Segmen Gempak ( Sila Klik ) 13 komen telah dibaca. Berjayakah segmen memberi ini. Akur pada keadaan dan tiada paksaan Segmen Gempak ini.
Hari ini 28.08.2025 ( Khamis ) kami berniat berkongsi rezeki kepada semua staff sekolah , guru pelatih serta merangkumi pekerja pembersihan dan pengawal sekolah.Turut sama berkongsi rezeki ialah Ustaz dan Ustazah. Dan ini lah sajian sarapan pagi hari ini.
Berkongsi Rezeki Sajian Sarapan Pagi
Etuza berniat berkongsi rezeki sarapan pagi hari ini kerana diadakah Pertandingan Lagu Solo Patriotik tahap 1 dan tahap 2 di Dewan terbuka sekolah bermula jam 7.30 pagi hingga selesai pada jam 10.00 pagi. Juri pada pertandingan ini ialah 5 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau.
Amalan Berkongsi Rezeki Menjadi Amalan Di Sekolah Etuza.
Kali ini rezeki Etuza untuk berkongsi rezeki kapada semua warga sekolah meliputi sikuriti dan pembersihan . Amalan berkongsi rezeki ini sebenarnya menjadi amalan rakan guru lain di sekolah Etuza, tanpa mengira anutan agama turut sama berkongsi rezeki. Biasanya minuman iaitu Kopi disediakan oleh salah seorang guru wanita.
Semoga suatu masa nanti dapat lagi berkongsi rezeki seumpama ini. Semoga amalan ini diterima Nya dan dimudahkan urusan kita walau di mana berada. Kepada guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau, semoga diberikan kesihatan dan berjaya menyelesaikan Latihan Mengajar anda.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.