jagung warna kuning saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beberapa ja yang ada kuning, yang lain isi putih manis lembut

      Padam
  5. Jagung manis ni local kan? Sbb skrg ni byk jual jagung usa.. sedapnya jagung, mkn lg dgn aiskrim vanila di musim panas ni.. mantap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila lah beli jagung ada khasiatnya tu yang kita nak makan tu

      Padam
  6. Sedapnya jagung rebus ..
    Rasanya Sy belum pernah makan jagung begini. Tapi tak silap di Cameron Highlands ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang dah orang jual ni..kecuali di kampung kampung mereka biasanya makan sendiri

      Padam
  7. ini kalau makan depan tv kejap habis ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah habis..satu satu kena pulun..haha..saya lah makan banyak

      Padam
  8. Pagi tadi pun husband beli jagung rebus sedap betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita makan jagung..nama nay sama jagung beza biji ja..

      Padam
  9. Sedap ni...lepas makan pun terasa manis dekat mulut...

    BalasPadam
  10. Ya Allah.. Cantiknya kejadian jagung ni.. orang dulu-dulu cakap, kalau nak jagung cantik, yang tanam tu giginya kena la cantik juga.. hehehe..

    BalasPadam
  11. tk pernh try yg jagung kuning + putih camtu..tp yg versi putih saje pernah..sedap manis

    BalasPadam
  12. Issh betuuul bang, dah jarang jagung jenis ini dijual. Saya sukaaaa jugaaaa. Sebab manis dia lain, dan wanginya itu saat direbus, memang menguar ke mana mana dalam rumah 😍😍

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.