Datang Ziarah Sebelum Ke Sandakan, Sabah.

Gambar di atas adalah Family Adik Etuza tiga orang anak
dan suaminnya. Mereka masa ini datang ziarah kami sebelum gerak ke Sandakan.
Adik datang ziarah kami sebelum balik ke Sandakan. Adik dan suami sama-sama berkerja di Sandakan. Seorang Cikgu dan seorang Polis. Tiga anak mereka datang bersama sementara dua orang tidak ikut mereka. Klik SINI dahulu, segala komen anda telah dibalas. 

Sulap Sinurambi Etuza.

Adik datang ziarah, terus naik ke Anjung Pondok yang kami gelar juga  Sulap Sinurambi ( Pondok) atau anjung kerana kelihatan rekabentuk agak tradisional. Struktur binaan banyak dari alam semulajadi dan bahan terbuang. Berdirilah Sulap Sinurambi sebagaimana yang anda lihat itu. Tidak lah kukuh, tidak kemas sebagaimana pondok di tempat lain. Sebelum mereka masuk rumah ambil gambar kenangan ini. Hidangan ala kadar kuih dan minuman untuk mereka. Adik jarang balik ke Keningau kerana bertugas di Sandakan dan ikut suami dia juga yang bekerja di Sandakan.

Sumber dari Google bila kita taip "Pondok Kayu" terlihat gambar screenshot dalam gambar. Teruja tengok, cantik dan amat kukuh, kuat. Apakan daya masa itu baget kurang untuk beli bahan. Jadilah Sulap Sinurambi Etuza yang siap seminggu. Etuza mengambil masa seminggu bina Sulap Sinurambi kerana banyak guna masa mencari bahan terbuang yang boleh diguna termasuk zink sebagai atap. Itu disebab kan pada masa PKP Covid-19, kena ikut arahan kuarantin, tak dibenarkan kemana-mana malah sampai kita DARURAT apabila Covid-19 memuncak. 

Gazebo ( Pondok Rehat ) ~ Orang Melayu.

Inilah pondok menggunakan kayu yang keras dan kualiti menjadi Inspirasi Etuza. Etuza ada baca kawan-kawan blog kata pondok ini mereka gelar Gazebo atau Pondok Rehat.Jika anda punya ruang halaman yang luas bolehlah bina Gazebo ini, pasti seronok bersama anak rehat di Gazebo ini.

Sebaik selesai minum dan makan kuih masa itu adik sekeluarga pun gerak ke Sandakan. Kami bersalaman dan saling ingatkan agar jaga diri, kesihatan dan hubungi kami bila-bila masa. Semasa adik di Rumah Qrwah mak ayah, ada mereka ziarah kubur arwah ibubapa kami. 

Syukur alhamdulillah atas ingatan dan keakraban adik ini. Semoga adik suaminya dan anak-anaknya beroleh keberkatan dan kesihatan serta bahagia menjalani hidup yang sangat mencabar ini.
Contoh Pondok rehat dari kayu. ( Gazebo) Sumber gambar dari Google search.

Kuih cucur kelapa, air tangan anak menantu..sedap sambil minum white coffee

Kuih ubi kayu ..ada campuran santan kelapa parut, juga sedap..
anak menantu belikan kami sekeluarga

Kuih onde onde atau kuih putri mandi, anak perempuan Etuza buatkan..sedap

Bubur pengat pisang, anak menantu masakkan ..hingga dua kali cedok makan.
Antara makanan yang Etuza suka..

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Cantik gazebo akak. Oh, baru tahu nama lainnya ye... ha ah, nak lagi Senang memang panggil pondok je. Takpa. Ada bajet lebih boleh diubah suami jadi lagi mantop! Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih datang baca blog, saya dah bloglistkan blog Dr Nona Sani ya.happy blogging

      Padam
  2. Sedap2 semua kuih muih tu. Minum petang kat gazebo tu pun best. Sambil menikmati hidangan kuih muih & berborak santai.

    BalasPadam
  3. Kalau 5 orang boleh duduk dalam pondok tu kira kukuhlah tu tuan.

    Dpt anak menantu yg ringan tulang di dapur tu rezekikan

    BalasPadam
  4. menarik mmg kalau ada gazebo kat rumah ni. tp halaman mmg patut kena luas. tp yg menarik ni cucur kelapa tu la. tak penah makan pun.

    BalasPadam
  5. Petang-petang dok lepak kat gazebo sambil menikmati juadah minum petang, memang best kan...

    BalasPadam
  6. menikmati juadah di gazebo tu.. sambil dihembus angin petang, memang terbaik! kalau ada halaman yang agak luas nak juga buat gazebo,..

    BalasPadam
  7. Seronok kalau kat rumah ada gezebo atau pangkin. Buat duduk makan petang sambil bersembang memang syok. Seronoknya anak menantu sediakan hidangan. Sedap tu pengat pisang tambah sagu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabtu danahad memang tempat duduk minum kopi makan kuih..kena bersihkan juga temoat ni

      Padam
  8. selesa santai di pondok dgn famili sambil nikmati juadah enak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pondok ni setiap hari ada yang santai2 ..ambil angin di luar rumah..

      Padam
  9. Seronok betul kalau dapat berkumpul dengan keluarga cam tu

    BalasPadam
  10. Sy penggemar Pengat Pisang lagi² kalau letak banyak sago macam dalam gambar tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap pengat pisang ni..tak bosan makan..

      Padam
  11. Alhamdulillah, amalan ziarah mengeratkan hubungan silaturrahim.
    Sedap-sedap kuihnya, sampailah dessert pengat pisang tu. Saya pun suka dan selalu masak pengat untuk keluarga.

    BalasPadam
  12. Belajar perkataan baru 'sulap sinurambi'. Agak tergeliat lidat hendak menyebutnya begitu😅Meriahnya kelapa kuih onde-onde tu😋Alhamdulillah ukhwah adik beradik begitu harmoni dan kukuh

    BalasPadam
  13. Pandai Encik bertukang, boleh buat sendiri saja pondok rehat semasa PKP. Seronok ada pondok rehat, boleh lepak petang-petang sambil mengopi.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.